Temu Bual dan Promosi B.A.P untuk Officially Kmusic

Translator: Zulaikha
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/05/bap-interview-shoutout-for-officially.html


MC: Kami di sini dengan B.A.P yang hebat. Selamat datang ke Australia dan terima kasih banyak-banyak kerana mengadakan konsert jelajah secara langsung di Melbourne dan Sydney. Adakah kalian pernah terbayang tentang kalian datang ke sini dan buat konsert jelajah di sini?
JU: Kami sentiasa mengimpikan satu konsert jelajah dunia dan mengimpikan pergi ke negara yang belum pernah kami lawati. Daripada semua negara tersebut, kami tidak tahu yang kami akan pergi ke Australia secepat ini. Saya berasa sangat gembira dan akan buat yang terbaik semasa konsert dengan semangat yang baik.
YJ: Abang saya pernah belajar di Australia untuk setahun jadi dia banyak menceritakan kepada saya. Dia berkata saya harus melihat kangaroo dan sinaran mataharinya juga sangat cantik. Pemandangannya sangat cantik dan alam sekitar juga sangat cantik jadi dia berkata kepada saya untuk melihat kepada semua benda dan balik semula.

MC: Jika awak tidak terlibat dengan band B.A.P dan awak datang ke Australia semasa hari bekerja, apakah jenis laluan pekerjaan yang awak pilih?
ZL: Saya berminat dengan melawat untuk jelajah papan luncur.
JU: Saya mahu cuba bekerja di restoran.
DH: Apabila saya menonton drama atau movie, laut Australia digambarkan dengan sangat cantik jadi jika boleh, saya mahu menjadi orang tua yang hebat melakukannya -- menjadi penyelamat nyawa (pengawal pantai).

MC: Kita semua tahu Yongguk tercalon dalam Shorty Awards 2014 untuk kerja-kerja amal awak seperti Unicef, World Vision dan Save The Children. Ianya boleh dikatakan awak sangat bersemangat tentang kerja amal. Kami tertanya-tanya adakah individu lain dalam grup yang terlibat dengan kerja amal yang lain?
DH: Selepas kami mengetahui bahawa Yongguk berminat dalam aspek sedemikian, kesemua enam ahli telah dipengaruhi dengan hebat dan kami cuba membantu UNICEF. Kami memilih satu tempat dan terus menderma dan membantu dalam kerja amal.

MC: Boleh awak beritahu peminat luar negara tentang apa yang mereka harus menunggu dalam konsert jelajah awak dan dalam masa yang sama, apa yang awak jangka daripada peminat luar negara?
YJ: Disebabkan oleh ini ialah pertama kali menunjukkan konsert pertama B.A.P di Australia, saya rasa kami boleh tunjukkannya di konsert dengan warna sebenar dari awal sehingga akhir. Apa yang kami, B.A.P mahu apabila kami berada di Australia ialah mengharapkan orang datang ke konsert kami dan menikmatinya serta mengingatinya apabila mereka pulang.

MC: Terima kasih banyak kerana menyertai kami terutamanya di sini, Melbourne dan Sydney. Ianya suatu kegembiraan berjumpa dengan kalian dan semoga berjaya dengan persembahan kalian.
HC: Terima kasih~

© OfficiallyKmusic | bapyessir.com #Zulaikha (Malay)

No comments:

Post a Comment