Mesej Daripada Yongguk Kepada BABYz

Translator: Zulaikha
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/04/yongguks-message-for-babyz.html



Dengan adanya Himchan, dongsaeng kami nampaknya mendengar kata-kata saya dengan lebih baik. Kewujudannya adalah sangat penting. Untuk Daehyun, dia menggunakan suaranya dengan kerap dan menanggung beban yang banyak. Tetapi dia mempunyai banyak kesedaran. Zelo, Zelo telahpun membesar dalam waktu yang singkat. Dia dapat membezakan yang baik dan buruk lebih bagus daripada orang lain. Saya percaya dia akan menjadi dewasa yang baik mengikut hyung-nya. Jonguppie ialah seorang yang tidak menunjukkan yang dia penat. Dia mempunyai potensi untuk menjadi artis yang lebih baik. Dia yang buat macam ini (gerakan tarian). Dia kreatif seperti itu dan mempunyai banyak kemahiran. Ahli manja kami Youngjae, ialah seseorang yang banyak membantu sebagai hyung. Sebagai hyung, dia mencuba menjadi yang lebih baik dan bekerja keras untuk mencapai matlamatnya. Dalam banyak-banyak orang, saya paling berterima kasih kepada mereka berlima.

Hello, ini ialah Bang Yongguk daripada B.A.P. Ianya sudah lama semenjak saya dapat bertanya khabar melalui mel suara. Selepas Jelajahan Pasifik pada tahun lepas, B.A.P memulakan jelajahan yang baru, Live On Earth 2014 Jelajahan Benua pada tahun ini. Sejak debut, kami melangkah satu per satu ke arah impian kami. Saya berasa terharu, berterima kasih, gembira dan seronok memikirkan kami mampu menggapai impian bersama dengan BABYs. Kami boleh pergi ke negara dan bandar yang lebih banyak berbanding tahun lepas. Dan selain daripada risaukan kami, saya berharap kamu menghantar mesej mengandungi kata-kata semangat supaya kami mempunyai kekuatan untuk menunjukkan persembahan terbaik. Jadi kalau awak bersorak untuk kami, kami sangat berterima kasih. Kami tidak akan ke angkasa ataupun apa-apa, kami masih di bumi. Jadi berfikirlah seperti kami di sisi awak dan sentiasa sabar menunggu kami. Dalam masa kami jauh dari Korea, BABYs, makan dengan baik, bercakap tentang perkara yang boleh buat awak tersenyum, jaga kesihatan dan kekal sihat. Melalu persembahan terbaik yang kami akan lakukan, kami akan datang semula dengan lebih baik dan matang dan berharap awak boleh tinggu sehingga nanti. Saya sentiasa berterima kasih dan bersyukur untuk awak. Dan juga, saya sayang awak dan menghormati awak. Ini ialah Bang Yongguk daripada B.A.P. Terima kasih.

Saya sayang awak. Saya hormat awak.

© bapyessir.com #Kulaikha (Malay)

No comments:

Post a Comment