B.A.P dalam Weekly Idol

Translator: Adeline
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/02/bap-to-appear-on-weekly-idol-again.html


(Nyanyi lagu AOA Miniskirt)

DC: Cubalah sekali.
HD: Kami akan gunakan tenaga yang tidak terhad untuk AOA.
DC: Ok, ayuh lihat.
HD: Hari ini, kami akan gunakan tenaga untuk individu-individu ini.
DC: Black A Pink.

DC: Black A Pink. Kalau anda penddekkannya, ia menjadi B.A.P.
HD: Mereka telah kembali dengan album pertama, Black A Pink, B.A.P!

DC: Kamu selalu bertenaga ketika masuk. Tapi tidak berkata apa-apa pun semasa kamu pergi.
HD&DC: Sekarang, kenalkan diri anda semua kepada para penonton.
B.A.P: 2, 3! Hello! Kami B.A.P, yes sir!
HD: Kumpulan ini penuh dengan tenaga hanya semasa pembukaan.
DC: Selepas mereka masuk, mereka menjadi seperti, uh...
HD: Para penonton mungkin sudah pun tahu tapi... Anda semua telah pun nampak tenaga maximum yang mereka ada.
DC: Nama lagu kamu ialah 1004, 'kan?
B.A.P: Ya.
DC: Lagu kamu telah menjadi lebih terang.
HD: Boleh anda beritahu kami, apakah maksud lagu 1004?
BYG: Ya, 1004, Lagu tajuk kami <1004> adalah campuran folk dan rock, dan adalah sebuah lagu tentang merindui bekas teman wanita yang kamu cintai...
HD: Seperti biasa, tonmu sentiasa menurun.
DC: Yongguk, kenapa awak selalu begitu? Tolong lebih ceria sikit.
HD: Memandangkan ini adalah album penuh kamu, mesti ada banyak lagu.
YJ: Dalam album penuh kami, kami tidak memasukkan mana-mana lagu pun yang kami pernah nyanyikan.
HD: Oh, ia bukan album repackaged?
YJ: Ya, ia mempunyai 13 lagu baharu.
DC: Dan, ia disebabkan harga diri Yongguk.
HD: Adakah awak banyak menyertai dalam komposisi?
DH: Yongguk telah menulis lirik dalam semua lagu.
HD: Kenapa awak tidak menyertai dalam komposisi lagu?
BYG: Sebenarnya, saya telah membuat beberapa lagu tapi disebabkan mereka terlalu mendalam...
HD: Budak terlalu mendalam... Jadi awak mesti tidak gembira dengan lagu tajuk album <1004>.
BYG: Tak. Tak. Tak.
DC: Memandangkan ia amat terang.
YJ: Juga dengan BADMAN dulu, para peminat yang mendengar lagu itu menanya kami maksud lagu itu. Mereka tidak faham lagu itu.
HD: Badman?
YJ: Ya, dari album lepas kami.
HD: Siapakah yang menulis lirik tersebut?
YJ: Yongguk.
HD: Dia sangat mendalam.
DC: Memandangkan mereka BADMAN sebelum ini, sekarang mereka telah menjadi malaikat.
YJ: 1004 adalah cantik, lagu cinta, tapi hanya bahangian Yongguk yang marah.
DC: Dia menjadi marah?
YJ: Ya. Bahagian Yongguk seperti "EUAAHHHH!"
DC: Dia menjadi marah. Yongguk, tanamlah bunga di rumahmu.
HD: Memang bagus untuk awak.
DC: Awak telah hilangkan berat badan.
BYG: Semasa saya bekerja untuk album ini, saya berat badan saya terturun.
HD: Awak hilang banyak betul. Nampak buruk.
DC: Kami akan melihat tarian kamu.
HD: Musik!

YJ: Sekali lagi.
DC: Kamu tidak mahu lakukan tarian rawak hari ini?
HD: Kamu lakukannya sekarang? Saya kata ayuh lihat tarian kamu.
HC: Awak di depan.
ZL: Yea.
YJ: Sekarang kami bersedia.

HD: Saya rasa kamu mesti terus lakukan tarian rawak.
DC: Keluarkan tukul plastik.
HD: Ahli yang melakukan kesalahan, maksudnya akan sedar balik.
HC: Tapi ini akan sakit... Ah!
HD: Kita akan terus ke tarian rawak.
DC: Musik.

DC: Mereka ini... Memandangkan kami memegangkan tukul.

DC: Bagus! Bagus!

HD: Wow. Mereka bersedia.
DC: Saya boleh nampak kesungguhan mereka.
HC: Kita lakukan dengan baik?!

HD: Oh. Bagus. Bagus. Bagus.

HD: Mereka menjadi sangat hebat dalam ini.
DC: Mereka bertambah baik. Ini adalah yang terbaik.

HC: Ini sangat susah.

HD: Siapa yang akan tertangkap? Hanya seorang.

HD: Oh. Ahli terakhir, Jongup!
DC: Kalian! Kamu semua melakukannya dengan baik sekali tapi seorang telah merosakkannya.
HD: Semua telah lakukan dengan baik.
DC: Tapi mikrofon Jongup terjatuh jadi saya rasa itulah dia tersilap. 'Kan?
HD: Sebenarnya <24 jam> telah ditaruh untuk lawak sahaja tapi kamu tidak membuat kesilapan.
HC: Kamu akan beri kami...
HD: Tak, tak, tak boleh. Kita akan main tarian rawak sampailah ada seorang yang tersilap.
HC: Kejap. Itu tidak bagus untuk kita. Kalau kita dapat semua betul, hyung akan terpukul.
HD: Awak tidak pernah kata begitu.
DC: Awak tidak pernah cakap.
HC: Jadi kita cakap saja sebelum kita mula. Kalau kami tidak buat silap, 6 pukulan?
HD: Ok. Tapi orang yang buat kesilapan akan dapat pukula dari kami.
ZL: Kita tidak tahu berapa lama kita akan main ini.
HD: Kami tidak akan bersenang dengan kamu.
DC: Hanya seorang tertangkap.

HD: Seorang akan tertangkap.

HD: Nampaknya saya terpaksa masuk campur.

YJ: Berapa kali kami mesti buat ini?
DC: Tunggu saja.
YJ: Bukankah kamu sepatutnya pilih nombor set berapa kali kita akan buat ini?
HC: Tunggu!
DC: Kamu mesti teruskan.

DC: Wow. Memang huru-hara.

DC: Baiklah. Ia akan datang.

HD: Hyung. Pilih saja seorang! OH! DIA! DIA DIA!

HD: Youngjae! Youngjae! Youngjae~!

HC: Buang saja dia.
DC: Asalkan bukan saya.
HC: Buang dia. Buang dia.
YJ: Dia pukul saya dengan sikunya!
DC: Siapa?
YJ: Mereka juga cakap ini akan berjalan dengan lancar!
HD: Kenapa awak dipukul?
YJ: Mereka cakap ini akan berjalan dengan lancar! Apa?
HD: Kenapa awak dipukul?
YJ: Semasa saya menukur posisi, dia pukul saya begini!
DC: Kalau berlaku insiden sebegini atas pentas, adakah awak akan buat kecoh dan tinggalkan pentas?
HD: Adakah terpukul dengan sikunya begitu tidak adil?
DC: Dan dari permulaan. Dari mula lagi, saya sudah agak Youngjae yang akan tersilap. Lagu serius atau tidak, awak sentiasa tersenyum. Saya tidak suka begitu.
HD: Is tidak sesuai dengan lagu pun.
YJ: Ada sesuatu yang saya rasa tidak adil. Kami telah berjaya beberapa kali... bukankah kami telah menang?
DC: Tundukkan kepalamu.
YJ: Kalau ini adalah untuk balas dendam...
DC: Awak mesti tundukkan kepala. Memandangkan awak telah datang ke sini, kalau awak buat begini dan pulang, awak akan berasa lebih baik.
HD: Berapakah tenaga yang patut saya gunakan?
BYG: Seperti yang kami telah bekerja keras hari ini... (Berlembut dengannya)
HD: Seperti yang kamu telah bekerja keras hari ini, saya patut bekerja keras juga? Ok!
DC: Tidak sakit. Ia akan tamat tidak lama lagi.
HD: Youngjae, jangan lupakan permulaan awak. 1004 fighting! Saya akan buatkan awak boleh lihat malaikat.
BYG: Youngjae fighting!
HC: Semua telah nampak, 'kan? BABYs, tolong marah mereka!
HD: Sekarang, ayuh kita teruskan ke bahagian yang seterusnya dengan B.A.P!

HD: Pertandingan Pemilihan Raja Idol ! Dalam pendek, "Pertandingan Raja Idol"!
DC: Oh, itu dia. Mereka telah menyelidik dengan terperinci.
HD: Ah terkejut saya! Apa ni, kamera tersembunyi? Pertandingan Raja Idol sangat mudah. Kita akan main permainan kecil. Dan pemenangnya akan menerima daging balut yang berkualiti tinggi dipanggang oleh MC. Hanya seorang boleh makannya. Dan sesiapa yang menjadi rajanya, boleh lakukan apa-apa saja selama 10 saat.
YJ: Bolehkah kami berterusan pukul dengan tukul plastik selama 10 saat?
DC: Ya.
YJ: Begini selama 10 saat?
DC: Ya, ya. Tidak kisah.
YJ: Ok, saya faham.
DC: Tapi tukul plastik kami sudah rosak.
DH: Oh itu?
HC: Tapi ada banyak barangan di sana, seperti kerusi.
DC: Ini akan disiarkan di TV.
HD: Ini merupakan Pertandingan Raja Idol yang pertama. Nama ialah "Raja Panjang Tangan"!

HD: Buatlah seperti sebelum ni! Kenapa awak ni? Oh, terkejut saya dibuatnya. B.A.P Jongup. Walaupun awak pendek, tapi saya dengar lengan awak panjang. Betul?
JU: Ah!
HD: Boleh awak berdiri kejap? Oh, panjang betul.
YJ: Jongup buat gaya monyet. Buat gaya ini. Gaya monyet lengan panjang. Tunjukkan! Ini adalah skil bakat individunya!
DC: Caesar! Caesar! Monyet yang bernama Caesar itu.
HD: Adakah ini skil bakat indvidu pertama yang kita lihat daripada B.A.P? Ini adalah pertama selepas bakat Yongguk.
DC: Ah~ Serupa macam Caesar. Dia lakukannya dengan baik sekali.
HD: Permainan ini sangat sesuai dengan Jongup. Sangat mudah. Permainannya... Boleh awak berdiri kejap? Awak letakkan lengan kamu begini dan awak letakkan tangan di atas kepala kawan seahlimu. Dan apabila saya cakap 1, 2 dan 3, kamu boleh mula tolak dan kaki sesiapa yang terlepas akan kalah. 1, 2 ,3.
DC Begini. Tenaga kaki kamu adalah sangat penting.
HD: Jadi kita akan lakukannya cara kejohanan.
YJ: Ok.
DC: Zelo mempunyai banyak kelebihan.
HD: jadi siapa yang akan mula dulu.
YJ: Saya akan mula dahulu.
HD: Ah, dengan siapa?
ZL: Saya.
HD: Ah, ok.
DC: Zelo, awak adalah paling muda, tapi awak tidak patut berlembut dengannya. Daging itu sangat sedap.
ZL: Ya!
HD: Kamu tidak ada perasaan terhadap sesama sendiri, 'kan? Adakah kamu berdua rapat?
YJ: Memanglah.
DC: Mereka mestilah rapat.
HD: 1, 2, 3. Tunggu. Belum lagi mula.
DC: Kasarnya.

DC: Saya memikir kenapa Zelo ada ekspresi yang gelap. Dia ada semangat bersaing yang kuat.
HD: Ok, semula. 1, 2 ,3.

HD: Zelo menang!
DC: Kenapa awak gerak ke depan?
HD: Zelo, ini adalah permainan yang hanya perlukan awak menolak. Tapi ini adalah kasar untuk lakukan begitu kepada hyung. Apapun, awak menang.'
DC: Ya, ya, dia menang.

HD: Siapa akan main seterusnya?
HC: Saya akan main.
HC: Ok, Himchan dan?
BYG: Saya?
HD: Yongguk!
DH: Ini serius.
HD: Sekarang, menghadap sesama sendiri.
HC: Kami...
DC: Memandangkan kamu berdua berumur yang sama, ini adalah seperti saingan untuk harga diri.
HD: 1, 2, 3.

HD: Yongguk menang! Ini adalah yang terakhir. jongup dan Daehyun.
DC: Jongup ada kelebihan.
DH: Kenapa mesti awak...
HD: Ini adalah yang terakhir. Relaks.
HC: Bagus!
HD: 1, 2 ,3.
HC: (kepada Daehyun) Awak sangat kasar terhadap dongsaeng awaklah!

HD: Yongguk, Daehyun, Zelo.
JU:Terkejut saya.
DH: Saya tidak perlu ke separuh akhir.
HD: Daehyun akan terus ke akhir. Sekarang Yongguk lawan Zelo.
ZL: Ah rapper.
HD: Oh~ Mereka berdua ada harga diri.
HC: Yongguk selalu tulis lirik dan Junhong... Zelo.. selalu rap.
DC: Mesti ada banyak aduan.
HD: Dengan rap, Zelo, tolong rap kepada Yongguk. Perasaan yang kau sering ada. Sesuatu yang awak mahu baiki.
YJ: Daehyun, lakukan beatboxmu.
ZL: Yongguk hyung, kuasamu adalah yong (kosong). Jadi awak akan kalah kepada saya di sini. Saya muda.
HD: Kita tidak akan dengar Yongguk.
DC: Jangan dengar.
HD: Ayuh mula.
DH: Junhong, tunjukkan kekuatanmu.
DC: Kamu mesti taruhkan tenaga di kepala kamu.

HD: Yongguk menang!
HC: Macam mana awak dapat lakukan begitu dengan kuat?
DC: Dia masih tidak boleh menang dengan kekuatan.
HD: Ayuh terus kepada Daehyun lawan Yongguk.
BYG: Kenapa saya dapat sampai ke peringkat ini?
DC: Untuk makan daging.
HC: Dia senyum!
HD: Peringkat akhir! Ini adalah peringkat akhir untuk Pertanding Raja Idol Tangan Panjang!
YJ: Mereka berdua ini adalah yang paling kekok bersama-sama.
HD: Oh, betul?
DH: Sebenarnya, ini adalah pertama kali saya sentuh kepala Yongguk hyung.
ZL: Saya juga sebenarnya sangat gementar... Menyentuh kepalanya...
YJ: Daehyun lebih muda tapi apabila mereka berdua sahaja, cara mereka bercakap menjadi sangat kekok.
HD: Kamu berdua, kejap, untuk album ini...
HC: Berpegang tangan.
HD: Ya, pegang tangan.
YJ: Ini akan kelihatan kekok.
DH: Kami tidak berapa kekok pun.
HD: Lihat hyung.
BYG: Saya ok.
DH: Saya ok.
HD: Sekarang pegang tangan, lihat mata satu sama lain, cakap tentang kesusahan kamu semasa album ini.
DH: Ya?
BYG: Jadi, untuk setiap album, mesti susah untuk awak untuk nyanyikan not- tinggi itu, 'kan?
DH: Ya.
BYG: Untuk album ini, saya telah kurangkannya.
DC: Apa yang kamu berdua cakap?
HD: Jangan lepaskan tangan. Kalau kamu lepaskan, kamu akan dipukul dengan tukul plastik itu.
DH: Saya tidak kerap memegang tangan ahli-ahli yang lain juga.
HD: Apapun!
YJ: Oh, kami faham.
DC: Ini hanya satu permainan.
DH: Ya, uh, hyung. Terima kasih kerana membikin banyak lagu yang bagus.
HD: Mereka sangat kekok!
HC: Mereka berdua daripada kumpulan yang berlainan!
DH: Itu sebab kami lakukan sesuatu begini dengan tiba-tiba.
HD: Ayuh, mula.
BYG: Yongguk, kalau awak buat begitu, apa yang awak akan capai? Apa yang awak buat ni? Awak tidak boleh buat begini sebab awak telah kehilangan bayak berat badan.
YJ: Awak tidak boleh!
HD: Yongguk menang!

HD: Ok, mahkota untuk Raja Panjang Tangan.
DC: Beta, sila makan hanwoo ini.
BYG: Ya.
DC: Silakan rasa.
HC: Wow~ Sekarang saya pun mahu makan hanwoo tu.
HC: Seorang murid tadika dari syurga dan bumi.
HD: Apa yang awak buat ni? Makan perlahan-lahan dan untuk 10 saat-
DC: Fikirkan apa yang awak mahu lakukan.
HD: Ya, fikirkan.
BYG: Ada sesuatu yang saya tengah fikirkan.
DC: Cakap saja.
HD: Kami akan beri awak 10 saat untuk lakukannya. Bersedia! Mu~~~~~la!
BYG; Plastik tukul yang tadi tu... Dari sini saya... akan pukul...
DH: Awak mengira sekarang?
HC: Dia sedang mengira sekarang. Cepatlah!
BYG: Saya awak pukul seseorang yang saya mahu dengan tukul plastik.
HC: Buat saja sekarang!
DH: Seorang dapatkan tukul tu!
HD: Awak patut pukul dalam tempoh 10 saat tersebut.
DC: Kami sudah habis mengira tadi.
HD: Awak bercakap dengan perlahan sekali.
DC: Topik untuk yang ini? Pertandingan Raja Idol Perlawanan Ayam!
HD: Kenapa saya selalu terkejut setiap kali?
DC: Ini adalah perlawanan ayam. Peraturan untuk permainan ini adalah sangat mudah. Berika kepada kami!

DC: Bunyi ayam yang kamu baru dengan tadi, orang yang meniru bunyi dengan tepat akan menjadi Raja Perlawanan Ayam untuk hari ini! Lakukan seperti yang kamu dengar tadi.

DC: Semasa kami cakap perlawan ayam, Daehyun mungkin terfikir yang ini. Kami tidak akan lakukannya dengan ketara begitu.
YJ: Oh, sama.
HD: Bermula dengan Yongguk.
BYG: Saya tidak tahu apa macam ini akan berjaya.
DC: Yang itu, kedengaran seperti ayam tua.
HD: ayam yang sakit. Yang sangat sakit.
DC: Sekarang, Himchan.
BYG: Buat seperti ayng awak latih.
DC: Perkataan kko-kki-o boleh didengar dengan jelas sekali.
HD: Awak bercakap seperti pembaca berita. Kko-kki-o, begini.
DC: Sekarang, Daehyun.
HD: Oh, sama~

HD: Mereka semua cuma berikan kita kko-kki-o. Kami sebagai juri akan berbincang dahulu.
DH: Perlukah saya tunjukkan skil bakat individu? Adakah ia akan tambahkan mata?
HD: Lakukannya. Kami akan buat anggaran selepas itu.

HD: Himchan akalu awak jadi raja, apa yang awak nak lakukan?
HC: Saya ada sesuatu dalam fikiran tapi saya tidak pasti kalau ia cukup kuat.
HD: Adakah ia sesuatu yang berkaitan dengan kami?
HC: Tentulah.
HD: Kalau begitu kami tidak akan beri kepada awak.
HC: Ia sesuatu ayng ganas terhadap kamu.
HD: Apa yang awak akan lakukan kepada kami? Berikan kami butirannya.
HC: Untuk sekali... Saya akan lakukan satu taruhan.
YJ: Sebelum kami ke sini hari ini.
HC: Kami terfikirnya, kalau ini tidak berjaya, kami tidak mahu pulang dari Weekly Idol.
DC: Kami akan pulang.
HD: Ini bagus. Saya ingin tahu. Raja Perlawan Ayam, Himchan!

DC: Sekarang, Raja Perlawanan Ayam, Himchan. Tahniah. DagingKorea sebagai hadiah.
HC: Inilah daging patut rasa.
HD: Jadi, apa taruhannya?
HC: Kami terfikir kerana dalamWeekly Idol ada Hyungdon dan Daejun hyung
HD: Jadi?
HC: Jadi kamu main permainan secara 6:2 dengan kami. Kalau kami menang, tanpa disunting... Tolong nyanyikan <1004> dalam program kamu.
HD: Bahagian mana yang kamu mahu?
DH: Awak yang seperti malaikat~

HD: Apa permainannya?
HC: Permainan apa yang kita main? Saya belum fikirkan satu permainan.
HD: Apa ni...?
YJ: Kami hanya sediakan poinnya.
HC: Kita akan buat begini...
HD: Kalau saya kalah, saya akan nyanyikan untuk kamu. Permainannya, kita akan lakukan Raja Tangan Panjang.
HC: Tunggu, bukan begini.
HD: Defconn dengan Youngjae. Kau tidak boleh berlembut dengannya. Kalau kita menang, semua akan berjalan lancar untuk kita. Berjanji dengan saya awak akan menang.

HD: Kalau kamu menang, kami akan prmosi album kamu sebagaimana yang kami boleh.
HC: Kalau kami kalah, kami akan xebut nama kamu apabila kami menang tempat pertama.
HD: Kami tidak perlukan itu.
DC: Kalau kamu tolak dia ni, dia senang jatuh seperti bola melantun.

HC: Saya sakit.
HD: Jadi?

HD: Dia main kotor!
HC: Tidak!

HD: Youngjae, ini tidak ok. Mari sini kita berlawan seperti lelaki.

HD: Dia cepat.
DC: Memanglah! Dengan umurnya begitu, memanglah cepat.
HD: Saya tidak pernah dipukul begini.
DH: Awak mesti pukul dengan kuat.
YJ: Ini memang tiada apa-apa... Tiada persaaan apa-apa.
HD: Memanglah. Pukul saja saya seperti lelaki, dengan kuat sekali. Saya mahu rasakan kelelakianmu.
YJ: Ok.
DH: Yougnaje ada pernah belajar Muaythai.
HD: Nampaknya saya sudahpun rasakan kelelakianmu. Cukuplah...
DC; Youngjae, buat saja.
HD: Pukul sahaja. Seperti lelaki. Oi, budak. Pukullah.

HD: Awak hanya budak.

HD: Zelo, apa awak rasa untuk hari ini?
ZL: Saya hanya banyak ketawa setiap kali.
HD: Dia sangat serious. Dia seperti Yonguk yang seterusnya. Zelo, apa yang awak telah belajar daripada Yongguk.

HD: Yongguk, apa perasaanmu untuk hari ini?
BYG: Dalam tempoh masa yang panjang, kami memang... Ah, maaf.
HD: Kenapa awak minta maaf?
BYG: Saya ingin cakap pasal album tapi'dalam masa yang lama' keluar.
HD: Memang tak berapa lama.
BYG: Hari ini memang sangat seronok... dan kami telah bermain dengan seronok sekali. Kalau kamu menjemput kami lagi, kami akan bersungguh-sungguh. Terima kasih.
HD: Sampai sini sahaja, B.A.P!!

© BAPsubbers | bapyessir.com #Adeline (Malay)

No comments:

Post a Comment