B.A.P on Shim Shim Tapa Radio (140101)

Translator: Zulaikha
Original post: http://www.bapyessir.com/2014/01/bap-on-shimshim-tapa-radio-140101.html



Shindong: Sekarang, kumpulan yang baru telah datang~ Yeah~ Secret dan B.A.P~!!!!! Sila perkenalkan diri anda. Secret dahulu~!
Secret: Permulaannya ialah Secret~ Hello!!
Shindong: Dan inilah B.A.P~!
B.A.P: 2,3. Hello! Inilah B.A.P!! Yes sir!! Gembira berjumpa awak!!

Shindong: Ramai orang menyertai kami hari ini. Terima kasih!
Secret: Terima kasih~
Shindong: Selamat Tahun Baru semua orang.
Secret: Selamat Tahun Baru~
Shindong: Awak semua sekarang sudah tua setahun.
Secret: Ya… Betul tu…
Shindong: Sekarang… Ah! Adakah ini penghujung bagi bahagian pertama?
Hyosung: Ah! Tapi kami baru sahaja datang.
Shindong: Sebaik sahaja mereka datang? Bagaimana kita nak buat ni? Adakah kita akan berjumpa dengan mereka di bahagian kedua? Okay~ Semua orang. Kalau awak tunggu selama 2 minit, kami akan bergerak ke bahagian kedua. Tunggu untuk berseronok~!!!
Shindong: Persembahan terbaik di atas muka bumi, Shim Shim Tapa Shindong~ Selamat menyambut tahun baru. Walaupun dalam tahun 2014, anda masih lagi bersama dengan DJ Shindong~ Inilah Shim Shim Tapa~! Gembira berjumpa awak~!!! Sekarang, B.A.P dan Secret telahpun datang tetapi mereka tidak perkenalkan diri lagi. Siapa yang akan mula dulu?
Hyosung: Kita akan bermula dengan para senior.
Shindong: Baiklah kalau macam tu.
Hyosung: Saya sudah tua setahun dan berumur 26 tahun tapi berumur 24 tahun dalam bahagian lain di dunia. Sayalah Hyosung.
Shindong: Tahniah~~!! Awak sekarang dalam pertengahan 20-an juga.
Hyosung: Ya…
Shindong: Sedikit mengecewakan… Awak telah tertangkap
Hyosung: Ya, saya telah tertangkap sedikit…
Shindong: Jika awak berumur 27 tahun, awak boleh mengatakan bahawa perkara itu agak lewat tapi… awak belum sampai lagi. Dan seterusnya?
Sunhwa: Hello. Ianya sudah lama. Sayalah Sunhwa daripada Secret.
Shindong: Hello~~!! Selamat Tahun Baru. Dan seterusya?
Hana: Sayalah Hana daripada Secret dan saya dilahirkan di tahun kuda.
Shindong: Awak dilahirkan dalam tahun kuda?
Hana: Ya.
Shindong: Oh, begitu. Dan seterusnya…
Jieun: Hello. Sayalah Jieun daripada Secret. Gembira berjumpa awak~
Shindong: Gembira berjumpa awak~ Tadi ialah Secret dan sekarang ahli B.A.P akan memperkenalkan diri mereka.
Yongguk: Hello. Sayalah Bang Yongguk daripada B.A.P. gembira berjumpa awak.
Shindong: Gembira berjumpa awak… Awak menyorok di mana? Tunjukkanlah muka. Awak yang di sana. Mulut awak semakin besar~ Dan seterusnya?
Himchan: Hello. Sayalah Himchan. Gembira berjumpa awak!
Shindong: Gembira berjumpa awak! Himchan, saya seronok melihat awak menari dulu.
(T/N: Mungkin dia bercakap tentang tarian yang Himchan buat di Gayo Daejun semasa dia ditemu bual)
Shindong: Kita tidak akan bercakap tentangnya. Ada sesuatu yang awak hendak katakana?
Himchan: Setahun? Sudah setahun saya menari betul tak?
Shindong: Mungkin, sejak setahun yang lalu.
Himchan: Disebabkan oleh sudah setahun, boleh saya minta awak lupakan tentang klip tarian itu?
Shindong: Gambarnya telahpun keluar. Tahniah. Dan seterusnya?
Daehyun: Hello. Sayalah Daehyun daripada B.A.P.
Shindong: Gembira berjumpa awak~! Dan seterusnya?
Hello. Sayalah Youngjae daripada B.A.P.
Shindong: Gembira berjumpa awak~! Dan seterusnya?
Jongup: Hello. Sayalah Jongup daripada B.A.P dan telah menjadi seorang dewasa satu jam yang lalu.
Shindong: Tahniah! Betul tu~ Awak sekarang dalam 20-an. Oleh sebab awak baru mencapai umur itu adakah awak akan mula minum macam gila? Pergi ke kelab macam gila, pikat perempuan macam gila… Jadi macam… menjadi tidak tentu arah dan… adakah awak akan bermain-main?
Jongup: Saya akan bekerja keras untuk album seterusnya.
Hyosung: Comelnya.
Zelo: Hello. Sayalah Zelo, masih remaja,
Secret: Comelnya.
Shindong: Awak semua masih lagi grup remaja. Kalau ada remaja dalam grup tersebut maka ia adalah grup remaja. Tahniah. Ham Sui berkata, “Sunhwa eonni terima kasih untuk apa yang awak dah buat kepada Himchan.”
(T/N: Mungkin masih lagi becakap tentang temu bual Gayo Daejun)
Shindong: Sunhwa, awak yang buat Himchan menari?
Sunhwa: Saya bawanya keluar bersama dengan saya.
Shindong: Oh, begitu~ 3535 berkata, “ Ack! B.A.P?! B.A.P?! Apa?!?! Saya MEMANG sayang awak semua!!” Jika ianya ditujukan untuk takut, mesti banyak.
(T/N: ‘Gubnah’ mempunyai dua maksud iaitu banyak dan takut)
Shindong: Jung Heejin juga berkata, “Adakah dua grup ini memberitahu perkara-perkara manis antara satu sama lain?” Mari kita beritahu perkara-perkara yang baik terhadap satu sama lain. Mula-mula, apa salahnya kalau kita dengar perkara-perkara baik yang ketua mahu beritahu kepada ketua yang lain. Yongguk kepada Hyosung.
Hyosung: Okay! (4x)
Shindong: Cakaplah sesuatu perkara yang baik.
Yongguk: Saya selalu belajar daripada Hyosung noona, jadi pada tahun ini…
Hyosung: Saya tertanya-tanya apa yang awak belajar?
Shindong: Awak macam menipu sahaja. Sila beritahu seperti awak memang maksudkannya.
Yongguk: Saya berharap Secret dan B.A.P akan meletup tahun ini. Terima kasih.
Shindong: Saya kata awak harus beritahu sesuatu yang baik kepada Hyosung. Apa yang awak buat sekarang? Sila beritahu sesuatu yang baik kepada Hyosung.
Yongguk: Ah… Yes. Hyosung noona
Shindong: Kalau awak betul-betul tiada apa yang hendak dicakap, sila jerit “Langkau!!”.
Yongguk: Langkau,
Shindong: Hyosung, awak patut mula dahulu.
Hyosung: Saya rasa dah tak boleh nak tolong lagi. Sejujurnya, perkara ini tidak dirancang tetapi dalam semua grup TS seorang aka nada senyuman yang menampakkan gusi.
Shindong: Betul tu.
Hyosung: Bermula daripada senior kami, Untouchable, ketua mempunyai senyuman cantik yang menampakkan gusi…
Shindong: Oh, begitu.
Hyosung: Ya, macam tu...
Shindong: Jika Eunhyuk pergi ke syarikat tersebut mungkin dia menjadi ketua…
Hyosung: Awak betul! (2x)
Shindong: Dia agak bersinar.
Hyosung: Tapi hari ini, mungkin sebab dia mahu dilihat sebagai seorang dewasa... ataupun seorang lelaki, Yongguk tidak lagi menunjukkan senyuman cantiknya yang menampakkan gusi.
Shindong: Oh, begitu...
Hyosung: Tapi para peminat mahukan itu. Saya mahu dia untuk menunjukkannya di tempat yang privasi untuk peminat dan sebuah grup perempuan yang baru akan keluar pada tahun depan
Shindong: Betul ke?!
Hyosung: Ya! Saya tidak pasti lagi jikalau ketuanya mempunyai senyuman yang menampakkan gusi tapi saya rasa mereka telahpun merancang untuk menunjukkannya.
Sunhwa: Kalau mereka tiada apa yang awak akan buat?
Shindong: Awak tidak akan menarik keluar gusi tersebut betul tak?! Boleh menjadi sangat merbahaya.
Sunhwa: Mereka akan menjalani pembedahan plastic untuk senyuman yang menampakkan gusi…
Shindong: Silalah buat.
Hyosung: Saya berharap Secret akan meletup tahun ini! TS juga!
Shindong: Apa kata ahli yang paling muda katakan sesuatu kepada satu sama lain? Mula-mula, Zelo cakaplah sesuatu yang baik kepada kedua-dua grup.
Zelo: Sesuatu yang baik?
Shindong: Ya.
Sunhwa: Comelnya.
Zelo: Sesuatu yang baik?
Shindong: Ya.
Zelo: .........
Shindong: Terima kasih.
Hyosung: Awak tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk dikatakan?
Shindong: Sesuatu yang awak berharap untuk berlaku, etc...
Zelo: Mari jadi lebih meletup-letup pada tahun baru ini.
Shindong: Lebih meletup-letup! Wow! Dua kali meletup!! Lebih meletup-letup!! Bagus~
Hyosung: Comelnya.
Shindong: Adakah Jieun yang paling muda?
Secret: Tidak, Sunhwa yang paling muda.
Sunhwa: Saya yang paling muda kalau ikut hari jadi... Mula-mula, saya mahu keluarga TS meletup dan saya berharap hanya perkara-perkara baik sahaja yang akan berlaku.
Shindong: Terima kasih~! Sekarang, staf di luar berkata awak kelihatan susah sahaja untuk memberitahu sesuatu yang baik kepada satu sama lain, jadi apa kata awak katakan apa yang awak mahu kepada orang tersebut.
Hyosung: Ini sepatutnya menjadi lebih senang.
Shindong: Kalau awak mempunyai sesuatu yang mahu dikatakan kepada pengarah, presiden, CEO syarikat.
Zelo: Pintu bilik air kami tidak dapat ditutup dengan sempurna.
Sunhwa: Oh tidak...
Shindong: Adakah awak biarkan sahaja pintu terbuka semasa awak melakukan hal-hal awak?
Zelo: Tidak. (2x) Kami hanya perlu tutupnya dengan kuat.
Shindong: Jadi awak hanya perlu tutupnya dengan kuat.
Zelo: Sebab pintu itu sangat teruk
Shindong: Oh, begitu? Presiden dengar tak? Hajat tahun barunya adalah untuk awak membaiki pintu itu.
Zelo: Tolong~
Shindong: Sila baiki~ Sekarang, sebab awak semua sudah datang, awak perlu memberi hadiah kepada penonton. Hadiahnya tidak perlu besar sangat. Boleh jadi sebaris ayat daripada sesuatu lagu, etc. Wakio daripada setiap kumpulan. Aegyo ataupun bakat, apa-apa sahaja. B.A.P akan mula dahulu... Himchan asyik memandang ke sini jadi mungkin dia mempunyai bakat baru yang dia mahu tunjukkan.
Himchan: Tidak. (2x)
Sunhwa: Dia mesti henda membuatnya,
Shindong: Ianya sudah lama, apa kata kita lihat Jung Joonho?
Hyosung: Jung Joonho?
Himchan: Sudah dua tahun berlalu.
Hyosung: Saya tak pernah tengok!
Shindong: Awak tak pernah tengok?!
Hyosung: Ya!
Shindong: Iris (Drama Korea)
Sunhwa: Masa dahulu
Hyosung: Betul ke?!
Shindong: Mari kita lihat Jung Joonho. 3, 2, 1!
Himchan: Awak...!! Sekejap.
Hyosung: Apa yang awak cakap?
Shindong: Saya fikir awak ialah Menggoo, “Awak ksjhb~”
(T/N: Menggoo ialah sebuah karekter komedi)
Himchan: Saya akan buat!
Shindong: 3, 2, 1!
Himchan: Awak cuba bunuh saya!! Dan pada masa itu, awak tiada di sebelah saya!!! Ishfkjh...!
Hyosung: Dia nampak macam dalam kesusahan.
Shindong: Sunhwa berkata sesuatu, “Apa ni?”
Himchan: Tapi sekarang saya tidak rasa malu seperti dulu.
Semua: Terima kasih~! Awak semua buat dengan baik~
Shindong: Grup seterusnya telahpun menunggu jadi kami perlu memberi misi dengan cepat. Kalau awak mahu meninggalkan studio awak perlu untuk berjaya dalam misi ini untuk pintu-pintu tersebut tidak dikunci. Setiap kumpulan, kalau ada 4 orang maka keempat-empat orang dan jika ada 6 orang makan keenam-enam orang mesti membaca ayat-ayat itu pada masa yang sama dengan tidak membacanya dengan salah dan berjaya. Sekarang, kita akan mulakan dengan B.A.P. Awak semua boleh lihat betul tak? Awak tidak boleh menggerakkan bibir sahaja. Saya akan melihat setiap daripada awak. Sedia~ dan mula!
B.A.P: Kepada semua pendengar Shim Shim Tapa…!!!
Shindong: Sekajap.
B.A.P: ...penuhkan seluruh tahun bersama dengan B.A.P!!!
Shindong: Sekejap. Bang Yongguk... Awak tak boleh buat macam itu. Sekali lagi, dengan suara yang kuat~ 3, 2, 1!
B.A.P: Kepada semua pendengar Shim Shim Tapa, penuhkan seluruh tahun bersama dengan B.A.P!!!!!!!
Shindong: Gembira berjumpa awak~!! Terima kasih~!! Mari kita lihat Secret.
Hyosung: Secret akan lakukannya!
Shindong: Sedia dan mula~
Secret: Kepada semua pendengar Shim Shim Tapa...
Shindong: Sekejap (2x) ianya bukan Shim Shik Tapa (2x). Sedia dan mula~
Secret: Kepada semua pendengar Shim Shim Tapa, penuhkan seluruh tahun bersama dengan Secret~~~!!!!
Semua: Terima kasih~~!!
Shindong: Semasa kami menghantar kedua-dua grup untuk pulang, kami akan mainkan lagu Secret ‘I Do I Do’. Terima kasih~!
Semua: Selamat Tahun Baru~!!

© bapyessir.com #Zulaikha (Malay)

No comments:

Post a Comment