B.A.P Dalam Riveriver Isu 2

Translator: Zulaikha & Ben
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/03/bap-will-be-in-riveriver-vol2-magazine.html

©bapyessir.com


B.A.P: Zon Merbahaya bagi yang tidak berpengalaman

S: Tahniah atas kejayaan #1 [dengan "1004"]! Sehingga sekarang awak menunjukkan karisma dengan imej pahlawan, tetapi dengan "1004" awak bertukar kepada lelaki yang beremosi dan seksi, mengekspreskan kesedihan kerana putus cinta dengan kekasih. Transformasi awak berenam menjadi topik hangat.
HC: Jika awak mengatakan kami "budak lelaki" selama ini, kami ialah "lelaki dewasa" kali ini. Kami bekerja keras untuk menunjukkan sisi yang matang.
YJ: Sehingga sekarang kami berterusan meletakkan imej bertenaga dalam persembahan kami, tapi kali ini kami lembutkannya, berfokuskan kepada dunia lirik.
DH: Kami bekerja keras untuk mengekspreskan kesedihan seorang lelaki yang penuh dengan kesedihan, macam mana? Saya berminat dalam bagaimana ianya diterima oleh semua orang.

S: Persembahan kali ini ialah sensitif dan bertenaga dalam satu masa, saya rasa.
YG: Imej dan pergerakan kami akan menjadi lebih bersinar dan cepat dari sekarang.
HC: MV [untuk "1004"] mempunyai unsur "Matrix" dalam koreografi, sehari sebelum penggambaran Zelo dan Jongup berfikir tentangnya dengan guru tarian kami.
JU: Kami memikirkannya selama berhari-hari, tiba-tiba idea ini datang.
DH: Di pertengahan lagu ialah koreografi daripada imej raksasa.
ZL: Ianya susah untuk menerangkan tarian ini dengan perkataan.
HC: Jika lagu sebelum ini ialah "letupan" dengan imej pahlawan kami, lagu kali ini adalah seperti pisau yang diasah "memotong" untuk menerangkannya.
ZL: Kami mahu menghasilkan tarian yang diingati semua orang.

S: MV ["1004"] sangat hebat, beritahu kami tentang babak kegemaran kalian.
HC: Babak kegemaran saya ialah di mana saya duduk di atas sofa, memegang dagu dan menangis. Babak itu menjadi sangat beremosi semasa penggambaran. Air mata datang secara natural apabila memikirkan liriknya.
YJ: Pada saya, apabila saya menumbuk cermin dan menangis keseorangan. Saya rasa saya telah mengekspreskannya dengan baik.
ZL: Saya suka babak di mana Himchan memegang pistol dan melihat ke arah cermin, dan babak menangis Youngjae pun hebat juga! Untuk babak saya... saya tidak berminat (ketawa)

S: Jika awak harus menganugerahkan seseorang dengan "Persembahan Terbaik" dalam MV ini, siapa yang akan awak pilih?
HC: Saya akan pilih pelakon wanita. Dialah yang terbaik (ketawa)
YJ: Betul tu!
JU: Saya rasa Himchan-hyung ialah pelakon terbaik.
HC: Semua orang~ Tepuk tangan, tepuk tangan! (ketawa)
DH: Lebih daripada semua orang, Himchan boleh memasuki dunia lirik.
HC: Penggambaran berlangsung sangat lama dan memenatkan, tapi orang berkata ini kepada saya untuk buat saya rasa lebih baik. Terima kasih!
JU: Seterusnya ia akan seronok untuk mempunyai penggambaran MV di mana ahli bermain dengan bebas. Di pantai atau di hotel, melakukan koreo hanya untuk imej bermain-main.
YJ: Ianya seronok untuk melakukan penggambaran MV ketika lawatan mengelilingi dunia dengan anda semua!

S: Yongguk? Pada pendapat awak?
YG: Jika saya memberi sebarang idea, ianya takkan difilemkan (ketawa) [T/N: dia berkata ianya akan menjadi NG, jadi "tidak bagus" atau tidak digunakan] Tapi suatu hari nanti saya mahu cuba membuat MV dengan konsep kami sendiri.

S: Daripada lirik saya berasa yang ada sesuatu yang membuat ahli rasa kurang selesa. Bagaimanakah personaliti kalian?
HC: Kami tidak berasa sebegitu langsung. Tapi kami tidak berurusan dengan sebarangan. Jika kami berfikir "Huh?" [tentang sesuatu] kami akan terus tidak setuju. Jadi kami bukan jenis yang cepat marah tanpa sebab (ketawa).
YJ: Yang selalu tak setuju terus ialah Himchan dan Daehyun. Yongguk ialah jenis yang senyap walaupun tak setuju tetapi dia akan fikir semula secara tenang dan bersuara jika betul- betul tak setuju! Saya jenis yang asyik bertukar- tukar emosi dan akhirnya penat (ketawa)
DH: Saya rasa saya yang paling nampak tidak bersalah kan?
YG: Saya jenis yang tidak bersosial (ketawa)
YJ: Zelo dan Jongup tidak akan paksa pendapat mereka dan ikut ahli- ahli yang lebih tua.

S: Ahli- ahli muda amat bagus!
HC: Mereka comel juga(ketawa)
YG: Mereka budak- budak baik, kami sangat bangga.
HC: Zelo kadang- kadang risau tentang banyak perkara. Kerana dia pada usia itu. Dia selalu fikir berseorangan dan berimaginasi tentang banyak perkara.

S: Betulkah bila Zelo dan Jongup bercakap bersama, mereka akan jadi teruja tentang perkara pelik yang ahli lain tak boleh faham?
DH: Mereka masih muda jadi mereka berminat dalam banyak perkara (ketawa). Kebelakangan ini mereka suka bercakap tentang angkasa lepas, betul?
ZL: Ya kami amat berminat dengan angkasa lepas.
YJ: Kalau mereka tanya soalan pun, tiada ahli yang lebih tua dapat jawab.
HC: Seperti, "kalau meteor langgar satelit bagaimana?" kan?
DH: Kami tak tahu apa apa~
HC: Kalau terlanggar, terlanggarlah. (ketawa)
YJ: Ahli-ahli lain ketawa begini tapi mereka betul- betul serius.

S: Jongup, kamu tahukah jawapannya?
JU: Saya tahu tapi..... Saya dah lupa (ketawa)
DH: Memang selalunya begini (ketawa)

S: Yongguk dan Himchan telah kenal lama kan? Cara kamu berinteraksi sesama sendiri dan ahli yang lain, peminat- peminat anggap kamu sebagai suami isteri....
HC: Semasa ke luar negara, Yongguk dan saya selalu berkongsi bilik. Yongguk tak bercakap banyak jadi saya bercakap dengan sendiri setiap masa (ketawa). Saya tak tahu dia dengar ke tak tapi saya akan bercakap. Jika saya ada kerisauan dan bercakap tentangnya, Yongguk akan jawab dengan jawapan pendek.

S: Bagaimana bilik dibahagikan?
HC: Ikut umut. Daehyun&Youngjae, Jongup&Zelo.
YJ: Daehyun dan saya takdelah sampai suami isteri tetapi "kawan sahaja!" (dalam bahasa inggeris) Bersama kami bermain dan bercakap tentang apa saja.
DH: Kami kawan baik!

S: Saya berminat nak tahu apa yang kamu buat dalam dorm. Ada peraturan atau apa-apa?
JU: Baru- baru ini kami sibuk membahagikan kerja untuk membersihkan dorm... Jadi dorm amat bersih!
HC: Jongup bertugas ergi ke supermarket atau kedai serbaneka (ketawa)
YJ: Dalam dorm kami, kami buat apa saja jadi tiada peraturan atau apa- apa.
HC: Kami juga tak pernah adakan sesi menilai persembahan. Kami akan beri maklum balas selepas persembahan itu berakhir sebelum kami balik ke dorm.

S: Saya dengar Zelo bercakap dalam tidur.
ZL: Saya tak tahu tapi ahli lain beritahu. Sebenarnya kadang- kadang saya buat secara sengaja (ketawa)
YG: EH? Betulkah?
ZL: Hyung-hyung kata saya bercakap dalam tidur comel jadi saya ingat nak buat mereka gembira.... (ketaw)
JU: Mula- mula saya fikir pelik dan comel tapi saya dah biasa sekarang. Giliran mandi Zelo ialah yang terakhir jadi dia selalu tertidur semasa menunggu. Bila saya keluar daripada mandi, dia biasanya sedang tidur. Saya rasa bersalah kerana saya taknak ganggu dia tidur tetapi saya fikir adalah terbaik untuk kejutkan dia. Masa itu, Zelo bercakap dalam tidur amat teruk! Saya diam saja. Tetapi pada masa itu sebenarnya dia sengaja. (ketawa)
ZL: Saya buat dengan sengaja hanya KADANG- KADANG! Percayakan saya~ Saya nak buat kamu semua gembira. (ketawa)
YG: Saya sedang terkejut (ketawa)
ZL: Ah! Mungkin saya buat secara sengaja tetapi bila fikir semula, saya rasa saya tertidur..... (ketawa) Sebab saya tak beberapa ingat. Mula- mula saya rasa saya sedar tapi rasnya saya betul- betul tidur.
JU: Pada masa- masa begini, sebagai kumpulan kami boleh ingat semula memori (ketawa)

S: Yongguk, kamu kongsi filem dan buku dan perkara lain di SNS. Siapakah penulis yang kamu suka, atau rekaan yang memberi impak kepada kamu?
YG: Saya suka pandangan Rene Magritte. Juga filem "New Cinema Paradise"[Tajuk lain: Cinema Paradiso" Tajuk sebenar: Nuovo Cinema Paradiso]. Ia amat terkenal, tetapi baru sekarang saya menontonnya. Kenalan saya memperkenalkannya kepada saya dan saya tontonnya pertama kali. Ia ialah filem yang amat bagus, jadi sayarekomenkan kepada Zelo dan Jongup tetapi mereka hanya kata "kami akan tontonnya lima tahun dari sekarang"
JU: Yongguk tahu semuanya dan saya banyak belajar daripada dia.
YG: Sebenarnya selain saya, peminat tahu lebih perkara ini kerana bila saya post sesuatu perkara, mereka mesti tahu lebih daripada saya. nampaknya ramai peminat major seni. Ada juga peminat yang merekomenkan seni yang indah. Hati- hati peminat yang sukakan seni ialah bersatu dengan hati kami.

S: Bercakap tentang seni, Himchan juga ambil banyak gambar kan?
HC: Semenjak sekolah tinggi lagi saya berminat dalam photografi dan tangkap banyak gambar menggunakan filem tetapi sekarang hanya digital. Saya ambil gambar permandangan sehingga peminat meminta selca daripada saya (ketawa)

S: Berbanding dengan kumpulan lain, selca kamu lebih sedikit kan?
HC: Huh? Kami tak post banyak? Itu pertama kali saya dengar!
YJ: Tak banyak~ Kumpulan lain post selalu.
JU: Kita perlu berusaha menambahkan selca mulai sekarang!
ZL: Mengambil selca yang cantik memerlukan sudut dan cahaya yang baik. Kalau ambil di tempat yang betul, pasti akan cantik.

S: Tak lama lagi No Mercy versi Jepun akan dilancarkan!
HC: Lirik bahasa Jepun agak susah, jadi amat sukar untuk menggabungkan lirik dan muzik.
YG: Sudah setahun kami lancarkan versi Korea. Sebelum ni kami ada imej kasar tetapi kali ini kami bawakan imej yang lebih matang, saya rasa.
YJ: Kami ada pengalaman di atas pentas daripada yang lepas dan setiap ahli menunjukkan kelebihan mereka. Versi ini menunjukkan perkembangan kami.
JU: Dalam lirik versi Jepun ada kata "Ke tahap seterusnya bersama kamu". Bila kali pertama saya dengarnya saya pelik kenapa ada tentang membawa seseorang ke Gunung Everest dalam lagu kami (ketawa) [Dalam bahasa Jepun agak kedengaran seperti "tahap seterusnya Gunung Everest"]
HC: Sebelum diberi penjelasan tentang makna lirik, selalu terjadi begitu (ketawa)
DH: Selain itu, makanan di Jepun sedap- sedap. Saya suka.
HC: Kualiti sandwic dan bento di bilik menunggu di Jepun mengejutkan kami (ketawa)
JU: Saya tak boleh lupa udon kari yang kami makan dulu. hidangannya amat besar!
YJ: Makanan di kedai itu semuanya dalam hidangan yang besar, sebesar saiz yang boleh dikongsi dengan orang lain.
ZL: Isi kandungan bento amat sedap dan pelbagai. Ia agak mahal sikit tapi akan diingati.

S: Kembali kepada komen Jongup tentang "tahap seterusnya". Apakah imej kamu sebagai kumpulan untuk menghadapi dunia baru?
HC: Bersama, kami cakap tentang pentingnya tahun ini kepada kami. Kami ada cakap bagaimana nak habiskan tahun ini dan ketidaksabaran melakukan perkara- perkara tersebut. Kami harap pada 1 Januari tahun hadapan, kami berpuas hati!
YG: Kami akan gembira selepas bekerja keras selama setahun ini. Di Korea atau Jepun, kami akan bekerja dengan sepenuh tenaga bersama. Tolonglah terus menyokong kami!
Translation © Nicole @ bapyessir.com | bapyessir.com #Zulaikha & #Ben (Malay)

No comments:

Post a Comment