Lirik Shady Lady

Translator: Mariana
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/01/bap-to-make-their-korean-comeback-in.html



Aku tahu kesakitanmu dengan duduk di hadapan meja pakaian setiap hari
Aku tahu semua wanita ingin kelihatan cantik
Aku tahu mereka semua menginginkan perhatian dari lelaki
Mata mu yang berair ditutupi dengan pembayang mata
Kekadang ianya agak menyedihkan ku
Aku tahu bagaimana untuk mencintaimu dengan hanya menjadi dirimu yang sebenar

Kamu kelihatan cantik hari ini, kau memang selalu cantik (Ooh ooh)
Aku tidak tahu jika ianya melampau ataupun memang seperti biasa
Ku tidak katakan yang aku tidak suka, ku hanya ingin tahu Oh
Tunjuk padaku dirimu yang sebenar Uh uh

Ooh Shady Lady Lady Lady
Engkau cantik walaupun jika kau tidak memakai apa-apa solekan
Ooh Shiny Lady Lady Lady
Jadilah dirimu yang sebenar sekarang Oh oh Tunjukkanku dirimu

Yeah, setiap kali kau lihat wajahmu dicermin
Kau tertekan untuk kelihatan cantik
Aku tahu kau ada, ku rasa bersalah padamu Baby
Jangan risau, kau sudah cukup indah

Solekan tebal atau pakaian mahal
Kau tidak perlu memakai semua itu
Jangan paksa dirimu untuk memakai tumit tinggi yang menyakitkan kerna ia akan lukakan hatiku
Aku tahu bagaimana untuk mencintaimu dengan hanya menjadi dirimu yang sebenar

Yeah, Aku tahu kau hebat, aku tahu kau tiada perkara untuk dibicarakan (Ooh ooh)
Aku tidak tahu jika kau lakukannya secara terangan atau jika ianya neutral
Aku tidak kata yang aku tidak suka, aku Cuma ingin tahu Oh
Tunjuk padaku dirimu yang sebenar Uh uh

Ooh Shady Lady Lady Lady
Engkau cantik walaupun jika kau tidak memakai apa-apa solekan
Ooh Shiny Lady Lady Lady
Jadilah dirimu yang sebenar sekarang Oh oh Tunjukkanku dirimu

Ku suka wajahmu tanpa solekan
Ku suka kamu bila kau bangun tidur
Kenapa kau tidak tahu betapa cantiknya kamu?
Kau hanya melihat kekurangan mu, kau tidak melihat apa yang engkau sudah ada
Bibir mu, hidung mu, kening mu dan segalanya
Ku ingin ciumnya satu demi satu  
Kamu sempurna tidak kira apa yang orang kata
Aku berpuas hati walaupun hanya kau berada dalam dakapan ku

Oh Mungkin Mungkin Mungkin Mungkin
Kamu mungkin fikir semua itu sekadar kata-kata
Oh Kamu lah Lady Lady Lady aku (Engkaulah Lady aku)
Jadilah dirimu yang sebenar sekarang Oh oh Tunjukkanku dirimu

© BAPYESSIR.COM #Mariana (Malay)

No comments:

Post a Comment