B.A.P dalam Majalah Haru Hana vol. 21 (Dec & Jan)

Translator: Ben & Adeline
Original post: http://www.bapyessirfansite.com/2013/11/bap-for-haru-hana-magazine-comes-out.html



[Temu bual]

*Sesetengah bahagian telah ditanya kerana kita telah dengar pandangan mereka tentang single One Shot dan Jelajah Arena dalam 20 artikel lain

S: Semasa tinggal di hotel, siapakah yang anda akan pilih sebagai rakan sebilik?

DH: Youngjae, saya rasa. Sejak debut lagi kami tinggal di dalam bilik yang sama. Jadi, ia senang.
YJ: Saya pun rasa begitu.
ZL: Saya selalu dengan Jongup. Sebagai Maknae Line kami boleh cakap tentang banyak perkara dan bermain.
YG: Saya boleh siap dalam 10 minit jadi saya orang tang terakhir yang bangun. Sesiapa saja pun boleh untuk jadi rakan sebilik jadi saya nak bilik yang besar dengan 6 katil untuksemua ahli. (ketawa)
HC: Apabila memilih bilik, saya selalu memilih Yongguk, Daehyun dan Youngjae biasa bersama, dan Zelo dan Jongup pun bersama.
JU: Pernah sekali sahaja kami ubah rakan sebilik. Kalau kami tukar lagi, Zelo atau Himchan boleh juga.



S: Ada sebulan lagi dalam 2013. Apakah berita yang paling tergempar pada tahun yang lalu pada pendapat anda?

YJ: Membeli kamera Canon 100D. Saya suka menangkap gambar permandangan. Saya takkan ambil gambar ahli lain (ketawa)
JU: Membeli- belah di LA. Di Korea saya hanya nampak barang di internet, apabila terjumpa barang itu depan mata saya sendiri amat menggembirakan saya.
ZL: Abang saya menduduki ujian untuk masuk sekolah medical. Itu ialah sesuatu yang besar dalam keluarga saya dan kami menyokong dia. I betul- betul berharap dia akan diterima masuk!
DH: Semalam hari lahir ibu saya. Tetapi, kami bekerja di Jepun tanpa henti sehingga saya tidak sempat telefon dia jadi saya menghantar email kepada dia. Saya ingin mengucapkan “terima kasih” kepada dia.
HC: Pada awal tahun tangan saya tercedera. Bukan saya saja, staf- staf dan peminat juga terkejut. Dengan itu, pemikiran saya berubah. Contohnya, keinginan saya untuk bekerja lebih keras lagi sebagai satu kumpulan. Saya tak terfikir yang kumpulan ini ialah harta benda kami. Semasa melihat ahli lain promote saya terfikir tentang itu.
YG: Hmmmm, saya tak dapat fikir apa- apa….(ketawa) Sebagai satu kumpulan, saya rasa tentang jelajah Pacific kami. Ia seperti mimpi. Kami lihat sejak kami trainee, pergi ke luar negara dan mempunyai orang lain mendengar muzik kami ialah cabaran yang besar. Dari hari ini, sedikit demi sedikit kami nak buat lebih banyak persembahan dan menjadi artist global.


© bapyessir.com #Nicole (English) | bapyessir.com #Ben (Malay)





[B.A.P A sampai Z]

A – Ability(kuasa) : Kuasa yang anda mahu sekarang
YG: Kuasa untuk mengawal manusia. Semua yang saya buat ialah rahsia.
ZL: Mengklon? Saya rasa macam bagus je ada dua “saya”. Bila seorang bekerja, satu lagi yang lain boleh pergi ke sekolah dan buat perkara yang saya mahu, dan belajar banyak perkara.

B – Baby: Sesuatu yang anda ingin bagitahu peminat- peminat di Jepun
YG: Kepada peminat- peminat di Jepun, saya bukan yang suka bercakap jadi jangan pedulikan saya.
ZL: Tolong jaga kami!

C – Confession(luahan): Luahkan satu rahsia kamu
YG: Saya benci mengurungkan sesuatu jadi saya tidak pakai stoking tahun ini. Keadaan semulajadi ialah yang terbaik, saya rasa.
ZL: Saya menulis journal kebelakangan ini. Saya amat serius tentang ini. Saya ada tulis sikit dahulu. Ia sebenarnya “Diari Kemarahan” saya (ketawa). Apa di dalamnya ialah rahsia.

D – Dorm: Di manakah tempat paling menenangkan dalam dorm kamu semua?
YG: Bilik di mana saya menulis muzik. Saya suka tempat yang gelap. Semasa saya menulis lagu, saya boleh relaks di dalam gelap, tempat yang berselerak daripada tempat ynag kemas. Untuk menumpukan sepenuhnya, tempat yang senyap amat bagus.
ZL: Lantai di ruang tamu. Saya pernah tidur di situ dahulu. Saya juga suka lantai di tempat raptai kerana saya rasa selamat duduk di situ. Saya tidak tahu kenapa ia rasa selesa bila bersama dengan benda lain.

E – Energy(tenaga): Sumber tenaga apabila sedang mencuba yang terbaik?
YG: Daripada ahli kami, saya rasa bertanggungjawab sebagai ketua. Kehadiran mereka member saya tenaga.
ZL: Daripada diri sendiri. Apabila saya memerah otak, saya dapat idea yang baik- baik. Pasti ada masa ia negatif dan masa apabila ia lebih baik untuk bercakap dengan seseorang tentangnya.

F – Fesyen: Pakaian yang anda ingin cuba, pakaian yang anda suka pakai setiap hari.
YG: Apabila saya kecil saya selalu pakai pakaian yang longgar jadi saya rasa fesyen begitu ok. Saya biasanya tidak ada minat dalam fesyen, Saya jenis yang pakai apa yang selesa.
ZL: Stail yang saya ingin cuba ialah denim. Di Korea ia dipanggil “Chon chon” dan ialah jeans dipakai dengan jaket denim. Saya tukar stail banyak kali tetapi belakangan ini ia ialah stail “dandy”(bagus) yang saya fikir. Seperti baju T leher V dengan cardigan, dan kaki seluar dilipat dengan kasut loafer… dan saya pilih aksesori yang ringkas.

G – Growth(pembesaran): Perkara yang berkembang tentang anda dan bagaimana anda fikir kumpulan ini membesar.
YG: Semuanya bukan benda baik tetapi saya dapat tahu tentang banyak perkara. Saya bukannya sudah lama hidup tetapi tentang manusia, masyarakat, dan juga muzik. Ada pepatah Korea kata yang “perkara yang tidak diketahui ialah perkara yang senang”, dan baru- baru ini saya tahu maksud sebenar pepatah itu. Sebagai satu kumpulan, persembahan kami menjadi lebih senang, dengan pemikiran yang kata bahawa perjalanan kami masih jauh.
ZL: Saya rasa seperti orang dewasa, dan benda yang saya ada semakin berkurang. Saya dahulu amat pemalu dan tak dapat cakap apa yang saya nak cakap tetapi sekarang dibandingkan dengan dahulu saya kurang malu.
YG: Kamu memang seperti orang dewasa sekarang. Amat menakjubkan yang kamu boleh lakukan semua ini pada umur kamu. Sebagai rapper, saya pernah menerangkan apa yang perlu dibuat(kepada Zelo) tetapi sekarang sekarang saya tak perlu lagi. Dia boleg buatnya sendiri.
ZL: (Bersinar) Saya dilatih di akademi sejak kecil tetapi apabila debut ada perkara yang saya tidak sedar, tetapi saya masih boleh membesar lagi.

H – Healing(Penyembuhan): Sesuatu yang menghilangkan stress.
ZL: Mendengar muzik. Bercakap dengan seseorang yang memahami. Saya jenis yang mendengar lagu sedih semasa dalam kesusahan.
YG: Tidur. Daripada melepaskan stress, saya jenis orang yang terimanya dan teruskan hidup. Tetapi saya rasa muzik ialah cara yang paling baik. Dengan muzik, lirik keluar daripada stress yang saya alami semasa menulis lagu. Sebab itulah stress ialah baik…. Saya nampak seperti orang yang pelik (ketawa)


I – Idola: Semasa kamu kecil, siapakah idola kamu?
DH: Semasa saya kecil, lagu- lagu Buzz banyak dimainkan, saya suka mereka.
YJ: Masa saya di gred 4 dan 5, saya suka TVXQ.

J – Joke(lawak): Lawak yang anda pandai buat atau sedang berlatih?
DH: Maaf, saya tiada.
YJ: Saya pun…(dalam bahasa Jepun) Lawak agak sukar (ketawa)

K – Kindness(Kebaikan): Masa kamu rasai kebaikan ahli?
DH: Apabila kami buat penggambaran MV di luar negara, atau semasa konsert. Kerana jadual kami ketat, apabila kami penat kami jaga satu sama lain. Pada waktu itu kami rasa seperti adik beradik.
YJ: Apabila kami ke luar negara, Daehyun dan saya selalu kongsi bilik dan dia yang selalu pegang kunci bilik. Saya tak payah fikir tentang kunci bilik (ketawa). Bila kami pergi ke sesuatu tempat, kalau saya cakap saja “Daehyun-ahh~” dia datang dengan kunci. Itu kebaikan.

L – Laugh(ketawa): Sesuatu yang buat anda ketawa baru- baru ini
YJ: Semasa kami merakam pada rancangan radio di Jepun, Himchan melihat peminat dan buat bentuk hati di atas kepalanya tetapi MC itu ingat dia sedang meniru gaya monyet (ketawa)
Semasa program percakapan kami tidak sama tetapi selepas itu kami dapat faham maksudnya (ketawa)
DH: Saya pun ingat nak cakap tentang itu (ketawa). Saya suka rancangan variety jadi saya suka segmen ‘gag’ dalam rancangan Korea. Saya gelak semasa menontonnya.

M – Muzik: Muzik yang anda dengar kebelakangan ini
DH: Jazz dan R&B. Ada banyak artist yang saya suka tetapi saya seslalu dengar lagu Bruno Mars.
YJ: Hip hop, R&B dan gospel. Saya juga banyak dengar lagu Justin Timberlake. Memandangkan ada album dikeluarkan baru- baru ini, saya selalu dengar ‘Part 2 (The 20/20 Experience)’.

N – Necessity(keperluan): Sesuatu yang kamu selalu bawa
DH: Pembasah bibir. Bibir saya tebal jadi ia kering cepat.
YJ: iPad. Saya dengar muzik dan online.

O – Off(cuti): Apa yang kamu nak buat semasa cuti?
DH: Saya relax di mana- mana di tempat perkampungan. Saya mahu lihat permandangan.
YJ: Saya nak pergi ke wilayah Akita(di Jepun) dan lihat salji sementara di mata air panas. Saya suka mata air panas tetapi melihat salji pada waktu yang sama menjadikan ia istimewa.

P – Produce(hasil): Daripada ahli kumpulan, dengan siapa yang anda ingin debut sebagai penyanyi solo atau sub-unit?
DH: Pertama, saya (ketawa). Unit R&B dengan Youngjae Kami bagus dalam genre itu dan saya selalu dengar muzik barat jadi ia ialah genre yang saya ingin cuba.
YJ: Jongup, nombor menyanyi dan menari. Lagu yang lembut dengan alunan gitar daripada Himchan. Rock dengan perasaan yang kuat dengan Daehyun. Zelo amat berbakat dalam pelbagai perkara jadi sesuatu yang comel, mungkin? Dan lagu yang sedih daripada Yongguk.
DH: Hahahaha! Kenapa?
YJ: Sebab dia ada suara yang rendah (ketawa)

Q – Quit(berhenti): Sesuatu yang anda lakukan yang sepatutnya tidak dilakukan?
JU: Saya bukannya tak mahu berhenti, tetapi saya selalu  buat benda tanpa saya sedari. Saya gerakkan badan saya, saya selalu bergerak tapi saya tak pernah terfikir nak betulkan tabiat ini.
HC: Dagu saya sentiasa bergerak. Ia menyakitkan. Saya patut berhenti.

R – Romantik: Perkara yang paling romantic anda pernah lakukan.
HC: Saya ambil gambar peminat dan muat naik ke fan café Kore rasmi kami. Tak rasa romantikkah?
JU: Saya tak pernah lakukan ini tapi bila saya ada teman wanita saya nak pergi ke Festival Ais Harbin di Korea. Ia ialah festival ukiran ais, jadi saya ingin buat satu arca untuk dia dan kami menari (ketawa)

S – Star(bintang): Artist ideal anda?
HC: Artist yang sentiasa berkembang. Seseorang yang tidak akan berhenti berkembang.
JU: Artist yang membuat perkara baru dan boleh meluahkan diri sendiri dengan cara sendiri.


T – Travel(mengembara): Mana dan dengan siapa anda nak pergi mengembara?
HC: Saya nak pergi ‘tour’ makan dengan Jongup. Ke mana kita pergi? Eropah? Itali?
JU: Itu kedengaran bagus.
HC: Sebenarnya, kami ada hari cuti selepas melawat rumah kami dulu. Kami pernah bercakap tentang ‘tour’ makan dengan ahli lain.
JU: Tetapi kami tak ada masa untuk itu dan mengabaikan idea itu. Makan 3 hari sekali berbanding makan sepanjang hari bukannya ‘tour’ makan (ketawa)
DH: Saya ada banyak saudara dan semasa saya membesar mereka yang menjaga saya. Kami selalu berkumpul dan mengeratkan hubungan. Kalau ada peluang, saya nak pergi bercuti dengan semua, termasuk ahli B.A.P ke tempat seperti Akita oleh sebab saya suka mata asir panas!
YJ: Eropah dengan ahli B.A.P. Permandangan indah Holland seperti menarik. Ia juga seperti tempat yang aman jadi saya ingin pergi ke situ.

U – UFO: Apakah pandangan anda tentang makhluk asing dan apakah yang anda akan buat jika terjumpa satu?
HC: Saya dengar yang makhluk asing tidak ada niat untuk menyakiti manusia dan mereka bercakap dengan bahasa yang sama. Saya rasa saya akan panic kalau terjumpa satu tetapi selepas itu kami boleh jadi kawan
JU: Kalau kami jadi kawan, kami akan bercakap banyak dan nak jadi kawan baik dia. Ada banyak benda yang saya ingin tahu.

V – Value(nilai): Pada pendapat anda, berapakah nilai anda daripada 100?
JU: 50 markah. Sebabnya… Saya rasa ok untuk beri diri saya 50%.
HC: Ia amat tinggi (ketawa). 100 markah penuh untuk saya (ketawa) ….. BErgurau saja. Saya beri 20 markah. Saya rasa diri saya macam itu saja.

W – Work(kerja): Keseronokan yang anda jumpa dalam kerja?
HC: Apabila kami ke pentas, saya rasa gembira kerana membuat kerja ini dan ia amat berbaloi. Sama seperti apabila bertemu dengan peminat- peminat, kami suka berada di pentas supaya nanti ia akan menjadi seronok.
JU: Sama. Saya rasa lega selepas habis persembahan.

X – Sesuatu yang kamu tak boleh hadapi atau kelemahan anda
JU: “Kamadohuma!” (nota: sejenis cengkerik) Saya tidak pernah takut akan serangga tetapi serangga itu mengejutkan saya….
HC: Ia ialah serangga yang keluar dalam wayang Korea “Yeongasi” (nota: “deranged” ialah tajuk Inggeris wayang itu di imdb). Ada musim di Korea yang Kamadohuma datang dengan tiba- tiba…
JU: Saya terkejut apabila terjumpa mereka di jalan tetapi saya tak boleh tak pandang… Serangga itu beracun tau (ketawa). Cerita seram amat menakutkan tetapi saya tengok juga.
HC: Ia ialah keghairahan yang bahaya (ketawa) Saya benci serangga. Serangga yang hodoh taka pa tetapi saya tak suka labah- labah.

Y – Yourself(diri sendiri): Ceritakan tentang diri anda dalam 3 cara.
YG: Saya nak tetap kepada pendirian , jadi “batu”. Dan saya nak ada jangkauan yang panjang jadi “bukit”. Saya juga agak malas jadi “beruang”
HC: “Pelbagai bakat”, Saya ingin cuba pelbagai benda baru. Dan “mood maker”(seseorang yang menceriakan suasana) dan “trouble maker”(seseorang yang nakal)
DH: “Muzik”, “B.A.P”, dan “Daehyun”
YJ: “Muzik”, “B.A.P”, dan “Baby Face”(mempunyai muka seperti bayi)
JU: “Watak utama”, watak utama dalam manga saya. Lagi…. Susahnya…. “Positif” dan “kreatif”. Itu saja (ketawa)
ZL: Saya susah tumbang dan saya pertahankan idea saya, “pokok Matsu”. Dan juga “neon” yang menonjol. Dengan kemungkinan yang boleh dibuat oleh kertas kosong, saya boleh lakukan banyak perkara jadi “kertas kosong”

Z – Zelo: Isi tempat kosong: “Zelo ialah _______.”
HC: Zelo ialah seorang remaja.
YG: Zelo ialah seperti neon yang terang, susah tumbang iaitu “pokok Matsu” dan seperti kertas kosong sehingga dia menjadi seorang yang hebat daripada orang lain.
ZL: Panjangnya…
JU: …Attack on Titan (seperti gergasi)
ZL: Zelo ialah yang terbaik!

© bapyessir.com #Nicole (English) | bapyessir.com #Ben (Malay)







[Soal Jawab Twitter B.A.P]

Tentang  Ahli

S: Soalan ini untuk semua. Apakah yang anda suka tentang ahli lain? (anggota badan)

YJ: Tinggi Zelo.
ZL: Saya nak bahagian atas badan Jongup. (ketawa) Walaupun saya rasa badan penari menukar pandangan orang lain semasa menari, saya nak badan yang bergerak seperti Jongup.
DH: Saya suka badan Jongup. Dia ada ‘six-pack’! Saya takk ada itu…. Saya hanya ada ‘one-pack’ (ketawa)
HC: Saya pun suka badan Jongup! Sebab dia ada badan yang amat hebat. Selain daripada muka dia, saya nak tukar semua dengan dia (ketawa)
JU: Muka Himchan. Kan bagus kalau kami dapat tukar muka kami (ketawa)
HC: Cuma kekalkan roh kita kan? (ketawa)
YG: Minda Himchan. Walaupun saya suka minda saya (ketawa). Pemikiran saya dan dia amat berlainan jadi saya terasa nak hidup dengan pemikiran dia.

S: Hello. Ini soalan untuk semua ahli selain Jongup. Dia terkenal dengan sikap blur, jadi saya ingin tanya tentang sikap Jongup itu yang membuat anda ketawa.

ZL: Saya tak perasan biasanya, tetapi semasa temu bual biasanya dia betul- betul blur.
DH: Daripada blur, pertuturan dia dan cara pemikiran dia amat suci. Muka dia mungkin nampak blur dan kamu mungkin fikir dia bengap tetapi dia ialah seorang yang baik dan suci.
HC: Bukan blur, tetapi dia seperti tak faham. Jongup banyak tidur, terutamanya ketika sedang bergerak(dalam kenderaan) dia tidur tetapi kami buat kerja dan biarkan dia tidur. Tiada siapa kejutkan dia (ketawa)
JU: Saya amat sedih(ketawa). Bila saya bangun, tiada siapa di situ. Seperti saya telah pergi ke dunia lain seorang diri. Selepas itu manager datang mengambil saya.
HC: Dia tanya kenapa tiada siapa kejutkan dia (ketawa). Bukankah kamu yang hilang passport dulu?
JU: Itu Youngjae. Saya tak pernahkan hilangkan saya punya!

Tentang muzik

S: Adakah lagu Jepun yang anda suka?

HC: Lagu Orange Range “Ikenai Taiyou”. (Dia nyanyi…) “Ikenai taiyou, nanannanna~nana~. Saya dengar lagu itu banyak kali. Juga lagu daripada ELLEGARDEN.
JU: Lagu permulaan anime  “Attack on Titan”. Animasinya juga amat cool. Manga yang saya khusyuk sekarang juga ialah “Attack on Titan”, saya tak boleh tidur kerana baca keluaran yang terbaru.
HC: Saya pun suka baca manga. Penulis yang saya suka ialah pelukis “Paradise Kiss” Ai Yazawa. Itu ialah manga perempuan tetapi saya suka lukisan dia dan jalan ceritanya menarik. “Neirbourhood Story” juga bagus. Dalam B.A.P kami selalu cakap tentang manga perempuan (ketawa). Saya juga tonton drama seperti “Stand Up!” Dan Code Blue: Doctor Heli”, “Engine” dan lain- lain.

S: Sehingga sekarang, apakah lagu kegemaran B.A.P anda?

JU: Coffee Shop kerana ia sesuai dengan musim ini.
HC: Sekarang, Coffee Shop juga. Saya rasa lagu yang saya suka nyanyi secara langsung ialah “Excuse Me” Ia seronok.

S: Sesuatu yang anda ingin cuba atau berminat?

YG: Tarikh pelancaran masih belum diputuskan lagi. Memandangkan kami sedang menyediakan album baru saya asyik terfikir akan muzik. Saya menghasilkan muzik sejak dulu.
HC: Saya berminat dalam muzik. Saya nak cuba hasilkan muzik dan tarian. Saya berminat untuk menunjukkan kreativiti

Tentang perempuan

S: Kalau anda meneman seorang BABY Jepun, ke mana anda akan bawa dia?

ZL: Ke “Hannamdon” berdekatan dengan agensi kami di Korea. Saya akan bawa dia jalan- jalan di kedai serbaguna (ketawa)
YG: Dorm. Memandangkan kami hanya ada satu hari, saya nak dia rasa kasih saying saya dan dapat membuat kenangan yang takkan dilupakan. Ah, tetapi dorm kami bersepah jadi kami kena bersihkannya (ketawa)
DH: Saya daripada Busan jadi saya nak dia rasa perkara yang terkenal tentang busan. Kami akan makan “Dejikupa”(Makanan yang terenal di Busan) Saya juga nak bawa dia ke Haeundae dan Gwanganri.
YJ: Saya dilahirkan dan dibesarkan di Korea tetapi ada banyak tempat yang saya tak pernah pergi. Orang Jepun mungkin dalam situasi sama jadi saya ingin pergi ke Jepun bersama.
JU: Disney World. Pergi ke taman tema, dan bermain bersama.
HC: Bukan tempat yang saya nak pergi tetapi tempat yang dia nak pergi (ketawa). Kami akan makan kerana saya suka makan dan saya dengar Jepun ialah negara yang amat pentingkan makan. Saya tak boleh bawa dia jalan- jalan(di Jepun) jadi kami akan cakap tentangnya…. Dengan makan makanan negara lain, kamu akan belajar budaya negara itu, bukan? (kepada Jongup) Faham tak?
JU: Naruhodo(‘Ohh begitu’ dalam bahasa Jepun)


Mengenai kehidupan peribadi

Q: Ini adalah soalan untuk semua ahli! Apakah saiz kasut anda semua? (Dalam saiz Jepun)

Yongguk: 26cm
Himchan: 27cm
Daehyun: 26.5cm
Youngjae: 26cm
Jongup: 26.5cm
Zelo: 27cm

Q: Apakah perisa ais krim kegemaran anda?

Zelo: Hagen Daas. Perisa strawberi dengan biskut di dalamnya!
Youngjae: Cookies & cream. Saya juga suka ais krim Dippin' Dots. Saya selalu makan ais krim selepas makan.
Daehyun: Cookies & cream. Selepas rancangan musik, apabila kami ke kedai atau pasar raya saya selalu makannya.
Yongguk: Apa-apa saja saya makan, rasanya sama untuk saya jadi apa-apa perisa pun saya suka. Semuanya sama dalam mulutku. (ketawa)
Jongup: Chocolate. Caramel Vanilla cookie yang kami makan kemarin sangat sedap. Saya suka ais krim dan gula-gula dan saya suka takoyaki juga.
Himchan: Cakap dalam Bahasa Jepun!
Jongup: (dalam Bahasa Jepun) Hagen Daas sangat sedap! ("hanpajyanai!")
Semua ketawa.
Jongup: Terdapat Hagen Daas di Korea tetapi tidak banyak perisa yang ada.

Q: Apakah makanan yang anda sudah muak makan?

Zelo: Air.
Yongguk: Saya boleh makan apa-apa saja dan tidak berasa muak.
Youngjae: Ais krim (dalam Bahasa Jepun) Makanan dan gula-gula adalah berbeza... um? ah, "Betsu Bara" ("Ekstra/Perut Kedua", digunakan apabila menjelaskan orang masih boleh makan makanan yang manis biarpun sudah kenyang selepas makan) (ketawa)
Himchan: Saya suka makan ayam dulu, tetapi kebelakangan ini, um... Sebelum ini, dalam satu bulan saya akan guna 5,000,000 won ($50) untuk membeli ayam.

Q: Apakah yang anda lakukan apabila anda berada dalam kapal terbang atau kereta?

Yongguk: Apabila saya menulis lagu, saya dengar banyak lagu tetapi ada kalanya juga saya tidur.
Zelo: Menulis nota untuk latihan, dan menulis fikiran dan perasaan. Jika terdapat wi-fi, saya mencari info mengenai fesyen, dan dengar lagu.
Youngjae: Biasanya saya tidur. Ada kalanya juga saya menonton wayang atau dengar laug dalam iPad.
Himchan: Saya tidur (ketawa). Perjalanan kapal terbang ke Jepun ini tidak berapa panjang jadi saya tidur dan habis. Semasa kami ke Amrika, saya tidur dan bangun dan masih ada masa, jadi saya tonton wayang, tapi saya tidur selama kira-kira 6 jam . Di Korea juga, apabila kami di dalam kereta biasanya saya tidur.
Jongup: Saya juga tidur. Kalau untuk masa yang panjang, saya tonton wayang atau lain-lain.

Tentang Jepun

Q: Apakah makanan pertama anda makan selepas tiba di Jepun?

Youngjae: Selepas ketibaan, kami mengunjung ke Hara Juku dari lapangan terbang dan makan di Marion Crepe dan Jyangara Ramen. Terdapat juga pelbagai perisa crepe!
Daehyun: Saya makan ais krim. Saya makan di tempat yang jual crepe.

Q: Apakah perkataan Bahasa Jepun yang paling sukar setakat ini?

Zelo: saya tidak ingat apa-apa yang susah. (ketawa)
Daehyun: Dari segi sebutan, "tsu", "jay", "wo". Disebabkan sebutan "tsu", rakaman kami mengambil masa yang lama.
Youngjae: Guru Bahasa Jepun kami menggemari kereta jadi guru itu menyuruh kami untuk berlatih sebutan "tsu" dengan menyebut perkataan "Bentz". Cikgu sangat suka kereta. (ketawa)

Q: Adakah tempat lain yang anda ingin lawat?

Yongguk: Odaiba.
Jongup: Kalau kami ada masa, di mana-mana sahaja. Kami belum lagi pergi ke mana-mana.
Himchan: Apabila menonton wayang dan drama Jepun, setiap hari sangat cantik, pelbagai barangan comel. Saya ingin menengok barangan begitu.
Jongup dan saya suka wayang Jepun dan walaupun kami berlatih itu hari, kami bangun awal untuk tonton "Ima, Ai ni Yukimasu" (Saya akan bertemu awak sekarang). Itulah sebab saya ingin melihat Jepun.

Q: Apakah yang mengejutkan anda tentang Jepun?

Himchan: Saya mesti cakap ini! Itu hari, semasa kami muncul di satu rancangan radio di Ustream, saya menjawab "Semua peminat kami!" semasa saya ditanya soalan tentang teman wanita, lalu guna kedua-dua tangan untuk membuat bentuk hati atas kepala saya, berkata "Saya sayang kamu~~" tetapi DJ itu menanya "Kenapa awak membuat aksi seperti monyet?" Saya tidak tahu perkataan Bahasa Jepun "Monyet" pada masa itu, jadi saya kata "Sebab mereka, tidak apa." Saya tidak perasan ada maksud begitu dan terkejut. Peminat mungkin memahami saya tetapi saya tidak ingin orang lain marah kerana itu... Itu adalah bentuk hati, tolong tulis!
Yongguk: Disiplin. Semua orang di Jepun adalah sangat bersopan santun, dan saya ingin berterima kasih kepada semua yang menjaga kami.
Youngjae: Orang Jepun adalah sangat baik hati. Semasa kami muncul dalam rancangan realiti itu hari, semasa rakaman semua staf sangat berbudi bahasa. Semasa kami memandu kereta kami tiba-tiba berhenti, tetapi kereta-kereta di belalkang kami menunggu dengan sabar sekali dan tidak menekan hon.
Jongup: Saya tidak menjangkanya tetapi makanan Jepun sangat sesuai dengan lidah saya!
Himchan: (dalam Bahasa Jepun) Itulah awak jadi gemuk.
Jongup: Nampaknya begitu. Kari dan daging sangat sedap. Terdapat pelbagai pilihan gula-gula. Crepes sangat sedap!
Himchan: Biasanya, Jongup tidak memikir tentang pemakanannya. Sejak tiba ke Jepun biarpun dia menghargai makanan. (membuat suara Jongup) "Hyung, rasanya sangat sedap!" adalah apa yang dia akan cakap. (ketawa)

Q: Perkataan Bahasa Jepun apakah yang anda telah hafal kebelakangan ini?

Yongguk: "Saya tidak beberapa bercakap banyak, tolong jangan pedulikan saya."
Youngjae: "Berganda" Juga ada perkataan "Okagetsu?"... tidak maksud saya "bets bars!" (perut kedua)

Q: Tahniah atas debut Jepun anda semua, apakah perkara pertama anda beli di Jepun?

Zelo: Pakaian. Kami membeli belah di Shibuya, saya telah membeli payung, kemeja-T, parka dengan hood dan lain-lain lagi.
Yongguk" Ramen dari kedai (ketawa). Selepas itu, pakaian.
Jongup: Semasa kami membeli belah di Shibuya, Yongguk membelikan saya sepasang kasut! Saya belum lagi membeli apa-apa dengan duit saya sendiri.
Himchan: Yongguk juga telah membelikan saya beg. Dia membelikan sesuatu untuk Zelo, Jongup dan saya. Sebab ahli-ahli lain tidak dapat membeli belah dengan kami... Saya juga belum lagi membeli apa-apa dengan duit ku sendiri. Kami biasanya tidak ada beberapa banyak masa (untuk membeli belah)...

Q: Apakah yang anda ingin peminat Jepun untuk memanggil anda?

Yongguk: Papa/bapa/daddy (ketawa) Kerana BABYs adalah seperti anak-anakku... saya berasa bangga. (ketawa)
Himchan: "Himchan"
Jongup: Apa-apa pun boleh. Apa-apa yang senang disebutkan... (ketawa) "Jongup" adalah agak sukar disebut jadi mengikut keselesaan orang tersebut panggilan berlainan adalah menarik. Yang saya paling ingat ialah "Chris Brow-up" kerana saya suka Chris Brown (ketawa). 
© bapyessir.com #Nicole (English) | bapyessir.com #Ben & Addy (Malay)
  



©bapyessir.com

No comments:

Post a Comment