Siri Temu Ramah B.A.P di M-On! TV “SELECT” (131104~15)

Translator: Adeline
Original post: http://www.bapyessirfansite.com/2013/11/bap-8-part-interview-on-m-on-tv-select.html



Temu Ramah Pendapat Artis Terpilih
Artis minggu ini: B.A.P

Soalan: Perasaan terhadap debut di Jepun
HC: Saya berasa sangat teruja semasa saya terdengar tarikh debut Jepun kami. Sebab kami tahu yang ini akan menjadi cabaran baru bagi kami semua. Memikir tentang perjumpaan dengan peminat-peminat dalam stail yang berbeza, memang membuat saya berasa teruja.

Membuat debut di Korea pada Januari 2012.
Nama membawa maksud untuk mengejar nilai yang 'Best Absolute Perfect'.
Terdiri daripada 6 ahli dan telah menerima penilaian yang tinggi terhadap musik mereka yang berasaskan unsur HIP HOP dan persembahan mereka yang berkarisma.

Pada Oct. 12 di Marui City Shibuya, mereka mengadakan "upacara istimewa B.A.P WARRIOR DEBUT JEPUN". Walaupun mereka telah mengumumkan mengenai rancangan tersebut pada 11 pagi pada hari itu, mereka telah mengedarkan semua tiket dalam masa beberapa jam sebelum rancangan tersebut bermula. Ratusan peminat berkumpul di depan Marui City Shibuya.

MC: Apakah jenis lagu Warrior?
YJ: Antara semua lagu B.A.P, Warrior memang stail B.A.P.
MC: Apakah pandagan anda terhadap lagu itu? Apakah faktor utama yang menarik dalam lagu itu?
HC: Warrior adalah... lagu yang sangat berkelelakian dan berkarisma, saya rasa.
YJ: Tarian kita nampak seperti kita semua menentang sesuatu.

Pada musim bunga ini, mereka mengadakan tour dunia "B.A.P LIVE ON EARTH PACIFIC" dan melawat 4 bandar raya di Amerika dan Asia.
10,000 tiket untuk konsert di Amerika telah habis dijual. Pada lawatan pertama mereka ke Jepun, mereka mengadakan konsert Jepun pertama di Pacifico Tokohama selama 2 hari dan 10,000 tiket telah habis dijua; sebaik sahaja tiket mula dijual. Mereka telah menunjukkan populariti mereka sebelum Japan debut lagi.

Soalan: Pandangan terhadap peminat di Jepun.
DH: Terdapat ramai peminat Jepun yang datang ke Korea untuk berjumpa dengan kami, dan mereka semua memang bersopan santun dan baik. Juga, mereka mereka banyak memikir tentang kami, jadi saya rasa peminat Jepun mesti baik hati.

© bapyessir.com #Adeline (Malay)

No comments:

Post a Comment