B.A.P dalam Hallyu Pia edisi Mei

Translator: Ben
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/04/bap-in-hallyu-pia-may-edition.html


 ©bapyessir.com

"Kami nak buat ia konsert yang orang akan pergi, dan berubah kerananya"

Permulaan Jelajah Pacific di 4 benua!

Mereka menang nombor satu pertama kali di Korea dalam bulan Februari. Mereka akan melancarkan single Jepun ketiga mereka, No Mercy dalam bulan April, dan melancarkan DVD jelajah Jeanase Arena pertama dirancang pada awal musim panas. Kami tanya B.A.P, yang masih bersemangat pada 2014 ini, tentang konsert mereka akan datang.

Ada cerita di sebalik konsept Arena Tour pertama kamu kan?
YG: B.A.P dilahirkan sebagai pahlawan, jadi kami mahu menunjukkan jenis muzik yang kami nyanyi. Kami nak tunjukkan segala- galanya dalam B.A.P
DH: Kami tumpukan perhatian penuh untuk pembukaan. Sila lihat set pentas juga.
JU: Untuk kali pertama, kami tunjukkan emosi lagu- lagu yang dinyanyikan seperti membuat drama.
HC: Sila nantikan rakaman yang tak pernah dilihat dan juga di sebalik tabir dalam DVD tersebut.

Bermula dengan Seoul Mac lepas, kamu sudah adakan Jelajah Pacific di 4 benua, Asia, Eropah, Amerika dan Australia. Ada juga kemungkinan untuk konsert di Jepun Jun depan.
JU: Kali ini kami berenam ada tema berlainan: Keadilan, Emosi, Kesungguhan, Cinta, Kegembiraan dan Kamu. Kamu ditugaskan dengan misi itu untuk pergi ke seluruh dunia dan luahkan apa yang Bumi perlukan. Secara ringkas, kami bukan sahaja membuat persembahan, kami juga menyampaikan mesej . Kami akan gembira jika orang lain dapat berubah kerananya.
HC: Kami ingin membuatkan konsert ini meninggalkan impak walaupun selepas ia berakhir, membuatkan ia bermakna.

Bagaimana bilik kamu dibahagikan semasa jelajah? Berikan nama kepada setiap bilik.
YJ: Kami boleh tukar bilik kalau mahu tapi selalunya akhirnya sama saja. Tetapi kami bebas untuk pilih.
HC: Saya rasa bilik saya dan Yongguk bernama "Bilik Atuk"? Ah, saya panggil ia Bilik Gelap(ketawa). Sebab kami selalu bangun lambat. Amat berlawanan dengan Daehyun (ketawa)
JU: Saya sebilik dengan Zelo....
DH: Zelo takkan bangun awal jadi dia selalu minta servis bilik(ketawa). Saya bangga yang saya tak pernah tinggalkan sarapan, walaupun di Jepun, kerana saya selalu bangun awal. Saya jenis yang fikirkan jadual untuk sehari itu sebelum bertindak. Jadi saya asyik fikir tentang masa saya perlu bangun dan mandi, makan sarapan dan siapkan make-up sebelum tidur.
HC: Daehyun-kun amat teratur. Dalam 24 tahun saya hidup, saya tak pernah sarapan.

Akhir sekali, beritahu aspirasi kamu untuk jelajah kali ini!
ZL: Saya nak gunakan masa jelajah ini untuk orang tengok dan kenal warna berlainan B.A.P.
YJ: Kerana orang selalu lihat kami membuat persembahan, saya nak mereka melalui memori indah.
DH: Kami akan tunjukkan lebih daripada kamu boleh bayangkan.

[Tentang Daehyun yang teratur] Dia ialah jenis yang fikirkan seluruh jadual sebelum menjalani harinya. Dia selalu bawa benda yang dia mungkin perlukan semasa mengembara. "Sebelum ini, saya hanya bawa barang yang saya perlukan. Sekarang, saya bawa benda yang ahli lain perlukan sekali. Mereka semua ambil ringan tentang ini (ketawa)" Tetapi dia tak bawa banyak beg. "Saya selalu kemas beg saya sambil fikir tentang ruang. Orang yang kemas sesuka hati akan bawa banyak beg" dia ketawa.

Translation © Julie @ bapyessir.com | bapyessir.com #Ben (Malay)
 ©bapyessir.com


No comments:

Post a Comment