B.A.P Dalam Majalah Dazed & Confused

Translator: Ben
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/06/bap-for-dazed-confused-magazine.html

Untuk meraikan pelancaran adik beradik website hujung minggu ini, hari ini kami menyiasat tentang pengaruh budaya dan inovasi negara yang kreatif. Mempelajari dunia K-pop dengan temubual B.A.P, Taeyang dan 4Minute, berjumpa dengan pelakon Snowpercer Ko Ah Sung dan melihat cara hidup penduduk Korea Utara. Semak sini untuk tahu lebih lanjut

Bang Yongguk sedang mencuba pukulan pool di bilik hijau Brixton Academy. Ia tak dirancang tetapi ahli B.A.P - Kumpulan lelaki hip hop Korea yang berkembang - menggalakkan dia. Enam orang ini di bandar untuk ambil video untuk single baru mereka Where Are You? What Are You Doing? di Thames. Mereka basah tetapi Youngjae yang berumur 20 tahun kata, mereka tak kisah tetapi masih teruja

Kegigihan mereka berenam amat berjangkit.Mereka masih lagi bersedia dan kreatif dengan B.A.P, kumpulan lelaki yang jarang dijumpai. Mereka debut pada 2012 dengan Warrior dan setelah beberapa tahun, mereka menang pertama kali dengan lagu 1004(Angel) awal tahun ini. Agak sama dengan pakaian kumpulan lelaki pop-hip hop BIGBANG dalam lagu Monster, lagu itu menerima perhatian umum dan First Sensibility , album penuh pertama mereka menjadi nombor satu dalam carta Korea.

Jadual ketat mereka menunjukkan untuk jumpa B.A.P, ialah tugas yang sukar. Sehingga sekarang enam orang itu dikurung dan malu. Daehyun jatuh semasa konsert NYC dalam persembahan Punch menggelengkan kepalanya dan kata "Saya terlalu teruja", Himchan Youngjae tersengih dan kata "ia amat memalukan"

Zelo yang yakin menggoyangkan punggungnya di hadapan peminat sebenarnya pendiam. "Saya tak petah bercakap, bila saya cakap, pasti akan tertinggal sesuatu dan akan cakap tentang perkara lain!". Sementara itu Yongguk bercakap tentang seni, Picasso dan Gaugin dia nampak di MOMA. "Pengaruh mereka dan cara mereka luahkan amat membantu saya. Bila saya penat, seni dan wayang menenangkan saya", dia kata. Gambar diambil, masa berlalu, dan jeritan gadis(dan sedikit lelaki) di dalam bilik semakin kuat. Ada set mudah yang sempurna- penari, backdrop video, costume- untuk disampaikan tetapi mereka ingin bercakap selepas beberapa hari.
Kamu bekerja dengan penulis lagu dan prducer dalam EP BADMAN juga dan album sekarang (First Sensibility), bagaimanakah input kamu berubah setalah masa berlalu?
YG: Saya cuba tolong secara berterusan. Semua album B.A.P amat berharga tetapi saya masih menaruh minat dengan BADMAN sebab saya memalui watak sebagai producer dan belajar tentang semua langkah. Pada masa itu saya terpengaruh dengan isu sosial, yang menjadikan mesej dalam lagu itu lebih kuat dan muzik itu menjadi lebih kasar dan jelas. First Sensibility  ialah cabaran kepada saya untuk mencuba pelabagai genre dan dengan pengalaman BADMAN, letak input kepada video, imej dan kerja lain. Saya masih belajar tetapi saya janji akan menjadi lebih matang menghasilkan muzik.

Walaupun kamu nampak serius dan senyap, sikap kamu yang ceria muncul bila kamu di sekeliling orang seperti Himchan dan Jongup. Apakah yang membuatkan kamu begitu?
YG: Saya tak rasa saya ceria tetapi dengan mereka, saya seperti budak kecil!(ketawa) Mereka terima saya dan saya tak perlu berasa jauh atau menjadikan diri saya lebih baik. Himchan dan Jongup ialah orang yang saya kongsi semuanya dan kami tahu bagaimana nak membuatkan sesama sendiri gembira. Himchan selalu cool dan jujur dalam cara yang tidak dijangka, yang membuatkan saya ketawa. Kamu takkan tahu betapa luar biasa topik yang Jongup cakapkan, sehingga saya ketawa tanpa disedari
Yongguk bukan saja ketua tetapi juga asas B.A.P. Saya bergantung kepada dia dan ingin mencapai kebolehan saya sebagai vokalis dan untuk Yongguk tahu saya sudah membesar dengan baik” – Jung Daehyun
Kamu cakap tentang ahli lain atas pentas awal tadi dan kamu kata Daehyun seorang yang sensitif, yang menarik kerana di seperti seorang yang bising dan seronok daripada sensitif. Siapa Daehyun yang kami belum lihat?
YG: Daehyun ialah seorang vokalis yang berbakat dan tidak boleh diganti. Depan kamera dia rancak jadi orang rasa dia seorang yang riuh dan nakal tetapi itu bukan personaliti dia. Daehyun matang awal, dia seorang yang ambil berat tentang sekelilingnya dan mempercayakan orang sepenuhnya. Walaupun dia mempunyai hati yang lembut, dia tunjuk kuat, saya bangga tetapi bersimpati. Daehyun tak suka nampak lemah jadi sifat sensitif dia hanya boleh dilihat dengan sokongan kami. Saya harap dia akan menjadi kuat seperti suaranya yang mantap
 
Yongguk mengambil masa menyebut tentang ahli- ahli lain tadi dan menjadi emosional...
DH: Yongguk bukan saja ketua tetapi juga asas B.A.P. Saya bergantung kepada dia dan ingin mencapai kebolehan saya sebagai vokalis dan untuk Yongguk tahu saya sudah membesar dengan baik. Kekal bersama setiap masa sebenarnya menyebabkan lagi kekok apabila nak berkata "terima kasih", "minta maaf", "saya sayang kamu". Saya bersyukur tetapi malu kerana tak boleh mendekati dia dan bila saya gagal meluahkan diri saya kerana saya rasa dia akan tahu. Meluahkannya atas pentas membuatkan perasaan Yongguk lebih kuat kerana dia tak selalu menunjukkan dirinya dengan cepat. Perasaannya seperti saya dah mencapai segala- galanya apabila melihat dia menjaga kami dengan ikhlas.

Kamu ambil masa menyesuaikan diri dengan First Sensibility... Lagu manakah menonjol kepada kamu?
DH: BANGX2! Latihan vokalnya amat susah tetapi saya rasa puas hati. Body & Soul juga susah untuk dinyanyikan mulanya kerana menimbulkan keadaan seksual dan saya tak biasa dengan mood itu. Saya tumpukan perhatian mewujudkan keadaan yang lembut dan nampaknya reaksi peminat baik.

B.A.P bekerja keras merealisasikan mimpi tetapi tanpa berhenti, walaupun sesiapa sakit atau penat. Apakah yang kamu terfikir tentang itu?
DH: Dengan jadual yang sibuk saya kadang- kadang rasa letih dan sakit tetapi saya tak berasa stress. Atas pentas saya bertenaga, ia merupakan tempat untuk menunjukkan yang kami wujud dan kami nak buat yang terbaik. Saya bertanggungjawab atas semua yang datang untuk berjumpa kami, dan sorakan dan tenaga selepas membuat persembahan ialah kegembiraan saya yang paling besar!

Himchan ambil banyak gambar. Kamu pula beli kamera.
YJ: Sebenarnya saya jurugambar rahsia B.A.P!(ketawa) Saya suka tangkap gambar kerana ia menggambarkan saya pada masa itu. Jika saya ambil gambar sesuatu maksudnya saya rasa ia penting. Ia menunjukkan apa yang saya minat, dan apa yang mengubah saya

Menjadi yang "pandai dan banyak cakap" ialah bagaimana kamu menggambarkan diri kamu pada 2012. Siapakah Yoo Youngjae pada tahun 2014?
YJ: Saya pasti yang Youngjae pada 2014 berlainan dengan Youngjae yang lepas. Saya rasa susah untuk meluahkan perasaan saya yang sebenar tetapi sifat lain saya yang dingin dan orang mungkin tersinggung dengannya. Mulanya saya fikir, "kenapa mereka tak faham?" Tetapi saya perasan ikatan tidak diwujudkan begitu saja, saya masih perlu sampaikan ada kepercayaan dan perasaan saya. Jadi tahun ini saya berjanji itu kepada orang di sekeliling saya. Masih kekok dan tak biasa tetapi saya akan cuba yang terbaik. Saya nak cakap bahawa Youngjae 2014 takkan takut untuk mendekati orang lain.
Kami tak sorok apa-apa dengan satu sama lain. Kami rapat sehingga kami tahu bila untuk mengambil berat tentang yang lain.” – Zelo
Kamu kata single pertama kamu Warrior yang paling sesuai dengan B.A.P. - tetapi kami tak berapa nampak dalam album kali ini. Adakah itu stail yang kamu inginkan? Atau adakah perkembangan lebih baik?
YJ: Saya masih rasa Warrior menyampaikan muzik dan mesej B.A.P dengan lebih mantap tetapi oleh sebab kami belajar dan matang. Muzik dan masyarakat asyik berubah jadi cerita yang kami beritahu dan orang yang mendengarnya berubah juga. Saya tak nak mengulangi konsep sama dengan alasan ingin mengekalkan stail tapi ingin menyanyikan lagu yang riang, kemarahan, kesedihan yang semua orang boleh kenal.

Pernahkah kamu pertimbangkan membawa kemahiran Janggu(dram tradisional Korea) kamu ke persembahan secara langsung?
HC: Baru- baru ini di TV saya bermain janggu dan orang ramai fikir ia amat bagus. Saya berlatih setiap hari untuk beberapa minggu tetapi saya agak sedih kerana tak dapat tunjukkan tarikannya yang sebenar. Jika kami boleh tambah Janggu dan muzik tradisional yang lain pasti akan menjadikan pentas itu berlainan!

Posisi kamu sebagai moodmaker/visual kadang- kadang bermakna kamu menyumbang bakat kepada B.A.P tidak dipedulikan. Yongguk pun kata yang lagu B.A.P tidak menonjolkan suara kamu. Apakah yang kamu fikir tentang ini?
HC: Walaupun saya kata "saya visual B.A.P", saya bergurau saja. Ada banyak lagi yang saya perlu belajar dalam muzik jadi saya nak mencari watak yang unik dengan mencuba pelbagai perkara selain menentukan posisi saya dalam kumpulan. Perkataan 'visual' ialah pujian yang baik tapi lebih penting untuk menyinar. Saya ambil itu sebagai peluang untuk saya mengembangkan bakat saya. Saya rasa stail vokal saya istimewa dan bila saya lihat ahli lain berlatih tanpa sedar betapa penatnya mereka, saya fikir "kamu hanya boleh berjaya jika berlatih begitu keras". Saya akan meningkatkan kelebihan saya jadi sila nantikan 'vokalis B.A.P, Kim Himchan'

Kami nampak kamu pakai baju Chanel/Chanie... Adakah kamu ingin design jika ada peluang?
HC: Semestinya! Logo itu mula sebab saya rasa ia cantik sekarang ada juga orang yang memakai baju dan aksesori yang berjenama 'Chanie'. Pasti seronok jika dapat design costume B.A.P atau melancarkan jenama saya sendiri. Saya tak pernah terfikir tentang ini tetapi saya amat berminat untuk keluarkan design semi kasual.

Daehyun kata kamu bising semasa bermimpi. Adakah mimpi yang kamu ingat kebelakangan ni?
HC: Bila saya penat saya akan dapat mimpi buruk. Baru-baru ini saya mimpi kami semua lari daripada sesuatu yang mengejar kami. Semua penari dan staf berlari bersama kami. Mungkin sebab saya lihat ahli lain baca komik atau tonton anime yang ada makhluk yang menakutkan di dalamnya (ketawa)

Kamu(dan Zelo) mencipta koreografi 1004(Angel). Bagaimana kamu menciptanya? Adakah dengan naluri kamu atau sudah dirancang langkah-langkahnya?
JU: Zelo dan saya cipta tarian intro itu kerana kami rasa kami perlu buat sesuatu. Kami telah cuba pelbagai koreografi untuk menyesuaikan dengan emosi lagu itu. Walaupun stail kami berbeza kami cari jalan untuk menggabungkannya. Saya rasa saya bukan sahaja merancang persembahan, bukan menari saja. Jadi, jika berpeluang, saya nak menyumbangkan lebih lagi kepada persembahan B.A.P!

Minat kamu dalam manga dan anime amat dikenali. Jika diberi peluang untuk menjadi suara satu watak, watak apa yang kamu ingin jadi?
JU: Olaf daripada Frozen! Sifat positif dia agak sama dengan saya dan pengetahuan dia dalam konsept mustahil amat menarik. Saya obses dengan cerita itu lama sehingga saya cuba ikut suara dia. Dulu saya pernah meniru Haunter dari Pokemon. Sayangnya Pokemon tiada skrip dan hanya buat beberapa bunyi. Saya boleh tiru suara mereka jika kamu mahu! (ketawa)

Walaupun kamu sudah menghampiri 18 tahun ada BABY yang tanya adakah kamu ingin kekalkan sifat Zelo yang comel semasa debut selamanya. Bagaimana kamu harap peminat layan kamu dalam perubahan ke alam dewasa?
ZL: Menjadi yang paling muda dan mendapat kasih sayang hyung-hyung menjadikan saya rasa saya tak membesar. Sudah lama saya fikir saya berada di tengah-tengah peringkat, melihat dunia professional dengan mata seorang budak lelaki. Kadang- kadang saya risau adakah saya buat keputusan yang betul tapi saya nak jadi orang dewasa yang baik, beri balik semua kasih sayang yang saya terima. Sikap saya takkan berubah jadi peminat semua tak perlu risau. Kan bagus jika peminat boleh lihat saya membesar dan bangga dengannya.

Kamu tulis lirik tapi kami masih belum lihatnya diterbitkan....
ZL: Saya masih belajar mencari stail saya! Keadaan sekeliling memberi inspirasi kepada saya tetapi konsert jelajah membuatkan saya jarang menulis lirik. Biasanya saya akan tunjukkan kepada ongguk hyung dan dia amat membantu. Saya tulis nasihat dia di memo. Kadang- kadang pengalaman seharian boleh memberi inspirasi dan saya akan lupanya jika tak tulis memo! Mungkin memo-memo itu bukan apa-apa istimewa tetapi mereka bagaikan kotak harta karun kepada saya. Saya tak boleh tulis lirik yang saya puas hati jadi saya takkan tunjukkan tapi kamu pasti akan lihat satu hari nanti.

Hyung kamu selalu usik kamu dulu dan kamu layan saja tetapi sekarang kamu seperti beri semula apa yang kamu dapat...
ZL: Selalunya ahli lain bergurau dengan memicit pipi saya dan cuba angkat baju saya atas pentas tetapi saya tak ambil hati. Bila saya tak berada dalam keadaan baik saya akan pergi ke mereka, saya beritahu mereka yang kami tiada salah faham. Hyung hanya bermain dengan saya kerana mereka fikir saya comel, mereka ambil berat tentang saya, bukan usik sesuka hati. Kami tak sorok apa-apa dengan satu sama lain. Kami rapat sehingga kami tahu bila untuk mengambil berat tentang yang lain.

© dazedigital.com | bapyessir.com #Ben (Malay)

No comments:

Post a Comment