B.A.P di K-BOY Paradise Jepun Vol. 12

Translator: Ben
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/02/bap-will-be-on-japanese-k-boy-paradise.html

©bapyessir.com 
S: Jika kamu berdua menubuhkan unit, apakah muzik yang anda ingin nyanyikan? Beritahu kami tentang lagu yang kamu ingin nyanyi, pakaian yang anda pakai dan nama unit.
JU: Sejak kami berdua membuat persembahan berdua sebagai unit pada konsert lepas, unit kami ada nama.
ZL: Kami dipanggil MOON&ZELO!
JU: Sebab peminat sudah panggil itu, kami menggunakan itu juga. Walaupun kami ada dalam dance line, stail kami berlainan. Sebab itu saya nak cuba persembahan tarian. Hanya kami berdua.
ZL: Dalam fesyen dan muzik, saya dan Jongup hyung amat secocok (ketawa). Jika kami berdua diberi peluang membuat persembahan bersama, saya ingin mencubanya!

S: Beritahu kami fanservice yang anda akan buat untuk peminat untuk unit ini.
JU: (Diam) Mungkin acara high touch? Ia jarang dibuat di Korea. Ia bukan sahaja pegang tangan, tapi juga kami muka ke muka dan menyamakan pernafasan?(ketawa)
ZL: Ummm, kita perlu samakan dengan pernafasan mereka?
JU: Nampaknya begitu! Rentak amat penting. Zelo juga amat tinggi, jadi pasti acara itu akan "high touch" (amat berjaya)

Staf- staf (ketawa)

S: Selepas dengar yang kamu selalu cakap tentang dunia luar, saya risau tentang perbualan seharian anda. Sila ceritakan topik panas antara kamu berdua.
JU: Kebelakangan ini, saya suka melukis dan selalu bercakap tentang melukis. Saya tunjuk Zelo lukisan saya dan dia beri idea baru. Kerana saya tak belajar betul- betul, saya tak bagus dalam melukis tetapi ketika saya ada masa lapang, saya lukis apa- apa.
ZL: Saya juga melukis sekarang terima kasih atas pengaruh hyung- hyung yang lain.

S: Tadi, Himchan lukis seuatu semasa temubual. (ketawa)
JU&ZL: Hahaahhaha
ZL: Baru- baru ini Jongup hyung obses dengan filem Frozen tetapi bukan hanya dia. Ia ialah boom yang besar dalam B.A.P juga (ketawa)

S: Pada temubual lepas, Yongguk kata oleh kerana pengaruh peminat juga dia sukakan Tigger (ketawa)
ZL: Patung itu? Yongguk hyung jaga mereka dengan baik.
JU: Semestinya tarikan dia.

S: Jika anda boleh tukar umur dengan seorang ahli yang lebih tua, apakah yang anda nak kata kepada dia?
ZL: Secara jujur, di fameeting Korea kami sudah buat 'menukar usia' dengan ahli yang lebih tua. Tetapi kami tak biasa menggunakan bahasa kasual jadi ia menjadi amat kekok (ketawa). Saya cuba cakap "Kerja yang bagus~! Semua orang sudah bekerja keras~" (bercakap dengan muka dia dekat dengan bahu orang lain) "Hey~! Marik bekerja dengan lebih lagi~!" (ketawa)
JU: HAHAHAHAHA (Ketawa besar kerana pergerakan Zelo)

S: White Day semakin hampir kan? Jika orang di sebelah menerima coklat daripada gadis yang dia suka, apakahkah yang anda rasa dia akan beri pada White Day?
JU: (Masih ketawa kerana Zelo) Ah~ Oleh kerana Zelo ada banyak aegyo, dia boleh pakai riben yang besar di kepala dia seperti di fanmeeting Korea. Dia boleh menjadi hadiah itu. Semua orang pasti akan suka.
ZL: Bukan sahaja tarian dia, Jongup hyun semakin baik dalam nyanyian. Jadi dia boleh menyanyi untuk gadis itu.
JU: Saya akan nyanyi kemudian Zelo akan menjadi hadiah dia akhirnya (ketawa). HAHAHA!
ZL: Ehh~ Saya? HAHAHA!
Translation © Luna @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)

Temubual Kumpulan
©bapyessir.com  

©bapyessir.com 
S: Pertama, tahniah kerana telah menang tempat pertama di Show Champion!
Semua: Terima kasih (tepuk)

S:Saya rasa kamu semua masih seronok tentangnya jadi boleh ceritakan perasaan anda sekarang.
YG: Daripada berasa seronok dalam emosi kami, kami fikir kemenangan itu untuk bekerja dengan lebih keras dari sekarang dan itulah yang kami akan buat.
YJ: Ramai orang telah tolong kami untuk mendapat nombor satu. Untuk memastikan usaha mereka tidak sia- sia kami akan bekerja dengan lebih lagi dari sekarang.

S: Pada musim luruh lepas kamu mengadakan jelajah skala besar di Jepun. Ada pentas yang rumit menjadi topik perbualan. Beritahu kami tentang pandangan anda terhadap jelajah itu.
DH: Cara peminat- peminat bersorak sedikit berlainan. Di Korea, peminat- peminat bersorak seperti ini )lambai tangan dan bersorak), mereka amat gembira dan jerit sekuat hati. Peminat- peminat di Jepun pula dengar kepada muzik kami dan bersorak dalam hati. Pada mulanya kami tak biasa tetapi sekarang kami sudah memahaminya dan dapat menyesuaikan diri.
HC: Sebenarnya, jelajah Jepun ialah yang paling mendapat sambutan setakat ini. Daripada kami mula merancang, kami agak risau. Macam mana nak menjayakan ini.
YJ: Semua memikirkan tentang itu.
DH: Ia berhasil lebih daripada berjaya yang kami sangka.Sekarang kami lebih yakin tentang membuat promosi di Jepun. Kami akan tunjukkan konsert yang lebih baik dari sekarang.

S: Kamu semua akan melancarkan single Jepun ketiga "No Mercy" pada 2 April. Tahniah!
Semua: Terima kasih!

S: Versi Korea No Mercy ada memasukkan rap dalam dialek Busan. Ceritakan kepada kami tentang konsept untuk No Mercy versi Jepun dan juga aspek yang anda mahu peminat lihat.
YJ: Kami melancarkan lagu itu di Korea setahun lepas dan kami telah nyanyikannya banyak kali di latihan dan konsert. Saya rasa dengan versi Jepun, kami dapat menunjukkan sesuatu yang lebih matang dan ketinggian kualiti muzik dan muzik video. Dalam muzik video itu ada bahagian dram semasa dance break. Saya rasa kamu akan menyukainya.
DH: Ooh~ Seperti yang dijangka daripada Youngjae!

S: Apabila kita cakap tentang tarian kita fikirkan Jongup. Jadi tolong beritahu kami apakah yang perlu dilihat dalam koreografi No Mercy versi Jepun.!
JU: Ah, saya? Ia ialah tarian yang bersemangat.

S: Siapakah yang anda sedang katakan?
JU: Semua orang. Kali ini kami bukan sahaja kuat tetapi juga bersemangat dan juga ada perasaan kelas tinggi.
ZL: Hmhm..
YG: Dengan kata pendek, persembahan kami sudah naik kelasnya (ketawa)

S: Ada ramai yang kata mereka menjadi peminat selepas melihat aegyo kamu semasa konsert Jepun terakhir.
YG: Saya panik sedikit dan tidak berniat nak buat aegyo pun, jadi saya terkejut bila orang lain lihat ia sebagai aegyo (bisik) saya akan buat yang terbaik
HC: (Ketawa)

S: Adakah anda ada sikap yang anda tak biasa tunjuk?
YG: (melihat Himchan) Sebab saya ada dengan ahli- ahli lain.... itulah kerana saya buat bersama mereka, tetapi saya sentiasa tunjukkan imej kuat atas pentas. Oleh kerana peminat- peminat tak pernah lihat saya begitu, saya rasa itulah sebab mereka ingat saya ada aegyo.

S: melihat ketua kamu begini, apakah ahli lain fikir?
HC: Bukannya dia comel pada setiap masa. Macam dia tunjukkannya di atas pentas sesuatu yang kita boleh lihat hanya beberapa kali setahun.
S: Bolehkah maknae Zelo kata sesuatu juga?
ZL: Kami tak pernah terfikir yang Yongguk hyung mempunyai aegyo. Dia jenis yang macam tak pernah nak bermain dengan ahli lain kerana dia ketua dan sebenarnya agak jarang dia berbuat begini jadi saya tak sangka dapat melihat dia begini. Sebab itulah peminat fikir dia ada aegyo (ketawa)
©bapyessir.com
©bapyessir.com 

Oleh kerana Yongguk menghasilkan lagu, apakah jenis lagu yang ahli lain nak dia tulis untuk masing- masing? Dan Yongguk, apakah yang anda fikir setiap ahli tentang apa yang mereka kata?
JU: Hm, hip hop yang seronok! Saya nak dia tuliskan saya lagu yang seronok dan funky.
YJ: Itu tak beberapa jelas (ketawa)
HC: Lagu seperti Spy?
YG: Untuk Jongup, saya rasa lagu yang sesuai ialah seperti imej artis Rene Magritte, muzik yang melangkaui kerja asal.
JU: Cool!
HC: Saya suka hip hop yang bermelodi? Seperti Sexy Clap.
YG: Himchan ialah seorang yang sedar diri. Lagu seperti Frida Kahlo yang menggambarkan diri sendiri sesuai dengan Himchan.
HC: (nampak berpuas hati) huhuhu...
ZL: Saya.... Saya suka hip hop yang ada perasaan bebas dalamnya.
YG: Zelo ada imej muda dan bebas jadi muzik seperti Banksy street art sesuai.
YJ: Saya nak lagu yang sedap didengar pada waktu malam.
YG: Walaupun Youngjae nampak serius, amat susah untuk melihat muka kedua dia dan itulah tarikan misteri dia.... (ketawa)
YJ: Itu tak benar!
YG: Youngjae sesuai dengan muzik monochrome seperti gambar pencipta Perancis Etienne-Jules Marey.
DH: Untuk saya.... Sesuatu dengan vokal yang mantap dan sukar, lagu dengan band, atau hip hop yang ada not tinggi.... Lagu seperti itu.
YG: Daehyun ada imej seperti pemuzik jazz Miles Davis. Dia juga banyak melukis. Dia bermain muzik dengan cantik tetapi berlainan, amat hardcore. jadi saya rasa muzik yang sesuai dengannya ialah yang berbeza- beza seperti lukisan Miles Davis.
Semua: Ooh~ (komen sudah habis jadi semua tepuk)

S: Sekarang mari cuba hasilkan lagu untuk Yongguk. Bagaimana Yongguk, yang amat popular dalam kalangan peminta kerana aegyo yang dia tunjukkan semasa konsert Jepun, meningkatkan bilangan peminat?
YG: Eh! Walaupun semua ahli lain tunjukkan aegyo semasa konsert itu, kenapa hanya saya....!?

S: Seperti yang Zelo kata tadi, bukannya setiap hari boleh lihat jadi ia meninggalkan impak yang kuat kepada peminta.
HC: Jika begini, dia tak patut buat banyak kali dalam setahun (ketawa)

S: Betul tu (ketawa) Jadi, apakah sikap yang Yongguk patut tunjuk untuk peminat?
HC: Ada pepatah kata "Rezeki dan kebahagiaan akan datang kepada yang senyum", jadi bukankan peminat- peminat akan gembira juga jika dia banyak senyum?
JU: Hyung tak banyak cakap secara langsung. Jadi saya rasa dia patut jadi MC jadi dia boleh cakap dengan lebih bersama peminat.
ZL: (angguk) Betul. Kalaulah dia cakap lebih...

S: Dia biasanya tak banyak bercakap?
ZL: Bukannya dia tak bercakap langsung, tetapi dalam kalangan ahli dia tak banyak cakap?
HC: Youngjae dan Daehyun yang bercakap banyak untuk tutup itu.
DH&YJ: Ahahahaha....
(Jongup tanya Himchan dengan senyap "Soalan lepas ialah untuk Yongguk hyung?" "Ya!" Himchan jawab dan mereka berdua gelak)
YJ: Apakah yang kamu berdua cakapkan? Betul... (ketawa) saya rasa Yongguk hyung okay dengan diri dia sekarang.
DH: Saya pun rasa begitu!

S: Yongguk, oleh sebab tajuk single baru ialah "No Mercy", bilakah masa ahli lain tidak tunjukkan belas kasihan?
YG: Jongup biasanya jenis yang terbuka tapi dia tak tunjukkan belas kasihan semasa dia menari. Himchan tak tunjukkan belas kasihan semasa dia makan.
HC: (lihat ahli-ahli yang lebih muda) Sebab saya ada dongsaeng yang baik- baik saya hilang belas kasihan saya!
YG: Zelo sentiasa buat yang terbaik semasa latihan dan tidak tunjukkan belas kasihan terhadap masa
ZL: Huhu! (dengan bangga)
YG: Youngjae tak tunjukkan belas kasihan apabila orang lain bercakap buruk tentang dia.(ketawa)
Semua: Ahahahahahaha!
YG: Dan Daehyun tak tunjukkan belas kasihan apabila Youngjae cakap buruk tentang dia (ketawa)
DH&YJ: Ahahahahahaahahaha!

S: Akhir sekali, sila cakap sesuatu kepada peminat yang menunggukan jelajah anda yang seterusnya!
YG: Baru lagi jelajah Jepun kami berakhir, dan saya minta maaf kerana kami sudah merancang yang seterusnya(bergurau). Kita akan berjumpa lagi, jadi sila datang untuk melihat kami membuat persembahan dengan lebih baik lagi daripada dulu.
YJ: Kami beri tumpuan kepada banyak perkara semasa jelajah lepas tetapi banyak perkara yang tak dicapai. Kali ini kami akan perbaiki itu jadi kami boleh tinggalkan lebih banyak memori manis daripada dulu. Jadi, sila nantikannya.
HC: Skala konsert Jepun kami amat besar. Maksudnya kami juga semakin gemuruh dan teruja. Kami rasa 2 jam itu amat bermakna jadi sila nantikan 2 jam ini supaya kamu boleh luangkan lebih masa dengan kami!
JU&ZL: Sila jaga kami!

Translation ©Julie @BAPYESSIR.COM | bapyessir.com #Ben (Malay)
Temubual berpasangan
©bapyessir.com
S: Jika kamu berdua menubuhkan unit, apakah muzik yang anda ingin nyanyikan? Beritahu kami tentang lagu yang kamu ingin nyanyi, pakaian yang anda pakai dan nama unit.
YJ: Nama unit kami... Mischievous Boys(Lelaki Nakal)? (dalam bahasa Jepun) Daehyun dan saya suka mengenakan ahli lain di dorm.
DH: Muzik.... daripada muzik seperti, saya rasa sesuatu lebih lembut.. No, no, kami akan masih kekalkan stail B.A.P.
YJ: Yang mana satu ni? (ketawa)
DH: Ah, saya rasa muzik yang lembut. Seperti R&B atau balada, sesuatu seperti itu...
YJ: Daehyun, kamu sedang merumitkannya~ (ketawa)
DH: Saya masih belum dapat putuskan (ketawa)
YJ: Pada saya, saya nak buat muzik yang orang dengar pada siang hari, semasa balik daripada kerja atau sekolah. Sesuatu yang tidak bising, melodi dalam kord minor, itulah muzik yang saya nak.

S: Beritahu kami fanservice yang anda akan buat untuk peminat untuk unit ini.
DH: Ada banyak! Contohnya, nyanyi "Nooneui Kkot" yang terkenal di Korea. Ia terkenal kan?

S: ya, ia amat terkenal (ketawa)
DH: Say teringin nak nyanyikannya sekali. Saya rasa peminat- peminat Jepun kami akan gembira jika kami nyanyikannya (ketawa)

S: Lagu itu dinyanyikan banyak artist Korea yang buat promosi di Jepun. (ketawa)
DH: Eeh~~ betul? Saya tak tahu... Jika begitu saya rasa lagu lain lebih sesuai... Saya akan fikirkan tentangnya.. (ketawa)
YJ: Sementara dia fikir, saya akan jawab (ketawa) Daehyun dan saya amat suka bercakap jadi saya nak acara di tempat kecil dengan hancubaya beberapa orang peminat, jadi kami boleh nyanyi dan bercakap.

S: Selain daripada muzik, apakah benda lain yang anda pernah cuba?
YJ: Saya pernah cuba manzai? (ketawa)
DH: Huhuhu, itu bagus juga! (ketawa)

S: Nampaknya ramai peminat yang suka Daehyun dan Youngjae, tetapi selain daripada "Kami kacak" dan "Kami bagus dalam nyanyian", apakah sebab lain yang anda boleh fikir?
DH: Tak, tak, tak (ketawa)
YJ: Kami dilahirkan begitu! (dalam bahasa Jepun)
DH: Apa tu? Kalau begitu saya pun. (ketawa)


S: White Day semakin hampir kan? Jika orang di sebelah menerima coklat daripada gadis yang dia suka, apakahkah yang anda rasa dia akan beri pada White Day?
DH: Semasa photoshoot untuk poster fanmeeting Korea, kami ambil gambar dengan bunga ros dan Youngjae nampak tampan! Saya rasa jika Youngjae pakai suit dan beri bunga ros kepada gadis itu, dia pasti suka!
YJ: Ah~ (ketawa) kamu tahu.
DH: Saya?
YJ: Daehyun ada personaliti maskulin jadi dia bukan jenis yang cakap ayat- ayat romantis kecuali semasa dia menyanyi. Jadi saya rasa dia akan nyanyikan lagu cinta kepada gadis itu.
DH: Ah~ (ketawa) Bagus juga! (ketawa)
YJ: (Peluk Daehyun dan tepuk belakangnya) Daehyun, dah tahu ke lagu Jepun apa yang kamu nak nyanyi? (ketawa)
DH: Ah, mungkin, "Gamanhi Nuneul Gamgo"(Hirai Ken/ Hitomi wo tojite)?

S: Lagu itu biasa juga (ketawa)
DH&YJ: A~ah (ketawa)

Translation ©Julie @BAPYESSIR.COM | bapyessir.com #Ben (Malay)


©bapyessir.com
S: Jika kamu berdua menubuhkan unit, apakah muzik yang anda ingin nyanyikan? Beritahu kami tentang lagu yang kamu ingin nyanyi, pakaian yang anda pakai dan nama unit.
HC: Hmmmm, sebab nyanyian Daehyun mantap, sama dengan vokal rock. Amat bermakna jika kami tunjukkan sub-unit yang lain dan asli. Sebab iulah, agak seronok jika mencuba balada sensitif. Saya akan main piano!
DH: Eh? Himchan hyung tak nyanyi?
HC: Saya tak nyanyi.
DH: Eeh, tak boleh lah begitu. Semasa latihan Himchan hyung nyanyi lagu balada dengan baik. Tak berminatkah untuk melihat Himchan hyung menyanyi dengan suara lembut? Untuk konsert, penceritaan Himchan amat cool.
HC: (ketawa) Jika Daehyun puji begitu, saya rasa saya akan cuba.

S: Apa nama unit itu?
DH: Hmmm, "Himchan&Daehyun"?
HC: "Him Daehyun?
DH: Ahahahahaha!

S: Nampaknya macam ada orang nama begitu.
HC: Ada! Dia Korea mungkin ada 100 orang. (ketawa)

S: Beritahu kami fanservice yang anda akan buat untuk peminat untuk unit ini.
HC: kami akan tukar imej. Daehyun yang amat disayangi dan saya yang cool. Saya dan Daehyun banyak cakap, jadi kami boleh adakan perbualan dengan peminat- peminat.
DH: Peminat pasti tak ada peluang nak cakap kerana Himchan akan bercakap sahaja (ketawa)

S: Kamu berdua ialah 'visual' dan 'cakap', dan juga pemakan besar. Adakah apa-apa yang sedap dimakan baru- baru ni?
DH: Kasih sayang peminat? (ketawa)
HC: Ia sedap!(ketawa)
DH: Ahahaha. Tetapi saya banyak makan!
HC: Saya juga, tetapi bila kami ke Jepun, saya suka makan roti melon. Ahli lain juga suka.

S: Jenis roti melon mana yang kamu suka?
HC: Roti melon roti melonlah. Ada jenis lain kah?

S: Ada yang ada krim di dalamnya, ada jem buah- buahan.
HC: Eeeh, ada yang begitu? Saya akan beritahu semua orang!
DH: Yabai, yabai!(dalam bahasa Jepun)

S: Soalan terakhir, jika orang di sebelah kamu terima coklat daripada seorang gadis, macam mana dia akan balas balik pada White Day? Bayangkan.
HC: Daehyun akan.... nyanyikan lagu cinta? Sebab jika Daehyun nyanyi kamu takkan lihat sesiapa lagi!
DH: Himchan akan beri surat, rasanya. Dengan penuh perasaan, dia akan tulis dengan teliti dan isi surat itu mesti romantis. Gadis yang terimanya akan terharu.

Translation © Nicole @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)

©bapyessir.com

S: Jika kamu berdua menubuhkan unit, apakah muzik yang anda ingin nyanyikan? Beritahu kami tentang lagu yang kamu ingin nyanyi, pakaian yang anda pakai dan nama unit.
YG: Dengan kami berdua, kami akan teruskan aktiviti Bang&Zelo. Dulu kami pernah gunakan tema sekolah untuk luahkan kerisauan, masa depan dan impian. Jika kami buat lagi sekarang saya nak ceritakan tentang dua rapper yang sedang runsing (ketawa)

S: Beritahu kami fanservice yang anda akan buat untuk peminat untuk unit ini.
ZL: (angkat tangan) Saya ada idea! Dalam "Never Give Up" ada bahagian Yongguk hyung "Saya nak lukis awak semasa kelas melukis, saya nak buat lagu untuk awak dalam kelas muzik" dan saya nak lukis gambar peminat dan berikannya sebagai hadiah. Peminat fikir kami tak dapat lihat mereka dari atas pentas. Setiap peminat yang datang ke konsert, saya akan nampak muka kamu!
YG: Jika begitu, dalam bahagian Zelo "Beli roti" kita patut berikannya bersama (ketawa)
ZL: Idea bagus! Tapi adakah peminat akan suka. (ketawa)
YG: Bagaimana jika mereka balik saja (ketawa) Saya hanya bergurau (ketawa)

S: Yongguk, di Twitter, kamu memuatnaik muka Zelo semasa tidur dengan komen "Jadilah seorang dewasa yang menyinari dunia ini". Zelo, apakah sifat kebapaan Yongguk dan sebaliknya, Yongguk, apakah sifat kanakan Zelo?
YG: Semasa saya jumpa Zrelo, dia ada minat yang kuat tetapi masih remaja. Sekarang, dia dh matang seperti artis yang bersedia. (angkat tangan ke kepala) Dia juga jadi begini tinggi (ketawa)
YG: Walaupun begitu, setelah dia turun pentas, dialah maknae yang amat menarik hati.
ZL: Hehehe, terima kasih. Kali ini saya. Kepada saya, Yongguk hyung ialah model yang saya ikut. Dialah ketua yang saya percaya. Semasa saya berlatih menulis lirik, saya tunjukkan kepada Yongguk hyung dan terima nasihat. Saya rasa dia ada sifat kebapaan. Lagi, dia bergerak dengan perlahan (ketawa)

S: Akhir sekali, jika orang di sebelah kamu menerima coklat daripada gadis pada Hari Valentine, apakah yang anda fikir dia akan balas pada White Day?
ZL: Sebab Yongguk hyung seorang yang meluahkan perasaan memalui muzik, dia pasti akan tulis lagu untuk meluahkan perasaan dia kepada gadis itu.Ia ringkas tetapi bukankah begitu lagu yang bagus dihasilkan?
YG: Semasa Zelo tidak berada di atas pentas, dia agak nakal tetapi menarik. Saya rasa dia akan tunjukkan keberanian dan cool. Oleh itu, sebagai seorang lelaki, saya rasa hadiah untuk White day semestinya perasaan dia.
Translation © Luna @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)
©bapyessir.com 

S: Jika kamu berdua menubuhkan unit, apakah muzik yang anda ingin nyanyikan? Beritahu kami tentang lagu yang kamu ingin nyanyi, pakaian yang anda pakai dan nama unit.
YG: Saya tak dapat fikirkan nama yang baik sekarang tapi kedengaran seronok untuk berkoloberasi dengan Himchan yang boleh menyerlahkan dia. Sebab suara Himchan menarik hati. Lagu B.A.P tak dapat menggunakan bakat dia dengan penuh, jadi saya nak nyanyikan lagu yang membuatkan kita seronok mendengar suara Himchan. Menyanyi lagu bersama dengannya amat seronok.

S: Dalam temubual lalu, Himchan-ssi namakan pasangan ini "Oji-san" (maksudnya orang tua, atuk dalam bahasa Jepun) (Ketawa)
HC: Betulkah saya cakap itu??
YG: (ketawa) Kenapa unit kita dipanggil Oji-san? Bukannya kita tak boleh menari dengan bertenaga. (ketawa)
HC: Saya ada pandangan begitu kepada kamu kerana kamu bergerak dengan amat perlahan.
YG: Hey! (ketawa)

S: Beritahu kami fanservice yang anda akan buat untuk peminat untuk unit ini.
HC: Saya akan buat Yongguk bercakap di depan peminat! Selain "Jom pergi ke kedai serbaguna", saya akan ajar dia bahasa Jepun lain dan mempelbagaikan fan service dia! Kami akan tunjukkan tarikan Bang Yongguk di masa hadapan, jadi nantikannya!
YG: Nantikannya tapi jangan menaruh harapan tinggi. (ketawa)

S: Secara specific, selain "Jom pergi ke kedai serbaguna", apa yang kamu ajar dia?
HC: Saya pun sedang belajar bahasa ini kerana saya pun tak beberapa baik.... macam mana dengan "ikemen"(maksudnya lelaki kacak dalam bahasa Jepun)??
YG: Kelakarkah? (dalam bahasa Jepun), "Jom pergi ke kedai serbaguna" ialah yang terbaik....

S: Yongguk-ssi terkenal membuat kerja kesukarelawan, tapi jika kamu membuat kerja sukarelawan bersama Himchan, apakah yang kamu berdua akan buat?
YG: Sebenarnya, bukan saya sahaja tapi semua ahli berminat membuat kerja sukarela juga. Baru- baru ini, peminat- peminat kami juga membuat kerja- kerja kebajikan dan mereka memberi derma, jadi saya tersentuh dengan itu. Mereka selalu memberi derma kepada yang memerlukan dan meletakkan nama kami pada hari jadi kami sebagai hadiah hari jadi. Semasa saya dengar cerita ini, saya bangga dan tersentuh melihat peminat- peminat kami prihatin.
HC: Walaupun kami chinggu(kawan sama umur), saya belajar banyak perkara daripada dia. Saya akan buat apa sahaja bersama Yongguk! Tetapi sayangnya kerana tak dapat meluahkan perasaan walaupun dengan kisah yang sedih..... (ketawa)
YG: Hey! (ketawa) Saya tersentuh!
HC: Yep, lebih baik(ketawa). Ia menjadi lebih bagus, tetapi dia masih perlu belajar dan berlatih (ketawa)

S: Soalan terakhir, oleh kerana White Day semakin hampir, jika orang di sebelah kamu terima coklat daripada seorang gadis, apakah yang dia akan balas?
YG: Sebab Himchan kadang- kadang memasak untuk kami, saya rasa dia akan masak atau beri bekal yang penuh dengan kasih sayang kepada gadis itu juga. Walaupun ia mungkin masakan yang tak sempurna, saya pasti gadis itu akan gembira menerimanya.
HC: Yongguk seorang yang bertindak daripada bercakap, jadi tanpa berkata apa- apa, saya rasa dia akan peluk dia dan luahkan perasaan dia. Macam watak dalam melodrama?
YG: Hey! (ketawa)
HC&YG: LOL
Translation © Yui @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)

©bapyessir.com
S: Jika kamu berdua menubuhkan unit, apakah muzik yang anda ingin nyanyikan? Beritahu kami tentang lagu yang kamu ingin nyanyi, pakaian yang anda pakai dan nama unit.
YJ: Semua orang tahu Jongup ialah seorang penari, tapi dia ada suara yang cool juga! Jadi kami pilih sesuatu yang rancak, R&B yang boleh membuatkan kami menari.

S: Pakaian dan nama unit?
YJ: Pakaian... baju tanpa lengan? (ketawa) Saya takkan pakai tapi Jongup akan pakai baju tanpa lengan dan seluar pendek. (ketawa)
JU: Saya rasa ia agak bagus. Sekarang masih sejuk tapi ia sesuai untuk musim akan datang.

S: Beritahu kami fanservice yang anda akan buat untuk peminat untuk unit ini.
JU: Saya akan suruh Youngjae ajar saya bahasa Jepun dan saya rasa segmen MC kami akan menjadi seronok. Kami akan jadi MC dan minta yang lain menunjukkan bakat.
YJ: tapi hanya kita berdua yang akan buat ini.
JU: Ah betul. Jadi kita biarkan sahaja mereka berdiri.
YJ: (ketawa)

S: Kamu berdua tidur banyak. Masa bila paling sesuai tidur? Dan adakah masa kamu tak boleh tidur dan menyebabkan masalah?
YJ: Kebelakangan ini kami tunggu dan pergi ke banyak tempat jadi kami tak cukup tidur. Masalah... adakah?
JU: Selalunya Daehyun hyung bangunkan kami tetapi pada satu kali ini dia amat penat dan tak bangunkan kami jadi semua terlajak tidur. KAmi bernasib baik kerana tak lewat. Sejak itu, kami berhati- hati untuk tidak terlajak tidur.

S: Youngjae ialah otak dan Jongup ialah otot. Pada pandangan pertama macam kamu tak rapat tapi apa persamaan kamu? Ataupun memory kamu berdua saja?
JU: Youngjae hyung baik jadi dia rapat dengan semua orang.
YJ: Walaupun kadang- kadang saya gigit (ketawa)
JU: Tetapi dia dengar perkara yang cakap cakapkan dan kami selalu nyanyi dan dengar muzik bersama
YJ: Daripada ahli lain, saya rapat dengan Jongup pertama kerana mustahil untuk tidak peduli personaliti baik dia.(ketawa) Kadang- kadang sifat tak bersalah dia melebih- lebih. (ketawa)
JU: Hmhm.

S: White Day semakin hampir kan? Jika orang di sebelah menerima coklat daripada gadis yang dia suka, apakahkah yang anda rasa dia akan beri pada White Day?
YJ: Saya rasa Jongup akan berikan sesuatu yang amat berharga kepada dia. Mungkin dia akan beri hamburger(ketawa) Ahahaha!
JU: Baru- baru ini untuk hari jadi dia, Youngjae hyung rekod mesej untuk peminat- peminat. Saya rasa keikhlasan dia. Jadi menghantar mesej romantis sebelum tidur atau menyanyi?

Translation © Julie @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)
Temubual solo
©bapyessir.com
S: Kamu menjelajahi pelbagai tempat di Jepun tahun lepas, manakah yang kamu paling suka dan makanan apa yang kamu paling suka?
YJ: Semua makanan di Jepun sedap. Yang paling saya ingat ialah udon dan tonkatsu. Pinggan makanan itu amat besar! Saya juga suka udon.

S: Sekarang kamu fokus kepada aktiviti muzik, tetapi adakah perkara lain yang kamu ingin cuba seperti pelakon atau MC?
YJ:Saya pernah cuba rancangan variety banyak kali, ia amat susah... Daripada gembira yang kita keluar TV, saya gemuruh dan takut. Itulah sebab saya taknak buat promosi lain. Saya ya tak ada keyakinan. Itulah sebab saya nak buat konsert dan promosi muzik bersama B.A.P.

S: Kalau kamu boleh cipta satu kejiranan, macam mana?
YJ: Saya nak buat kejiranan yang semua orang gembira. Saya nak semua orang menghayati kesamaan status dan kegembiraan.

S: Benda lain yang kamu suka. Saya dengar kamu suka kamera....
YJ: Kamera yang saya ada sekarang dibeli oleh duit saya sendiri. Sebab itu ia kegemaran saya.

S: Apa anime yang anda suka kebelakangan ini?
YJ: Saya tonton ONE PIECE dan HUNTERXHUNTER. Saya juga suka tonton (tidak disiarkan)

S: Kamu dipanggil otak B.A.P dan memori anda bagus. Adakah kamu ingat muka- muka peminat?
YJ: Sebenarnya, saya tak ingat muka orang dengan baik. Walaupun begitu, saya cuba ingat muka peminat sebaik mungkin. Ah, saya ingat peminat- peminat yang bersorak dengan amat amat bertenaga. Saya berterima kasih kepada peminat begitu.
Translation ©Nicole @BAPYESSIR.COM | bapyessir.com #Ben (Malay)

@bapyessir.com
S: Kamu menjelajahi pelbagai tempat di Jepun tahun lepas, manakah yang kamu paling suka dan makanan apa yang kamu paling suka?
ZL: Saya tak ingat nama makanan yang sayamakan. Tapi semuanya sedap. Semasa jelajah saya makan banyak bento tapi saya makan tonkatsu dan udon paling banyak. Hyung yang lain juga ada cakap, yang saiz udon itu besar (ketawa)

S: Tempat mana yang memberi impak besar kepada kamu?
ZL: Saya akan lihat majalah fesyen Jepun dan saya rasa tempat mereka ambil gambar itu cantik. Apa yang saya fikir ialah, walau di mana pun kita pergi ke Jepun, semuanya cantik.
S: Sekarang kamu fokus kepada aktiviti muzik, tetapi adakah perkara lain yang kamu ingin cuba seperti pelakon atau MC?
ZL: Pertama muzik. Kemudian berlakon. Sebab saya rasa ia membantu jika saya dapat pelbagai pengalaman sementara saya masih muda. Saya dapat peluang untuk muncul dalam muzikal dan saya rasa ia menarik. Ada tekanan tinggi semasa itu. Saya betul- betul taknak buat itu tapi ia ialah pengalaman yang menarik. Bila difikirkan semula saya rasa ia menjadi memori indah dan pengalaman yang baik. Saya teringin nak mengulanginya lagi.

S: Kalau kamu boleh cipta satu kejiranan, macam mana?
ZL: Tempat seperti Vancouver, Canada. Saya nak buat bandar daripada ais. Kalau di Korea, saya akan jadikannya seperti Apgujeong.

S: Peminat- peminat amat berminat dengan fesyen kamu. Baru- baru ini, apakah fesyen kegemaran kamu?
ZL: Ada ramai yang lihat fesyen saya dan aksesori tapi sebenarnya saya tak tahu banyak pun. Cita rasa orang berlainan. (ketawa)

S: Apakah perbuatan paling nakal kamu buat kebelakangan ini?
ZL: Ummmm, kami selalu bermain bersama tetapi semasa latihan saya buat mereka gelak dengan gerak tari saya.

Translation © Luna @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)


©bapyessir.com 
S: Kamu menjelajahi pelbagai tempat di Jepun tahun lepas, manakah yang kamu paling suka dan makanan apa yang kamu paling suka?
YG: Jepun agak berlainan dengan Korea amat teratur dan bersih. Saya suka sushi jadi kami pergi ke restoran sushi terkenal di Tokyo. Saya tak ingat namanya tapi sushi di situ amat sedap!


S: Sekarang kamu fokus kepada aktiviti muzik, tetapi adakah perkara lain yang kamu ingin cuba seperti pelakon atau MC?
YG: Saya nak cuba kerja producing. Seronok berdiri di atas pentas tapi sebagai produser saya rasa seronok melihat orang lain di atas pentas dengan muzik dan material yang saya hasilkan.

S: Kalau kamu boleh cipta satu kejiranan, macam mana?
YG: Tempat yang gelap di mana cahaya hanya meeerangi sesetengah tempat. Kejiranan begitu bagus.

S: Tempat yang gelap?! Kenapa?
YG: Dalam masyarakat sekarang, semua orang berterabur dan bersendiri. Kalau hanya ada cahaya di sesuatu tempat, bukankah mereka akan ke situ bersama? Itulah yang saya fikir. Lebih senang jika kita hidup bersama.

S: Ahh, itu kedengaran bagus. (Mulai sekarang Himchan bersenandung membuatkan Yongguk sukar didengari.)
YG: Kamu ok ke? Himchan selalu macam ni (ketawa) Hey Himchan! Senyap sikit, senyap sikit!

S: Terima kasih (ketawa). Kamu mahu jadi berpengaruh kepada orang lain, adakah orang yang mempengaruhi kamu?
YG: Ahli- ahli lain amat riang jadi saya jadi macam tu juga bila bersama. Maksudnya, personaliti saya menjadi lebih riang, mereka mempengaruhi saya dengan cara itu. Peminat- peminat pula gembira dengan apa- apa yang kami buat. Saya rasa dihormati dan berterima kasih.

S: Kerana kelakuan itu kamu terima gelaran "Bang Buddha". Di Korea, apakah nama panggilan yang kamu dapat semasa kecil?
YG: Semasa saya kecil, nama akhir saya jarang jadi mereka panggil saya Bang-kun. Itu saja.

Translation © Nicole @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)

©bapyessir.com 


S: Kamu menjelajahi pelbagai tempat di Jepun tahun lepas, manakah yang kamu paling suka dan makanan apa yang kamu paling suka?
JU: Semua di Jepun bagus. Pada pendapat saya, kari dengan mi udon... Udon Kari? Itu paling sedap.

S: Sekarang kamu fokus kepada aktiviti muzik, tetapi adakah perkara lain yang kamu ingin cuba seperti pelakon atau MC?
JU: Saya nak buat semuanya.
Staf: Oooooooooh.
JU: Tapi tak bermakna saya ada keyakinan untuk melakukannya.... Saya nak dapat pengalaman mencuba pelbagai perkara yang menarik.

S: Kalau kamu boleh cipta satu kejiranan, macam mana?
JU: Bandar yang semua orang kenal sesama sendiri. Saya nak semua orang seperti satu keluarga

S: Jongup terkenal untuk pandai bersukan. Apa sukan yang paling bagus?
JU: Saya suka bola sepak dan bola keranjang tetapi saya tak pandai sangat pun (ketawa). Saya suka main dan berlari dengan semua orang. Saya suka melakukan ia dalam kumpulan.

S: Masa sekolah dulu, sukan apa yang kamu main?
JU: Tiada. Saya rasa saya tak ada kelebihan atlet (ketawa). Tapi, saya suka berlari.

S: Hari lepas ialah hari jadi kamu. Apa yang ahli lain buat untuk kamu?
JU: Ya, kami raikannya seperti biasa. Kami ke panggung wayang menonton Frozen.

S: Peminat tak kenal kamukah di panggung wayang?
JU: Kadang- kadang itu berlaku, tapi masa tu kami ke situ lewat malan jadi ada kurang orang dan gelap.

S: Kamu dapat kek tak?
JU: Saya dapat kek daripada peminat. Kami makannya. Ia sedap!

Translation © Nicole @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)

©bapyessir.com
S: Kamu menjelajahi pelbagai tempat di Jepun tahun lepas, manakah yang kamu paling suka dan makanan apa yang kamu paling suka?
DH: Nagoya? Kepak ayam di Nagoya! Sedap betul.

S: Nampaknya kamu semua suka kepak ayam (ketawa) Dapatkah kamu pergi ke restoran terkenal?
DH: Kami tak sempat. Tapi peminat kami ada dapatkannya untuk kami!

S: Apakah tempat yang kamu ingat?
DH: Ada satu tempat ni yang kami adakan fanmeeting Tokyo... hm... (pusing belakang untuk tanya staf) Ah, Marui City di Shibuya.

S: Sekarang kamu fokus kepada aktiviti muzik, tetapi adakah perkara lain yang kamu ingin cuba seperti pelakon atau MC?
DH: Saya akan nyanyi sampai ke akhir hayat! Tetapi jika perlu pilih kerjaya lain saya ingin cuba muzikal? Saya teringin untuk berlakon sambil menyanyi.

S: Kalau kamu boleh cipta satu kejiranan, macam mana?
DH: Saya akan buat rumah yang berbumbung tile lama dengan bunga berkembang di luar.

S: Tempat mana di Busan mana kamu ingin bawa ahli- ahli lain pergi?
DH: Ahli yang lebih tua daripada saya suka makanan laut jadi saya akan bawa mereka ke Jalgalchi Fish Market (ketawa) selepas bawa mereka ke Pantai Gwangalli, saya nak makan sashimi bersama.

S: Jenis ideal kamu ialah Shin Saimdang, seorang isteri dan ibu yang baik. Dari segi rupa pula macam mana?
DH: Saya tak pentingkan sangat paras rupa. Tapi kalau terpaksa, saya suka seorang yang senang didekati? (meletakkan tangan di kepala berfikir) Saya betul- betul tak tahu macam mana nak cakap (ketawa)

S: Tenang?
DH: Ya! Tenang, dan rupanya tak perlu bertenaga, begitu.

S: Kamu sika seorang yang baik dan lembut?
DH: Betul!
Translation © Julie @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)

©bapyessir.com 
S: Kamu menjelajahi pelbagai tempat di Jepun tahun lepas, manakah yang kamu paling suka dan makanan apa yang kamu paling suka?
HC: Keseluruhannya saya seuka semuanya. Semua tempat di Jepun senyap. Saya rasa negara ini penuh dengan budaya.

S: Adakah tempat yang membuatkan kamu ingin pergi lagi?
HC:Permandangan malam Tokyo amat mempersonakan. Lain kali saya ke Osaka saya ingin ke Istana Osaka.

S: Makanan yang kamu suka?
HC: Hitsumabushi! Dan juga kepak ayam. Okonomiyaki dan monjayaki juga sedap.

S: Sekarang kamu fokus kepada aktiviti muzik, tetapi adakah perkara lain yang kamu ingin cuba seperti pelakon atau MC?
HC: Saya seorang MC sebelum debut dan saya ingin membuatnya lagijika diberi peluang. Dan juga berlakon dalam MV kerana saya rsa ia profesion yang menarik.

S: Kalau kamu boleh cipta satu kejiranan, macam mana?
HC: Saya akan jadikan tempat itu menyenangkan hati orang lain apabila mereka melawat.

S: Kamu terkenal dengan fesyen kamu. Apa yang kamu perhatikan tentang pakaian kamu?
HC: Saya pilih pakaian berdasarkan apa perasaan saya setiap hari. Contohnya, daripada ahli kami.....
Staf: Jangan cakap banyak lagi.
HC: Bukankah ok untuk cakap lebih? (ketawa)
Staf: Jangan~
HC: Hm~ lain kali saja (ketawa)

S: Apakah yang paling penting?
HC: Kasut. Kasut dan tali pinggang penting, lebih daripada baju dan seluar. Apabila kasut dan tali pinggang menyerlah, semuanya akan jadi ok.

S: Kamu ambil gambar peminat kamu dan post online. Apakah peminat yang membuatkan kamu ambil gambar mereka?
HC: Peminat yang senyum dan minta saya ambil gambar mereka. Peminat yang senyum dan bergaya apabila saya hala kamera saya kepada mereka. Tapi susah untuk mengambil gambar peminat yang lari (ketawa)

S: Kenapa mereka lari?
HC: Mungkin taknak dilihat. Apabila ada peminat yang gergaya dan gembira, saya ambil banyak gambar (ketawa) Sebenarnya saya nak ambil semua peminat yang saya tengok tapi itu mustahil. Saya nak ambil gambar peminat- peminat yang sedang melihat kami membuat persembahan tapi......
Translation © Julie @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)
Laporan di sebalik tabir
©bapyessir.com 
B.A.P memenangi tempat pertama pada pertama kali sehari sebelum photoshoot. Mungkin sebab mereka masih teruja tetapi dibandingkan dengan sebelum ini, suasananya semakin pelik(ketawa). Nantikan ahli yang asyik bersenandung semasa tukar baju, dan pelbagai personaliti ahli- ahli B.A.P.

Kami B.A.P berkongsi kegembiraan!

Ini berlaku di Korea, pada pertengahan Februari. Orang yang mengumpul ahli, yang sedang berehat di studio sesuka hati, selepas cakap "Jom mulakan" sekali ialah ketua mereka Bang Yongguk. Kemudian, Daehyun pergi ke gula- gula yang disediakan tetapi dimarahi Himchan "Dah nak mula jadi kamu tak boleh makan sekarang!" sementara memakan gula- gula itu (ketawa). Sebelah mereka berdua ialah Youngjae yang telah bersedia, Zelo, merehatkan kepalanya di meja dan Jongup, yang tenung melihat staf. Terima kasih untuk perkenalan yang sempurna!
Walaupun B.A.P penuh dengan daya tarikan, ada juga matlamat sebelum photoshoot bermula. "Kami nak lihat Yongguk senyum!" (ketawa) Jadi inilah kerana kami, staf- staf, menyerang Yongguk! Kami tak dapat lihat dia senyum daripada awal tapi setelah masa berlalu, perasankah anda dia sudah menunjukkan sedikit aegyo?
Setelah photoshoot berakhir, Himchan datang kepada kami dan cakap "Kamu semua sedang melihat Yongguk, kan?" "Kita ditangkap!" Kami fikir tetapi "Yonguk ialah orang baik-baik" kata Himchan. Dia kemudian keluarkan gula- gula dan berikan kepada kamidan berkata, "Mari berkongsi kegembiraan" dan pergi dengan senyuman. Gula- gula itu hanya tinggal pembalutnya, tiada apa- apa di dalamnya. Adakah ini disengajakan?

Anekdot belakang pentas.

Himchan dan Daehyun menaikkan suasana di lokasi photoshoot. Himchan bersemangat membuat apa saja yang dia mahu dari mula hingga akhir (ketawa). Tetapi bila Yongguk ada di sekeliling, dia bertenang. Dia kata yang tugas dia ialah untuk menceriakan suasana apabila dia berada dengan ahli- ahli yang lebih muda. Saya rasa itu ialah penipuan.

Apabila kami minta mereka untuk membuat gaya cool, Jongup bergaya dengan pelik sambil mengeluarkan bunyi pelik. Yongguk ketawa dan ahli lain mengikut dia. "Kamu nombor satu" Daehyun kata lalu mengangkat tangan Jongup. Walaupun dia tak faham sangat apa sedang terjadi, Jongup kelihatan gembira.

Dua orang yang merupakan BANG&ZELO sebelum B.A.P debut, seperti yang disangka, mereka bergaya seperti satu tanpa berkata apa- apa. Youngjae, yang risau kerana mereka hanya berkata "ya, ya". Ia kelar tanpa sebab (ketawa)

Zelo yang berkelakuan baik apabila bersama ahli- ahli yang lebih tua, sedang relaks bersama Jongup. Mereka bermain di depan kamera. Staf- staf suka melihat interaksi seperti adik beradik itu.


Soalan untuk ahli- ahli

YONGGUK
<memo> Bang Yongguk yang tidak komplain sekali pun walaupun dengan "serangan aegyo" (ketawa) Semasa photoshoot camouflage, dia lompat dan topinya tercabut banyak kali tetapi dia hanya meminta maaf dan memakainya semula. Tetapi sebenarnya kami yang salah.... Minta maaf.

01: @izumin1219 adakah apa- apa yang kamu buat untuk nampak cool?
Daripada untuk saya, saya berusaha untuk B.A.P. Lebih- lebih lagi semasa konsert, saya fikir macam mana kami boleh tunjukkan kelebihan kami dengan lebih baik.Penampilan dan suara kami mungkin mengubah mengikut masa tetapi matlamat kami untuk maju ke depan dengan ahli- ahli dan BABY takkan berubah.

02: @suzukasu_bap Beritahu kami lagu B.A.P yang kamu paling suka.
Warrior kerana itu lagu pertama kami dan ia ada banyak memori. 1004(Angel yang baru dikeluarkan baru- baru ini juga lagu yang istimewa.

03: @sjsalang Soalan untuk B.A.P. Adakah ada apa- apa yang seorang gadis boleh cakap apabila meluahkan perasaan dan membuatkan kamu setuju tanpa berfikir apa- apa?
Daripada ratusan kata, saya percaya yang kita boleh lihat hati seseorang dengan melihat matanya. Saya rasa cukup jika boleh nampak keikhlasan di mata mereka.

04: @0622Lee Soalan untuk semua. sehingga sekarang adakah seseorang yang kamu fikir sebagai 1004(malaikat)? Kamu tak boleh jawab BABY.
Nenek dan datuk saya. Mereka ajar saya tentang banyak perkara seperti "hidup daan beri" semasa saya kecil. Saya berterima kasih kepada mereka untuk jadikan saya pada hari ini.

HIMCHAN
<memo> Himchan yang kacak selalu bersemangat dari mula. Apabila kami berkumpul untuk tembual, dia letak banyak gula- gula dalam poket dan suka menconteng (ketawa). Lagi, semasa tukar pakaian, dia bersenandung kuat sehingga kami dapat dengar dia satu studio. Sebab ini, penulis tak dapat dengar jawapan Yongguk semasa temubual (ketawa)

01: @izumin1219 adakah apa- apa yang kamu buat untuk nampak cool?
Sebenarnya, sepatutnya saya sudah biasa berada di depan kamera. Tapi bila tengok video atau gambar saya, saya rasa saya sedang melihat orang lain dan kadang-kadang saya malu melihatnya. Jadi saya sedang mempelajari macam mana nak nampak cool dengan melihat reaksi peminat- peminat (ketawa). Apa yang saya paling suka di diri saya.... dalam segi rupa, hidung? Kalau bukan rupa..... "Semasa saya lihat seorang BABY, saya tahu siapa dia." Ingatan saya yang sempurna! (ketawa)

02: @suzukasu_bap Beritahu kami lagu B.A.P yang kamu paling suka.
No Mercy kerana ia menggabungkan muzik tradisional dan loghat jadi ia mereupakan cabaran baru kepada B.A.P. Ia juga merupakan single Jepun kami, sila nantikannya~

03: @sjsalang Soalan untuk B.A.P. Adakah ada apa- apa yang seorang gadis boleh cakap apabila meluahkan perasaan dan membuatkan kamu setuju tanpa berfikir apa- apa?
"Saya ialah seorang BABY!" Sebagai seorang ahli B.A.P, bukankah itu yang paling baik? (ketawa)

04: @0622Lee Soalan untuk semua. sehingga sekarang adakah seseorang yang kamu fikir sebagai 1004(malaikat)? Kamu tak boleh jawab BABY.
Saya pilih Yongguk. Sebab dialah kami minat dalam menjadi sukarelawan dan menderma.

DAEHYUN

<memo> "Saya ambil jus oren~" minta Daehyun dengan suara dan senyuman yang menawan, sebelum kami mulakan (ketawa). Walaupun dia kacak tanpa cacat cela, dia agak lembut apabila bersama oungaje. Semasa photoshoot, Youngjae tiba- tiba peluk dia, dan mukanya jadi merah.

01: @izumin1219 adakah apa- apa yang kamu buat untuk nampak cool?
Berlatih. Jika saya berlatih betul- betul, saya boleh tunjuk Daehyun yang cool atas pentas. Sebenarnya, saya paling yakin dengan skill nyanyian saya. Tapi saya masih tak sempurna jadi saya akan berlatih untuk menjadi lebih baik lagi!

02: @suzukasu_bap Beritahu kami lagu B.A.P yang kamu paling suka.
One Shot kerana ia ialah lagu yang bantu B.A.P menjadi terkenal dia dunia, bukan sahaja di Korea. Setiap kali saya dengar ia, nyanyi ia, mesej dalam lirik lagu itu menembak saya (ketawa). Lagu itu mendorong saya untuk bekerja dengan lebih keras.

03: @sjsalang Soalan untuk B.A.P. Adakah ada apa- apa yang seorang gadis boleh cakap apabila meluahkan perasaan dan membuatkan kamu setuju tanpa berfikir apa- apa?
Mungkin "saya cintakan kamu". Ayat itu amat ringkas tetapi ia ayat yang indah dan dapat meluahkan segala galanya. Tapi oleh sebab itu, kamu perlu ada keberanian untuk cakapnya (ketawa)

04: @0622Lee Soalan untuk semua. sehingga sekarang adakah seseorang yang kamu fikir sebagai 1004(malaikat)? Kamu tak boleh jawab BABY.
Cikgu yang ajar saya sehingga saya jadi penyanyi! Dialah yang pimpin saya ke jalan ini. Dia juga yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi penyanyi.
Translation ©Julie @BAPYESSIR.COM | bapyessir.com #Ben (Malay)
©bapyessir.com
YOUNGJAE
<memo> Youngjae, amat comel apabila dia memakai topi. Dia ialah pelajar model semasa temubual tapi bila saya tanya dia "kamu suka anime kan?" dia berubah terus! Dia beritahu saya betapa sukanya dia terhadap anime. Malangnya, banyak yang telah dipotong daripada temubual ini.

01: @izumin1219 adakah apa- apa yang kamu buat untuk nampak cool?
Pentas itu ialah persembahan. Jadi, daripada menyanyi dan menyanyi, saya lebih pentingkan ekspresi dan gerakan. Baru baru ini saya mencuba sebaik mungkin untuk meninggalkan impak dengan pandangan mata saya tetapi adakah peminat perasan? (ketawa)

02: @suzukasu_bap Beritahu kami lagu B.A.P yang kamu paling suka.
Shady Lady. Saya suka liriknya yang lembut dan beremosi. Isi kandungannya membuatkan wanita mengaitkan dengan kehidupan mereka jadi saya mahu nyanyikannya dalam bahasa Jepun satu hari nanti.

03: @sjsalang Soalan untuk B.A.P. Adakah ada apa- apa yang seorang gadis boleh cakap apabila meluahkan perasaan dan membuatkan kamu setuju tanpa berfikir apa- apa?
Saya rasa perasaannya kuat apabila dia kata "Kamu yang terbaik" (ketawa). Kerana "terbaik" bermaksud dia hormat saya!

04: @0622Lee Soalan untuk semua. sehingga sekarang adakah seseorang yang kamu fikir sebagai 1004(malaikat)? Kamu tak boleh jawab BABY.
Semua kanak-kanak ialah malaikat! Mereka amat comel bila ketawa, nangis, makan, apa- apa saja yang mereka buat. Saya gembira hanya dengan melihat mereka. Kalau seseorang itu membuatkan orang di sekeliling mereka gembira, merekalah malaikat, bukan?

JONGUP
<memo> Jongup yang berumur 20 tahun dan amat kacak. Saya terkejut bila dia berkongsi pendapat- pendapat yang matang tetapi saya lega bila melihat dia semasa photoshoot.

01: @izumin1219 adakah apa- apa yang kamu buat untuk nampak cool?
Saya ada keyakinan apabila membuat persembahan seperti breakdancing. Tapi saya saya melatih badan saya untuk tidak keko jadi bila tidak membuat persembahan saya membuatnya di belakang pentas (ketawa) Lengaan saya besar dan nampak maskular jadi bila saya membuat persembahan, saya nampak besar dan bertenaga.

02: @suzukasu_bap Beritahu kami lagu B.A.P yang kamu paling suka.
B.A.B.Y kerana ia lagu khas untuk BABY yang menyayangi kami. Dalam lagu itu juga ada sorakan peminat- peminat!

03: @sjsalang Soalan untuk B.A.P. Adakah ada apa- apa yang seorang gadis boleh cakap apabila meluahkan perasaan dan membuatkan kamu setuju tanpa berfikir apa- apa?
Saya suka "Saya akan sentiasa bersama awak" Semasa merekod lagu With You, saya fikir bagaimana kata- kata daripada seorang gadis boleh mendorong saya.

04: @0622Lee Soalan untuk semua. sehingga sekarang adakah seseorang yang kamu fikir sebagai 1004(malaikat)? Kamu tak boleh jawab BABY.
Ibu bapa saya. Bila kita fikir tentangnya, bukan saja ibu bapa saya, tetapi juga semua ibu bapa. Ibu bapa yang mendoakan kebahagiaan anak- anak mereka lebih daripada malaikat.

ZELO
<memo>Dulu, Zelo makan Pocky selepas selesai. Kali ini, dia lepas berakhir, dia baring di lantai o<<. Taknak melepaskan peluang, Himchan dan Daehyun menghimpit Zelo, seperti Zelo itu katil (ketawa). Zelo mesti baring kerana sangat penat.

01: @izumin1219 adakah apa- apa yang kamu buat untuk nampak cool?
Saya sedang cuba menulis lirik! Mungkin satu hari nanti saya dapat mengeluarkan lagu yang saya tulis sendiri.

02: @suzukasu_bap Beritahu kami lagu B.A.P yang kamu paling suka.
Unbreakable kerana saya suka lirik lagu itu. Lebih- lebih lagi "dikejar masa, tidak tidur, bahu gagah enam jejaka mengejar impian" Saya juga suka lagu Excuse Me dan Check On yang menunjukkan keyakinan B.A.P semasa di atas pentas.

03: @sjsalang Soalan untuk B.A.P. Adakah ada apa- apa yang seorang gadis boleh cakap apabila meluahkan perasaan dan membuatkan kamu setuju tanpa berfikir apa- apa?
"Saya percayakan awak" Hati saya terbuka bila dengar ayat itu (ketawa).Saya rasa tiada perkara lain yang membuatkan saya lebih gembira daripada orang percayakan saya.

04: @0622Lee Soalan untuk semua. sehingga sekarang adakah seseorang yang kamu fikir sebagai 1004(malaikat)? Kamu tak boleh jawab BABY.
Jongup hyung, semestinya (ketawa) Dialah yang buat saya gembira dengan senyumannya dan cerita yang seronok yang kamu tak boleh bayangkan.

Translation ©Julie @BAPYESSIR.COM | bapyessir.com #Ben (Malay)

Extra di sebalik tabir
Cerita 03: Sebab Youngjae buat seni mempertahankan diri di photoshoot lain, apabila shooting bermula Jongup tiba- tiba mencekik Zelo dengan lengannya. Terkejut dengan perbuatan tiba- tiba itu, Zelo masih gembira.

Cerita 02: Kali ini kami buat 6 pasangan berbeza untuk B.A.P. Youngjae dan Jongup amat menghiburkan. Semasa shooting Youngjae buat gaya kungfu dan Jongup membalasnya dengan gayanya yang tersendiri.

Cerita 01: B.A.P  diambil gambar dalam pakaian bertema. Staf- staf agak tak suka kerana masa menukar pakaian lama sangat. Masa itu, Himchan bersenandung dan tak mempercepatkan lagi menukar baju walaupun Daehyun dan Youngjae asyik suruhnya cepat sikit.
© kboyparadise | bapyessir.com | Translation © Nicole @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)


©bapyessir.com 
©bapyessir.com

©bapyessir.com

No comments:

Post a Comment