B.A.P dalam MeRadio: Adakah B.A.P Akan tubuhkan Sub-unit Baru?

Translator: Ben
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/05/bap-for-meradio-will-bap-form-new-sub.html


Teks: Sherman Yang
Gambar: Fast Track Events

Enam lelaki dalam kumpulan lelaki Korea, B.A.P akan kembali ke Singapura pada 31 Mei untuk konsert B.A.P Live On Earth mereka. Kami dapatkan mereka berenam dalam temubual emel untuk mendapatkan lebih maklumat tentang apa yang kita boleh harapkan daripada mereka dan adakah mereka akan menubuhkan sub-unit baru akan datang.

Ketua Bang Yongguk, Himchan, Daehyun, Youngjae, Jongup dan Zelo telah datang ke Singapura Ogos lepas untuk konsert Live On Earth 2013 dengan tarian yang seragam dan banter atas pentas yang kelakar.

B.A.P menjanjikan pentas istimewa untuk konsert mereka.

Ketua vokalis Daehyun berkongsi yang mereka telah dapat pengalaman yang amat berharga daripada konsert-konsert mereka dan sedang mencuba lagu baru dan pelbagai untuk Jelajah Live On Earth 2014. "Selalunya memang stail B.A.P untuk melakukan perubahan untuk persembahan yang lebih baik. Ia masih awal untuk berkata ini tetapi konsert akan datang akan mengandungi pentas istimewa yang berlainan dengan konsert di Seoul" kata jejaka 20 tahun itu.

Visual Himchan berjanji kepada peminat akan "jatuh cinta terhadap B.A.P setelah melihat persembahan mereka! Untuk menjadikan konsert itu sempurna, kami berlatih dengan lebih keras untuk meningkatkan keyakinan diri. Jangan beralih mata daripada kami!"

Rapper/penari Zelo juga berkongsi, "Bila saya di atas pentas, saya dapat rasa kebebasan. Seperti saya, semua yang berada di dalam dewan konsert juga akan bergembira tanpa hiraukan perkara lain.Jeritlah sepuas hati dan lompatlah sepuas hati, semasa kamu ingin mendekati muzik, kamu akan gembira lebih daripada yang disangka!"

Vokalis utama Youngjae meluahkan keterujaan dia untuk berjumpa dengan lebih banyak peminat tahun ini dengan B.A.P Live On Earth 2014 Continent Tour daripada Pacific Tour tahun lepas. "Ada pentas yang kami tak pernah cuba sebelum ini dan kami akan mempersembahkannya di beberapa buah negara. Saya gemuruh tapi teruja pada masa yang sama" kata lelaki 20 tahun itu

Jelajah Benua B.A.P amat menarik sehingga peminat pengsan sebelum ia bermula!

Kami ada tanya ahli- ahli negara mana yang mereka tunggu- tunggu untuk pergi dalam jelajah mereka kali ini.

Penari utama Jongup tak sabar- sabar untuk pergi ke USA, Chicaga dan Dallas, yang mereka tak pergi tahun lepas.

Himchan pula tak sabar untuk berjumpa BABY di Eropah. Dia berkata "Ia merupakan pengalaman yang tak dapat dilupa jika dapat membuat persembahan dia hati rock n roll, UK dan bandar fesyen dan seni, Perancis"

Dia juga teruja untuk menyanyikan One Shot di Jerman kerana ia menduduki dalam carta Kpop untuk setahun lebih di Jerman.

Yang paling menarik ialah maknae Zelo. Dia tidak sabar untuk ke Singapura. Dia kata "Bila saya jumpa peminat Singapura pada pertama kali semasa fanmeeting pertama kami, dan juga semasa kami di sini untuk konsert pertama kami, peminat- peminat kami menunjukkan kasih sayang sehingga kami amat gembira, kami masih tak dapat lupakannya apabila balik ke Korea. Saya tak sabar nak pergi ke Singapura semula. Sila tunggu kami!"


Kasih sayang yang peminat beri kepada B.A.P merupakan bukti daripada persembahan mereka di Amerika sehingga Eropah yang merupakan sebahagian daripada Jelajah Benua mereka. Dilaporkan sehingga 29 peminat pengsan di persembahan New York mereka. Paramedic menggunakan tiga tangki oksigen sampai akhir persembahan.

Ketepikan Bang&ZELO, kami persembahkan MOON&ZELO?

Kami juga curiga adakah B.A.P ingin menubuhkan sub-unit seperti kumpulan lain buat.

Zelo berkata sebelum dia debut dengan B.A.P, "Yongguk dan saya telah diberi peluang untuk membuat persembahan sebagai sub-unit dipanggil Bang&Zelo..... Bang&Zelo ialah debut pertama saya, dan bermakna bagi saya, saya gembira jika dapat kembali bila- bila masa?

Dia juga kata mungkin menarik jika dia dan Jongup menubuhkan sub-unit kerana mereka mempunyai banyak persamaan. "Kami ialah penari dalam kumpulan B.A.P tetapi dengan stail yang berlainan. Kamu tahu yang Jongup pernah menjadi B-Boy dan dia ada suara yang sedap. Jadi, sebagai sub-unit, peminat boleh kenali dengan lebih lagi. Jadi mesti menarik jika kami menubuhkannya, kan?Sudah 3 tahun kami debut, jadi pasti ada kelainan dengan Bang& Zelo."

Youngjae tiba- tiba berkata semasa bercakap tentang sub-unit Moon&Zelo, "Jika macam tu, saya akan belajar muzik dengan lebih gigih untuk jadi producer sub-unit ini! Saya akan jadikan Moon&Zelo lebih baik daripada Bang&Zelo. Haha!"

Yongguk pula fikir untuk bekerja bersama Daehyun. Ketua itu berkata, "Saya pernah mempersembahkan "I Remember" bersama Daehyun di konsert sebelum ini. Lagu yang saya nyanyi bersama Yoseob daripada BEAST lebih baik daripada dijangkakan. Suara saya yang rendah sesuai digabungkan dengan suara Daehyun yang tinggi. Gabungan ini sesuai seperti gabungan hitam dan putih."

Harap- harap kita dapat lihat debut Moon&Zelo di konsert di Singapura atau koloborasi antara Yongguk dan Daehyun.

MeRadio.sg bangga untuk menjadi portal muzik rasmi untuk B.A.P Live On Earth 2014 Singapore.


Nantikan bahagian kedua temubual emel kami bersama B.A.P di mana mereka kongsi ahli mana yang paling sensible dan paling seperti malaikat.

©MeRadio SG | bapyessir.com #Ben (Malay)

No comments:

Post a Comment