B.A.P di MTVSessions di Singapura

Translator: Zun
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/09/bap-at-mtvsessions-in-singapore-140911.html



DIKENALI SEBAGAI BEST ABSOLUTE PERFECT (TERBAIK MEMANG SEMPURNA) APAKAH ANTARA MEMORI ANDA YANG TIDAK BEGITU SEMPURNA.

DH: Kami debut dengan imej yang kuat dan penuh bertenaga, tapi apabila kami membuat lagu yang comel seperti "Crash" kami berasa agak malu kerana ia nya berlainan dari apa yang kami pernah buat sebelumnya.

JONGUP, DI MANA AWAK  DAPAT INSPIRASI UNTUK MENULIS LAGU?

JU: Sebenarnya Yongguk hyung yang menulis lagu dan saya masih lagi di peringkat pembelajaran Jadi saya belum lagi mempunyai  inspirasi.

B.A.P TELAH BANYAK KALI DATANG KE SINGAPURA. APA YANG MEMBUAT KAMU UNTUK  MAHU KEMBALI?

YJ: Singapura adalah negeri pertama kami membuat persembahan luar negara, kami juga suka reaksi dan kasih yang kami terima dari peminat apabila kami di sini.

APAKAH ANTARA CABARAN YANG KAMU HADAPI SEBAGAI KUMPULAN YANG BARU?

YJ: Jadual kami sangat padat untuk promosi kerana kami mesti membuat persembahan di acara Musik hampir setiap hari, jadi ianya sangat susah untuk kami pada mula nya.

APAKAH PERBEZAAN APABILA KAMU.
MEMPROMOSIKAN DI JEPUN DAN KOREA?

HC: Perbezaan nya adalah mereka  mempunyai ekspresi yang dan perasan gembira yang kuat apabila kami membuat persembahan, tetapi untuk peminat Jepun, mereka lebih mendengar kami, mereka tidak banyak reaksi  apabila dibandingkan (dengan peminat Korea). Tetapi  peminat Jepun lebih aktif dan kami suka perubahan nya. Kami juga suka apabila kami melihat peminat melambaikan Lampu batang Matoki kami.

TELAH BANYAK MEMBUAT PERSEMBAHAN DI ACARA DAN KONSERT, ADAKAH KAMU MEMPUNYAI PERSEMBAHAN YANG PENUH DENGAN KENANGAN UNTUK KAMU?

DH: Setiap konsert yang kami buat di luar Negara adalah penuh dengan kenangan tapi apabila kami ke Eropah untuk pertama kali, ia nya adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi kami kerana ia nya adalah kali pertama dan kami tidak pernah mempunyai pengalaman seperti ini sebelumnya!

APAKAH `B.A.P` KEPADA KAMU?

YJ : B.A.P telah bersama selama 2 tahun, kami lebih kepada keluarga dari kawan atau ahli kumpulan. Dengan masa yang berlalu kami berharap kami akan menjadi rapat seperti sebuah keluarga.

APAKAH YANG KAMU HENDAK KATAKAN KEPADA PEMINAT YANG TIDAK DAPAT HADIR KE RAKAMAN LIVE?

JU: Program ini akan di siarkan kan jadi peminat boleh menonton nya melalui TV. Juga, kami membuat persediaan yang banyak untuk program  ini dan kami akan tunjukkan kamu pentas yang kool dan berkarisma. Fighting!

BOLEH KAMU BERITAHU KAMI PERKARA BAIK TENTANG SATU SAMA LAIN?

JU: Saya suka Himchan hyung, dia sangat mesra.
Apa yang saya tidak suka tentang dia adalah kadang kadang dia terlebih tentang semua benda, kalau tidak dia akan menjadi sempurna!

SELEPAS MENJADI IDOL SELAMA 2 TAHUN, APA YANG KAMU PALING RINDU KETIKA MENJADI PENDUDUK BIASA?

DH: Ada perkara yang kami boleh buat dengan senang sebelum kami debut, seperti membeli belah dengan sendiri dan membuat perkara yang kami suka. Kami sangat rindu untuk membuat perkara itu sekarang.

APAKAH TABIAT BURUK AHLI KUMPULAN KAMU?

JU: Himchan hyung tidur disebelah saya di dalam dorm, dan dia banyak bergerak ketika tidur dan dia selalu melimpasi garisan ke kawasan saya.

HC : Jongup mempunyai tabiat buruk yang hampir sama dengan saya. Dia juga selalu bergerak ke kawasan saya. Jadi ada masa nya saya tidur di kawasan nya dan dia tidur di kawasan saya.

YONGGUK APAKAH LAGU YANG PALING TULUS YANG KAMU TULIS ATAU HASILKAN?

YG: Semua lagi yang saya tulis adalah tulus, tapi mungkin lagu yang berkaitan dengan isu politik.

ADAKAH TERDAPAT APA-APA  PERBEZAAN ANTARA B.A.P DI ATAS PENTAS DAN DILUAR PENTAS?

HC: Apabila kami are diluar pentas, kami adalah menyeronokkan dan menjadi diri kami sendiri, menjadi orang biasa.Tapi apabila kami di atas pentas, kami memperlihatkan imej yang kuat dan penuh bertenaga, seperti professional.

DI DALAM ALBUM SETERUSNYA ADAKAH TERDAPAT SEBARANG GENRE ANDA INGIN CUBA?

HC: Kami ingin mencuba lagu seperti lagu kami "Excuse me."
dengan Vibe yang popular.

APA YANG TELAH KAMU PELAJARI DI DALAM TEMPOH 2 TAHUN MENJADI IDOL?

DH: selama 2 tahun dari kami debut, kami berjumpa dengan banyak orang di lain lain industri, Dari sana kami banyak belajar dan kami melalui kehidupan kami dengan lebih dewasa.

DARIMANA NAMA SNS ANDA YANG COMEL DATANG DARI?

HC: Saya ada kakak jadi kami selalu mempermainkan nama kami sendiri, sejauh ini nama dia ialah Ye Jin, jadi kami selalu memanggil nya Ye Jin Ye Jin. Dan saya dipanggil Himchan, jadi mereka memanggil saya Him Chan Chan, Him Chan Chan dan strong (kuat) Chan chan

T/N: (Himchan juga beerti kuat dalam korea)

APAKAH NASIHAT YANG TERBAIK KAMU TERIMA?

HC: Seseorang memberitahu kami untuk  menjaga hubungan kita untuk masa yang lama .Dan kepada ahli kumpulan kami. Selalu aktif dan panjang umur.

APAKAH PENDAPAT KAMU TENTANG LIP - SYNC BAN KEPADA SYARIKAT PENYIARAN ?

DH: Mesti ada sebab untuk itu, walaupun begitu, kami sebagai kumpulan vokal, kami mahu selalu menyanyi live untuk peminat kerana ini adalah cara paling cekap untuk mengekspresikan apa yang ada di minda kami. Dan ini sebab kenapa BAP akan selalu menyanyi live untuk hampir semua pentas kami

YONGGUK , APA PANDANGAN ANDA TERHADAP KEMAHIRAN PENULISAN LAGU JONGUP?

YG: Saya belum pernah mendengar lagu Jongup. Saya ingin mendengar lagu tulisan sendiri ahli kumpulan yang lain juga kerana kami boleh memberi pujian dan memberi nasihat sesama sendiri.

YJ: Jongup sebenar nya hanya menulis 8 bar lagu, dan bukan nya semua lagu, dan dia hanya mengulangi 8 bar itu lagi dan lagi.

© KAvenyou | bapyessir.com #Zun (Malay)

No comments:

Post a Comment