B.A.P dalam Yoo Heeyeol’s Sketchbook

Translator: Adeline
Original post: http://http://www.bapyessir.com/2014/03/bap-will-be-on-yooheeyeols-sketchbook.html



HY: Mereka semua lelaki dan jumlah angka ahli-ahli adalah hampir sama tapi aura mereka agak berbeza daripada Rose Motel. B.A.P telah datang. Selamat datang!
B.A.P: 2, 3. Helo, kami B.A.P, yes sir!
HY: Apa kamu cakap? Apa yang kamu lakukan tadi?
DH: Ya, kami lakukan ini apabila kami memperkenalkan diri kami. Kami laungkan B.A.P yes sir begini.
HY: Oh, yes sir. Kenapa kamu laungkan "yes sir?"
DH: Ia kelihatan kuat dan kelelakian.
HY: Ok. Apa kata semua mula memperkenalkan diri sendiri?
ZL: Ya, helo. Saya ahli paling muda B.A.P, Zelo.
JU: Ya, helo. Saya Jongup yang bertanggungjawab dalam vokal dan tarian dalam B.A.P.
YJ: Ya, helo. Saya Youngjae, vokal utama dalam B.A.P.
DH: Ya, helo. Saya Daehyun, vokal dalam B.A.P.
HC: Ya, helo. Saya Himchan daripada B.A.P.
BYG: Ya helo. Saya ketua kumpulan, Bang Yongguk.
HY: Kenapa awak rendahkan suara awak begitu? Acah ja. Memang hebat. Saya patut buat begitu juga nanti. Hello. Selamat datang ke Sketchbook... Hebatnya. Ini mungkin satu soalan yang sering B.A.P dapat. B.A.P... Bap (nasi). Apa maksudnya ni? B.A.P.
HC: Ia akronim untuk Best Absolute Perfect. Nama B.A.P... Bap (nasi) dipilih dahulu sebenarnya.
HY: Betulkah?
HC: Kami mendedahkan perkara ini buat pertama kali dalam 3 tahun ini di Sketchbook. Kami memilih Bap dahulu...
HY: Dan memilih maksud baginya.
HC: Ya, best absolute perfect.
YJ: Mereka kata ahli-ahli kami menghalang air. Keenam-enam kami telah menilik nasib tapi mereka kata kami kekurangan air. Jadi kami pun memikir, apa yang sesuai dengan air? Nasi diperbuat daripada air, 'kan? Jadi... Bap pun dipilih dan akronim untuk B.A.P.
HY: Tapi tadi awak cakap Best apa...
YJ: Absolute perfect.
HY: Absolutely perfect.
YJ: Sebenarnya B dot A dot P. Kami taruhkan maksud-maksud yang baik dalam nama itu dan itulah yang terjadi.
HY: Saya ada menyelidik sedikit. Saya akan lakukan analisa untuk setiap ahli. Jadi nanti kalau saya panggilkan nama samaran seseorang itu tidak boleh malu dan mesti angkat tangan. Nama samarannya... Pertama, Dough-ner. Oh, Zelo?
ZL: Ya. Sejak debut, saya mempunyai pelbagai gaya rambut. Terdapat satu gambar yang menunjukkan gaya rambut saya yang serupa seperti Dough-ner. Saya rasa peminat nampak gambar itu lalu menamakan saya Dough-ner.
HY: Oh, Dough-ner. Comel. Seterusnya, ini kedengaran seperti nama tajuk wayang lebih daripada nama samaran. Ini nama yang paling unik yang pernah saya dengar. Nama samaran yang kreatif. Lebih kuat dari daging dan lebih berat dari angkat berat. Siapa? Kenapa?
JU: Ah, ya. Dulu, terdapat satu gaya yang saya lakukan semasa kami memperkenalkan diri kami.
HY: Personalitinya sangat kuat. Oh, lebih kuat daripada daging?
DH: Personalitinya... Apa macam saya hendak cakap?
YJ: Dia seorang yang terus mendesak.
DH: Tidak pernah sekali yang dia tidak akan lakukan apa yang dia mahu. Dia mempunyai personaliti yang dia ingin selalu lakukan apa yang dia mahu.
HY: Kita akan menentukannya begitu sahaja. Apabila saya nampak nama ini saya berasa marah. Siapa Busan Wonbin? Kenapa?
DH: Syarikat berkata "Dia bukan ini atau itu. Ayuh kita buang saja begitu ke luar. Anti pun peminat juga. Mereka semua peminat."
HC: Kami semua tidak tahu pun. Daehyun juga. Saya terbaca satu artikel satu pagi itu dan beritahu dia, "Hei, awak sekarang Busan Wonbin". Dia kata, "Apa yang awak cakap ni?" Kami pun mendapat tahu selepas itu yang syarikat kami telah membuat nama samaran tu.
DH: Saya menjadi pengkhianat dalam tempoh satu malam saja.
HY: Akhir sekali, saya rasa nama samaran ini untuk Yongguk. Atuk. Kenapa? Atuk Bang?
BYG: Makanan kegemaran saya pun macam... dan saya sangat lambat dan saya tidak bergerak seberapa. Juga, saya suka gula-gula kacang merah dan gula-gula kayu manis.
HY: Jadi, awak suka gula-gula kacang merah dan gula-gula kayu manis... Jadi awak suka makan lauk apa?Adakah awak suka tripe?
BYG: Tripe pun bagus juga tapi... Makanan yang paling sedap ialah nasi dengan teh barli.
HC: Dia pun suka makanan laut masin.
HY: Tapi, kamu tahu, saya berada di sebelah Yongguk dan senyuman matanya sangat cantik.
BYG: Terima kasih.
HY: Gusi awak pun sangat cantik. Sangat menarik. B.A.P telah mengeluarkan lagu-lagu yang bertenaga dan kuat, sebalik dengan musik yang disenangi oleh orang ramai dan media massa. Tapi algu kamu keluarkan kali ini terdapat rasa yang berlainan daripada sebelum ini. Apakah sebab untuk pertukaran ini?
BYG: Sebenarnya, terdapat ramai orang yang belum mengenali musik kami lagi. Kami membikin musik yang membawa mesej-mesej berkenaan masyarakat. Tapi apabila kami mambikin musik yang berat begitu.. Ia amat berbeza daripada musik yang am. Jadi kami kata, untuk kali ini, cuba musik yang dapat disenangi oleh orang ramai. Kami telah mencuba musik yang emosional dan mengeluarkan album pertama kami.
HY: Apa tajuk lagunya?
BYG: Satu kosong kosong empat.
HY: Bukankah kamu terlalu ketara? Satu kosong kosong empat?
BYG: Sebenarnya kami memikir banyak tentang ini. Semasa saya sedang bercakap tentang para komposer, memandangkan kita membikin musik yang am, apa kata kita teruskan sahaja. Itulah... Satu kosong kosong empat. Malaikat.
HY: Malaikat. Jadi apakah tajuk-tajuk bagi lagu sebelum ini? Lagu-lagu yang berat sebelum ini.
HC: Warrior, Power, One shot, No Mercy... Lagu-lagu begitu.
HY: Dan tiba-tiba bertukar kepada satu kosong kosong empat. Bagus bagus. Maksudnya kamu telah membuka kepada orang ramai. Saya terdengar yang kamu sekarang sedang melakukan konsert dengan konsep makhluk asing, sesuatu yang dalam trend sekarang. Tolong ceritakan.
YJ: Semasa kami melakukan konsert, kami selalu cuba membawa konsep daripada debut kami. Jadi dengan konsep makhluk asing itu...
HY: Adakah kamu memilih konsep itu dalam kelam kabut disebabkan drama itu?
HC: Kami mendapat banyak salah faham disebabkan itu.
HY: Jadi apakah konsep itu? Kamu semua mesti ada watak sendiri.
BYG: Konsepnya adalah untuk membawa sesuatu yang bumi perlukan.  Bumi perlukan keadilan.
HY: Keadilan? Awak?
HC: Konsep saya adalah emosi.
DH: Saya cinta.
YJ: Saya punya, awak. Bumi perlukan anda.
JU: Semangat.
ZL: Saya kegembiraan.
HY: Kegembiraan? Awak gembira tak? Jadi Yongguk bertanggungjawab dalam keadilan jadi bagaimana awak akan memberi maksudnya? Susah, 'kan? Saya akan menjangka dan dengar.
BYG: Sebenarnya saya tidak berapa tahu maksud keadilan kerana saya masih muda. Keadilan di bumi adalah apabila semua orang boleh mendapat hak mereka secara serata dan boleh menjadi satu masyarakat yang boleh berkongsi cinta dan kehormatan. Saya rasa itulah yang paling adil. Dan B.A.P akan membikin musik untuk menjadikan bumi satu tempat yang adil.
HY: Mereka akan berusaha untuk menjadikan bumi satu tempat yang adil dengan satu kosong kosong empat. Berikan tepukan gemuruh kepada mereka! Memang seronok dapat berjumpa dengan mereka hari ini. Kita akan menikmati persembahan mereka tapi kita perlu berpisah sekarang. Terima kasih kerana datang hari ini.
B.A.P: Terima kasih.

© bapyessir.com #Adeline (Malay)

No comments:

Post a Comment