B.A.P dalam MBC Show Champion Episod Ke-100 (Potongan Temu Bual)

Translator: Adeline
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/03/bap-bangtan-topp-dogg-will-have.html




MC1:Untuk episode ke-100, semuanya 100 bintang selebriti menghantarkan kami ucapan tahniah. Memandangkan kamu telah melihat muka-muka yang dikenal, jangan terlepas! Sekarang tiba masanya untuk memperkenalkan tetamu baharu kita.
MC2: IU dan B.A.P! Helo!
IU: Untuk 'Red Shoes', Show Champion telah memberi saya piala Show Champion.
MC2: Lagu Champion.
IU: Saya sangat berterima kasih. Ia merupakan episode yang ke-100, jadi tahniah. Dan saya berharap kamu akan panggil saya lebih kerap.
HC: Ya, kami telah muncul dalam Show Champion sejak episode ke-2 dan sudah pun episode ke-100. Saya berharap kita akan terus bersama.
MC3: Untuk episode hari ini, B.A.P merupakan kumpulan yang paling muda. Bagaimanakah perasaan kamu?
BYG: Ya, sebenarnya, memandangkan kami adalah yang paling muda, kami akan lebih berusaha.
MC2: Bukankah anda ingin katakan sesuatu lagi?
BYG: Ya, kami sedang berusaha keras atas pentas sebab itulah kami berpeluh.
MC2: Ya, mereka baru saja habis membuat persembahan dan mereka berpeluh banyak, tapi mereka masih nampak hebat.
MC2: Hari ini, CNBLUE telah dipilih untuk menang tempat pertama untuk paling banyak lagu yang ditulis sendiri tersenarai dalam dewan kehormatan ShowChamp. Tapi biasanya, saya mendengar Yonghwa dan IU memberi nasihat musik dengan kerap antara satu sama lain, betul?
YH: Ya, betul.
MC2: Tunggu, ini bukan kali pertama kamu bertemu, 'kan?
MC1: Dia ada rupa yang keliru.
MC2: Kamu betul-betul memberi nasihat?
YH: Kami berkongsi musik yang bagu, dan lain-lain lagi.
MC2: Oh betul? Jadi, IU, apakah pendapat anda tentang musik mereka kali ini?
IU: Oh, saya rasa ia sangat hebat. Saya mendengarnya dengan kerap. Lagu-lagu dalam album pun cantik juga.
MC2: Saya akan tanya Yonghwa, lagu manakah yang sesuai dengan IU?
YH: Untuk saya, 'Friday'.
MC2: Itu pun lagu yang anda tulis sendiri?
IU: Ya.
MC2: Kamu sedang memuji lagu penulisan sendiri antara satu sama lain.
YH: Kami mempromosinya.
MC2: Seperti dijangkakan, Buku bank IU...
MC1: Shindong pun boleh buat satu.
MC2: Saya cuma akan terus memasak.
MC1: Dalam sejarah ShowChamp, bukan saja Lagu Champion satu-satunya anugerah kita, 'kan? Kita akan melihat beberapa anugerah lain yang unik. Show Champ Guinness! Kali ini, B.A.P telah sediakan sesuatu, kan?
HC: Ya, kali ini saya telah mengambil bahagian dalammenjadi narator Show Champ Guinness.
MC4: Ok, kita akan bercakap lebih tentangnya selepas kita menonton Show Champ Guinness.

HC: Helo, Saya B.A.P, narator untuk Show Champ Guinness. Ayuh kita lihat para pemenang dalam sejarah Show Champ. 765 hari telah berlalu sejak Show Champ bermula. 320 kumpulan telah muncul, dan 616 lagu telah dinyanyikan. Ia menjadi realiti kerana para penyanyi telah berkembang bersama Show Champ dengan kegembiraan dan kesedihan. Jadi, siapakah yang telah paling banyak muncul dan siapakah yang telah mendapat kedudukan yang paling tinggi? Ayuh kita lihat. Kita akan lihat tempat ketiga dulu. Tidak takut untuk jatuh, seksi dan riang, Dalshabet. Mereka telah muncul dalam 18 episod dengan jumlah 5 lagu, memegang tempat ketiga. Ayuh kita lihat tempat kedua!
VIXX: Real V, VIXX!
HC: Memegang tempat kedua, kumpulan yang penuh dengan persembahan yang menarik, VIXX! VIXX telah muncul dalam 28 episode dengan jumlah 9 lagu. Mereka juga telah menerima banyak sokongan sebagai pari-pari belakang pentas. Hebat! Selama 100 episode, bintang yang paling cerah yang telah muncul di Show Champ... Siapakah yang akan mengambil tempat pertama? Yeah, WOW, kami B.A.P telah menang tempat pertama!!!!!!! Bukankah kami patut menjadi staff sekarang? B.A.P membuat debut lagu 'Warrior' muncul dalam 30 episode dengan 13 lagu! Kami mempunyai perkongsian sebanyak 30%! Kami juga telah memenangi tempat pertama untuk kali pertama! Seperti dijangkakan, Show Champ memang indah. Bersambung, kategori untuk kedudukan yang paling tinggi. Tempat ketiga! Tidak cemburu sama Pororo pun. Popular di kalangan budak-budak, Crayon Pop 'Bar Bar Bar' menang tempat ketiga. Membuatkan orang ramai bekerjasama dengan tarian mereka dalama tahun 2013. Mereka juga menerima banyak sokongan daripada Show Champ PD. Sekarang untuk tempat kedua. Adik perempuan kegemaran negara, IU mendapat tempat kedua! Dengan persembahan yang menarik dan tarian yang cantik telah menggembirakan para penonton. IU, kongsikanlah fikiran awak!
IU: Terima kasih banyak-banyak. Saya, IU akan datang ke Show Champ dengan lebih kerap.
HC: Kini, memanggilkan dirinya sendiri sebagai dewa tarian, sekali lagi tahniah!
MC1: Oh, ada berita mengejutkan. B.A.P telah mendalami Show Champ, kan? Mereka memenangi tempat pertama mereka di sini dan paling banyak muncul di sini, sebanyak 30 episod. Adakah kamu kenal salah satu staf?
MC2: Adakah kamu bersaudara dengan salah satu staf? Siapa? Himchan saudara?
HC: Tidak, bukan saudara. Staf syarikat kami telah bekerja keras. Saya berterima kasih dengan TS Entertainment dan Kim Tae Sung.
MC2: Tunggu, kenapa awak tiba-tiba mengucapkan ucapan terima kasih? Beri yang lain peluang untuk bercakap.
ZL: Oh, saya... Apa macam?
YJ: Oh, terkejut saya... 30 episod yang kami muncul... Saya percaya kita patut keluarkan kongsi kami.
MC2: Apa yang awak cakpa ni tiba-tiba?
YJ: Seperti sebuah rumah, inilah tempat kami yang kami kerap datang seperti rumah kami. Kami telah berusaha dengan keras dan saya berharap anda akan sokong kami dalam cara yang baik.
MC2: Sebenarnya, kami memang berterima kasih dengan B.A.P untuk muncul ke Show Champ dengan kerap sekali.
MC4: Dan, IU telah dipilih yang mendapat kedudukan yang paling tinggi sebagai penyanyi solo wanita. Apakah anda rasa adalah tarikan anda?
IU: Show Champ memang pun sudah ada kedudukan yang tinggi. Dan saya rasa saya telah berusaha lebih keras untuk Show Champ. Untuk pakaian dan yang lain-lain. Rancangan musik disiarkan pada hari Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, kan? Oh, ada siaran The Show pada hari Selasa, kan? Tapi biasanya Show Champ...
MC2: Mestikah, awak sebutkan nama rancangan lain? Awak patut sebutkan nama rancangan semuanya, seperti Music Core.
IU: Show Champ memulakan minggu dengan rancangan musik, jadi saya menjadi gementar dan saya rasa saya memang disukai ramai.
MC3: Jadi, pada pendapat B.A.P dan CNBLUE, apakah tarikan IU? Suatu tarikan yang menarik para penonton untuk rancangan ini.
MC2: Pandangan mereka mungkin berlainan.
YH: IU seorang yang dapat menghiburkan dari mana-mana segi.
JH: IU tidak mempunyai apa-apa kekurangan.
MC2: Itulah pujian yang terbaik! Kalau begini, B.A.P tidak ada apa-apa yang dapat dikatakan lagi.
DH: Oh, pertama sekali...
Mc2: Terima kasih!
MC1: Dengarlah dia.
DH: Dia memang sempurna. Dia dapat menyanyi dengan baik sekali. Cantik juga. Dia ada pelbagai bakat. Terdapat banyak yang dapat saya pelajari daripadanya.
MC1: Kalau begini, malulah IU.
MC2: Setakat ini, IU patut kata "Oh, tidakalh. Terima kasih". Tapi dia... Tahniah.
MC1: Ada sesuatu yang saya ingin tahu. Tempat pertama untuk kedudukan yang paling tinggi belum didedahkan lagi.
MC2: Oh, betul? Oh, ya!
MC1: Kalau IU adalah penyanyi wanita yang berkedudukan paling tinggi. Jadi siapakah yang paling tinggi keseluruhan?
MC2: Siapa, kamu rasa?
YJ: Kami telah memenangi kedudukan yang paling tinggi pada tahun debut kami. Kami rasa CNBLUE. '
MC1: Secara ikhlas.
YJ: Saya harap kami akan menang.
MC2: "Saya berharap B.A.P akan menang, tapi CNBLUE berada di depan kami, TAPI kami berharap B.A.P akan menang." CNBLUE apa kamu rasa?
YH: Saya rasa TVXQ akan menang.
MC2: Oh, mungkin. IU?
IU: Mungkin Tae Jinnah?
MC2: Oh, secara tiba-tiba.

© bapyessir.com #Adeline (Malay)

No comments:

Post a Comment