[PROJEK] Perjanjian "Saya ialah ideal BABY untuk B.A.P" #BAPIdealBABY

Translator: Kay
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/06/BAPIdealBaby.html

Dengan menjadi “Ideal BABY untuk B.A.P”, B.A.P akan lebih menyayangi anda!


Bagaimana hendak menjadi ideal BABY untuk B.A.P:
  1. Baca perjanjian “ideal BABY untuk B.A.P” di bawah
  2. Kongsikan projek grafik (bersama dengan hashtag #BAPIdealBaby) di laman sosial anda dan sokong perlakuan baik untuk B.A.P dan BABY.
  3. Letakkan nama dan negara anda di bahagian komen pada akhir artikel ini. 

Dengan menjadi “ideal Baby untuk B.A.P” B.A.P akan lebih menyayangi anda!
Kongsikan di laman sosial dan sokong perlakuan baik kepada B.A.P dan BABY yang lain.
Ketahui bagaimana untuk menjadi ideal Baby untuk B.A.P di www.bapyessir.com/2014/06/BAPIdealBaby.html dan tandatangan perjanjian tersebut!
Kami percaya yang kami mampu mengubah pemikiran ramai peminat dan membuat perubahan di kalangan peminat-peminat. Projek ini akan dipromosikan secara aktif dengan bantuan dari rakan kongsi, memandangkan ianya membawa kebaikan untuk kedua-dua B.A.P dan BABY.
PERJANJIAN "IDEAL BABY UNTUK B.A.P" SECARA PERSEORANGAN
Saya ialah "ideal Baby untuk B.A.P" kerana:
Saya tahu bahawa B.A.P memerlukan privasi dan perlu mendapatkan rehat. Oleh kerana itu saya menggalakkan peminat agar tidak mengekori mereka sewaktu masa terluang atau sewaktu mereka di hotel/dorm.
Saya ialah “ideal Baby untuk B.A.P” kerana:
Saya menghormati ruang personal B.A.P: Apabila saya berada berhampiran dengan ahli B.A.P, saya tidak akan memegang atau menyentuh mereka, kerana saya tahu ia akan menjadi tidak selesa apabila orang yang tidak dikenali memegang atau memeluk saya. Saya tahu baahawa B.A.P ialah orang normal yang memerlukan ruang personal sendiri sama seperti orang lain.
Saya ialah “ideal Baby untuk B.A.P” kerana :
Jika saya berjumpa dengan mereka di lapangan terbaang atau di tempat awam yang lain, sudah tentu saya akan merasa teruja, tetapi saya akan cuba untuk tenang dan tidak melakukan tindakan yang tidak wajar seperti: berlari ke arah mereka, menjerit nama mereka secara terus-menerus, memaksa untuk mengambil gambar/tandatangan atau mencampakkan hadiah kepada mereka (memandangkan mereka telah menerima banyak hadiah dan juga perlu memegang beg mereka sendiri!). Saya tahu bahawa B.A.P akan senyum/melambai dengan lebih lagi jika saya mempunyai etika yang baik. Dan juga sewaktu di konsert, saya tidak akan mencampakkan objek di pentas kerana saya tahu itu akan membuatkan mereka tidak selesa ^^.
Saya ialah “ideal Baby untuk B.A.P” kerana:
Apabila saya cukup bertuah untuk bergambar bersama B.A.P, saya akan cuba untuk menjaga jarak bagi membolehkan mereka berjalan dengan tenang dan tidak terlalu dikerumuni oleh kamera.
Saya ialah “ideal Baby untuk B.A.P” kerana:
Saya bukan sahaja bersorak untuk B.A.P, tetapi saya juga menghormati BABY di konsert dan juga acara-acara yang lain. Saya tidak akan menghalang pandangan BABY dengan sepanduk atau lightstick, membantu sesiapa yang kelihatan sakit atau pucat dan tidak akan menolak atau bergaduh di tempat acara.
Saya ialah “ideal Baby untuk B.A.P” kerana:
Saya sentiasa ingat bahawa B.A.P ialah idola jadi mereka tidak boleh menolak untuk melayan peminat walaupun mereka kurang sihat/tidak berada dalam mood yang baik, jadi sudah tentu saya tidak akan memaksa apa jenis interaksi kerana saya ingin menghormati pilihan mereka sendiri.
PERJANJIAN "IDEAL BABY UNTUK B.A.P" DI LAMAN SOSIAL
Saya ialah “ideal Baby untuk B.A.P” kerana :
Saya merasakan bahawa menyebarkan khabar angin atau menyertai perang antara peminat adalah tidak bagus untuk reputasi B.A.P dan juga reputasi BABY, jadi saya akan cuba mengelak situasi sebegini.
Saya ialah “ideal Baby untuk B.A.P” kerana :
Saya tidak mempercayai segala perkara yang saya baca tentang B.A.P di internet, melainkan ianya daripada laman rasmi atau sumber tertentu yang boleh dipercayai. Seperti contoh: khabar angin yang tidak berasas tentang ahli B.A.P, dan saya tidak akan memberi reaksi secara melulu apabila saya melihat sesuatu yang negatif tentang mereka di laman sosial sekiranya ia adalah sesuatu yang tidak berasas.
Saya ialah “ideal Baby untuk B.A.P” kerana :
Saya akan cuba yang terbaik untuk tidak mengepos atau berkongsi gambar yang secara jelasnya diambil pada tempat yang tidak sepatutnyanoleh peminat (gambar mereka di hotel, keluar untuk makan, di dalam kapal terbang dan sebagainya), dan saya tidak akan berkongsi apap-apa maklumat mengenai kediaman B.A.P atau apa yang sedang mereka lakukan memandangkan itu akan lebih menggalakkan peminat untuk menganggu privasi mereka: saya tahu mereka berasa tidak selesa mengenainya dan tidak suka jika perkara ini berlaku (saya masih ingat tweet oleh Zelo !)
Saya ialah “ideal Baby untuk B.A.P” kerana:
Saya selalu menghormati ahli-ahli B.A.P apabila saya menyebut mereka si Twitter atau Instagram kerana saya tahu B.A.P membaca komen-komen tentang mereka dan ia akan menyakitkan hati mereka sekiranya mereka melihat komen-komen yang tidap patut atau yang kurang wajar.


Saya ialah “ideal Baby untuk B.A.P” kerana:
Saya bukan menghormati B.A.P sahaja, malahan saya juga menghormati teman-teman BABY. Sekiranya saya kurang bersetuju dengan pendapat atau kelakuan sesorang, saya akan menyatakannya tanpa berkelakuan kurang sopan. Saya juga akan mengelakkan ugutan dan pembulian serta akan mengendahkan kecaman dan rasa tidak puas hati.
Kami ingin mengetahui siapakah BABY yang berkelakuan baik, cantik dan prihatin yang boleh dibanggakan oleh B.A.P

Sekiranya anda berjanji untuk menjadi ideal Baby untuk B.A.P, sila letakkan NAMA dan NEGARA pada  ruangan komen di bawah. Seterusnya apa yang perlu anda lakukan ialah terus menjadi peminat yang hebat dan galakkan yang lain untuk menjadi seperti anda!


© Isa & Nicole @ BAPYESSIR.COM | bapyessir.com #Kay (Malay)

1 comment: