Temubual bersama B.A.P dalam 987 TV

Translator: Mariana
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/06/987fms-interview-with-bap.html


Soalan: Kurang dari setahun sejak B.A.P hadir ke Singapura. Apa yang membuatkan anda rindu akan Singapura?

HC: Saya selalunya mengambil gambar para peminat bila setiap kali ada persembahan. Dan saya lihat para peminat Singapura baru-baru ini dan mereka kelihatan gembira. Jadi saya harap persembahan kami esok akan memberikan mereka kegembiraan yang sama.

Soalan: Selain dari Ketam Bercili (makanan), adakah anda ada suka makanan yang lain di Singapura?

HC: Bagi saya, memori Ketam Bercili itu sungguh kuat (tidak boleh dilupakan) dan masa ini, kami masih ada peluang untuk makan makanan itu. Tetapi hari ini, kami akan pergi untuk memakannya.

Soalan: Apa yang telah berubah diantara First Sensibility dan album lama anda, Badman?

YG: Badman adalah tentang keadilan, perkara seperti melawan kejahatan. First Sensibility pula fokus kepada perkara-perkara yang kecil dalam kehidupan. Perkara yang manusia selalu terlepas pandang. Jadi dengan album ini, saya harap mereka dapat menikmati sedikit emosi yang kita hadapi dalam kehidupan.

Soalan: Oleh kerana Muzik Video untuk 1004 (Bidadari/Angel) sangatlah beremosi, adakah ianya sukar untuk anda menunjukkan emosi anda?

DH: Saya ada watak yang sangat sedih dalam Muzik Video ini. Saya harus memainkan watak seorang yang sangat sedih merindui seorang kekasih. Oleh kerana ianya adalah pertama kalianya bagi saya, ianya agak mencabar. Tetapi terima kasih kepada ahli-ahli dan staf-staf yang sangat membantu, saya berjaya mengeluarkannya (emosi).

Soalan: Apakah yang anda fikir perkara yang perlu dilakukan untuk seorang lelaki untuk menjadi seksi?

JU: Apa yang setiap ahli kami ada adalah berbeza. Setiap dari kami menunjukkan perangai yang berbeza-beza. Jadi saya fikir ianya akan datang dengan sendirinya dan tidak dipaksa.

Soalan: Jika kamu mampu menubuhkan sebuah kumpulan K-POP dengan berahli 6 orang, siapakah ahlinya?

HC: Jika saya dapat tubuhkan sebuah kumpulan, semuanya lelaki dan saya akan pastikan semuanya ada personaliti yang unik.
Soalan: Jika anda terbangun satu hari nanti dan menjadi seorang wanita, apakah dua perkara yang anda akan lakukan?

HC: Walaupun sebelum ini saya tak pernah terbayang diri saya sebagai seorang wanita. Tetapi mula-mula sekali saya akan memakai alat solek, atau berjumpa dengan kawan-kawan perempuan saya untuk meminum kopi (lepak).

YG: Ianya agak lama sejak kami hadir ke Singapura sebelum ini. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi diatas sambutan yang sangat hangat. Kami ada konsert pada esok hari dan kami harap anda semua akan terhibur dan kami harap dapat berikan semua semula sokongan dan semangat yang kami terima.

© 987FM | bapyessir.com #Mariana (Malay)

No comments:

Post a Comment