Video PlayMnet: B.A.P telah terlibat dalam 5 aktiviti nyanyian pada tahun 2013

Translator: Adeline
Original post: http://http://www.bapyessir.com/2014/03/playmnet-video-bap-have-been-engaged-in.html


Heejun: Dalam situasi K-pop baru-baru ini idola-idola baru dilahirkan setiap minggu dan idola-idola tersebut sering terlibat dalam aktiviti-aktiviti tanpa tempoh yang terhenti. 'Wolf', 'Growl', 'Miracle of December' EXO telah terlibat dalam 3 aktiviti musik pada tahun 2013. selepas debut mereka pada tahun 2008, 'Replay', 'Oxygen', 'AMIGO', 'Juliet', 'Ring Ding Dong', 'Lucifer', 'Hello', 'Sherlock', 'Dream Girl', 'Why So Serious?', 'Everybody'... AHINee juga telah aktif dalam aktiviti nyanyian.  Juga Girls Day aktif berjumpa dengan para peminat mereka dalam melibatkan diri sekurang-kurangnya 2 hingga 3 aktivit nyanyian setiap tahun. Tapi terdapat idola yang jauh lebih aktif daripada mereka! Untuk debut mereka pada tahun 2012, mereka hanya nyanyi 2 lagu. Namun, pada tahun 2013, VIXX telah nyanyi 'On and On', 'Hyde', 'G.R.8.U', 'VOODOO DOLL', 4 lagu! Bolehkah awak bayangkan menyanyi 4 lagu dalam setahun?
Myeonghun: Saya boleh bayangkan dalam generasi kita memandangkan tidak ada servis internet ia mengambil masa yang lebih untuk mempromosikan lagu kita. Memang susah dalam generasi kita.
Heejun: Tetapi ada kumpulan idola lain yang telah nyanyikan lebih daripada 4 lagu dalam setahun! 'Warrior', 'Power', 'No Mercy', 'Crash', 'Stop It', Ini adalah semua lagu yang B.A.P nyanyikan dalam setahun. Mengambil tempoh masa untuk rehat selama sebulan hingga 3 bulan, mereka terlibat dalam 5 aktiviti nyanyian dengan aktif.

BYG: Kami telah sibuk selama 9 bulan tanpa rehat.
HC: Kami hanya berlatih sejak kami semua berjumpa.
ZL: Ia memang memberikan kami banyak tekanan.
BYG: Saya rasa kami perlukan masa rehat.
Heejun: Kebelakangan ini, idola-idola telah memenuhi keinginan para peminat tanpa henti.

Myeonghun: Masa dulu~
Heejun: Saya rasa rakaman sebelum ini lebih baik. Bagus kita gunakan yang itu. Dia kepenatan.

Heejun: Idola-idola generasi pertama telah melancarkan album-album sekali sekala. Walau bagaimanapun ini telah membuatkan para peminat mereka risau. Generasi pertama idola melancarkan satu album sekali dalam setahun. Mereka terlibat dalam 2 hingga 3 aktiviti nyanyian dan setiap lagu berterusan untuk 6 bulan. Kini, idola-idola melancarkan single sekurang-kurangnya 2 single album setahun dan terlibat dalam nyanyian aktiviti selama sebulan pendek. Nombor album telahpun menambah tapi tempoh aktiviti telah dipendekkan. Oleh itu, persembahan selamat tinggal telahpun lenyap. Dalam tahun 90an, para peminat hanya dapat berjumpa dengan idola mereka dalam tempoh tertentu itu. Kini, para peminat boleh melihat idola mereka bila-bila sahaja melalui pelbagai program. Tempoh persediaan dan rehat telah dipendekkan tetapi para peminat gembira dapat berjumpa dengan idola mereka lebih kerap. 

© PlayMnet | bapyessir.com #Adeline (Malay)

No comments:

Post a Comment