Lirik SPY (Perisik)

Translator: Zulaikha
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/01/bap-to-make-their-korean-comeback-in.html



Dengan perlahan saya mengekori awak
Dengan senyap saya mengikut langkah awak
Aww saya cuma melihat awak
Saya bersembunyi kalau-kalau awak mengetahui perasaan saya

Awak bersembunyi di sebalik topeng topeng topeng
Jadi saya nak tahu tentang awak lagi
Kenapa mata awak macam itu?
Mereka tidak tinggalkan saya keseorangan, awak asyik memprovokasi saya

(SPY) Jangan lihat ke mana-mana mulai sekarang (Ya)
(SPY) Malam ini, sayalah S.P.Y awak

Ah (ah) Datanglah kepadaku sekarang, rasakannya
Awak tak tahu nama saya
Sayalah SPY SPY (wuh uh)
Ah (ah) Jangan pergi, terpikatlah dengan saya malam ini
Saya tahu siapa saya
Sayalah SPY SPY

Ke kiri
Ke kanan
Pusing

Ya sayalah SPY, berjalan di kaki lima
Akhirnya, saya jumpa awak awak awak

Pergi pergi, saya dah mula, malam ini, perempuan akan menari mengikut rentak dram
Menari sikit sahaja lagi
Jadilah diri sendiri dan gila, terperangkap dalam tangan saya

Saya lain daripada dubuk yang ketagihkan dan ikut awak
Jangan bandingkan saya dengan amoeba yang melanggar semua benda dan semua orang
Jangan halang saya, hari ini, sayalah SPY awak

(SPY) Champagne bergoncang dengan bass
Awak buat jantung saya berdegup laju
(SPY) Buang semua orang yang lebih rendah
Saya di sini saya tahu awak mahukan saya

Ah (ah) Datanglah kepadaku sekarang, rasakannya
Awak tak tahu nama saya
Sayalah SPY SPY (wuh uh)
Ah (ah) Jangan pergi, terpikatlah dengan saya malam ini
Saya tahu siapa saya
Sayalah SPY SPY

Datang dekat dan lihat saya
Saya cuma perlukan satu hari, tidak ada masa
Saya nak awak macam ini adalah kali yang terakhir
Kami sudah berapi jadi datang ke mari

Ah (ah) Datanglah kepadaku sekarang, rasakannya
Awak tak tahu nama saya
Sayalah SPY SPY (wuh uh)
Ah (ah) Jangan pergi, terpikatlah dengan saya malam ini
Saya tahu siapa saya
Sayalah SPY SPY

Ke kiri
Ke kanan
Pusing

© BAPYESSIR.COM #Zulaikha (Malay)

No comments:

Post a Comment