B.A.P, “Emosi ketika menang nombor satu? Air mata takkan keluar” (Temu Bual Hit)

Translator: Zulaikha
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/02/bap-emotions-on-winning-1st-place-tears.html

B.A.P yang muncul kali pertama 3 tahun lalu, telah memenangi dalam gelombang program muzik.

Pada 14 Februari, kami telah menemui B.A.P di bilik menunggu Yeouldo KBS Music Bank. Mereka semua sedang fokus pada pentas raptai sebelum persembahan secara live. Adakah kerana mereka mahu untuk menang tempat pertama selepas mereka menang tempat pertama di Show Champion? Mereka kelihatan serius.

Q. Show Champion. Tempat pertama. Bagaimanakah perasaan anda?
Selepas kami membuat kemunculan pertama, kami mencuba dengan bersungguh-sungguh untuk 2 tahun lepas. Saya gembira kerana saya berasa kami membalas balik kepada staf dan peminat yang sentiasa menunggu kami. (Youngjae)

Q. Adakah gelaran ‘B.A.P tidak berehat’ masih wujud?
Selepas menjelajah dunia, kami terus bekerja untuk album ini. Kami akan hanya fokus pada jadual di Korea buat masa sekarang, dan kami ada konsert yang kamu semua tertunggu-tunggu dalam bulan Mac. Kami akan banyak bersedia untuk Babys. (Himchan)

Q. Bukan single, bukan album mini, album penuh memberi banyak makna untuk grup idola. Bahagian mana yang paling menyakitkan atau bahagian yang paling seronok semasa bekerja untuk album ini?
Kami tidak dapat memberi sepenuh perhatian kerana banyak jadual di luar negara. Jadi kami berasa sedih sedikit dalam latihan kami. Terutamanya Yongguk, perkara ini lebih susah baginya kerana dia terlibat sama dalam pembuatan album. Selepas kami selamat habiskan pembuatan album dan memegang album itu di tangan kami, saya takkan dapat menceritakan betapa gembira yang saya rasa. (Daehyun)
Saya telah berasa kepahitan daripada penglibatan dalam album yang dulu. Untuk album ini, saya mencurahkan segalanya. Saya gembira kerana ramai peminat menyukainya. (Yongguk)

Q. Bagaimanakah perasaan awak apabila tercalon dalam Shorty Award? Adakah awak berminat dalam kerja-kerja menderma, Yongguk?
Saya rasa diberi penghormatan yang besar untuk tercalon dengan ramai bintang terkenal dan ahli politik. Ketika saya kecil, datuk dan nenek saya aktif dalam menderma. Saya rasa perkara ini disebabkan oleh saya membesar dengan melihat mereka.

Q. Ahli yang paling muda dan satu-satunya remaja dalam grup, Zelo. Apakah yang awak mahu sangat buat apabila mencecah umur 20?
Saya mahu menggubah lagu sendiri. Setelah siap, saya mahu tunjukkan kepada Yongguk dahulu. Saya ada banyak benda yang mahu belajar daripadanya.

Q. Himchan, saya dengar yang awak pro dalam mengambil gambar sendiri, boleh awak beritahu Youngjae bagaimana untuk mengambil mereka?
(senyum) Selain daripada gambar sendiri, saya suka mengambil gambar peminat sekarang. Gambar yang paling saya ingat ialah gambar yang saya ambil di Hong Kong apabila bunga dicampak ke udara, bunga itu menjadi tidak jelas. Gambar itu kegemaran saya. Mengajar Youngjae bagaimana untuk mengambil gambar sendiri….tiada cara lain, awak hanya perlu menggunakan 3 aplikasi yang berlainan. Haha.

Q. Semasa membuat comeback, pentas kalian untuk tiga penyiaran adalah lain, tidakkah perkara ini membuatkan awak keliru?
Tiga lagu tidak susah. Kami melakukan sekurang-kurangnya 15 lagu ketika konsert. Pentas comeback kali ini tidak mempunyai koreografi yang banyak jadi kami tidak membuat apa-apa kesalahan. (Yongguk)

Q. Boleh awak beritahu kami perasaan kalian tentang menang tempat pertama dahulu? Jika awak tak menang, kami akan simpan sebagai rahsia.
(semua ketawa) Pertama sekali, kami berterima kasih kepada keluarga TS Entertainment dan grup produksi. Saya rasa saya akan banyak memikirkan ibu bapa kami. Ahli yang akan menangis jika kami menang? Hmmm… kami tidak akan menunjukkan air mata kami. Tidakkah awak perlu ketawa/senyum apabila awak gembira? Haha! (Yongguk)

Q. Harapan awak untuk 2014?
Awak akan dengan “adakah awak akan pergi lagi” kami berterima kasih kepada semua babys yang telah menyokong kami selama 2 tahun. Kami berharap kita akan bersama selama-lamanya.

© thestar.chosun | bapyessir.com #Zulaikha (Malay)

No comments:

Post a Comment