B.A.P dalam Akhbar Percuma kawasan Nagoya B-ex

Translator: Mariana
Orignal post: http://www.bapyessirfansite.com/2013/12/bap-to-be-in-nagoya-area-free-paper-b-ex.html

©Bex

Mereka debut di Korea dengan single “Warrior” dan telah merangkul pelbagai anugerah. Dan selepas dari itu, kumpulan berahli enam orang, B.A.P terus untuk menunjukkan  aksi  yang hebat di atas pentas. Saya rasa anda boleh katakan sebegitu oleh kerana skil mereka dan fakta yang mereka adalah topik terhangat sehingga telah mencapai tahap seluruh galaksi, mereka telah debut di Jepun pada musim luruh yang lalu.

Bagaimanakah perasaan anda apabila anda akhirnya membuat keputusan untuk debut di Jepun?

Youngjae: “Oleh kerana debut di Jepun adalah rancangan kami sejak kami mula-mula ditubuhkan, kami sangatlah teruja apabila ia telah diputuskan. Kerana ini lah kami mula belajar bahasa Jepun. Kami mahu cepat-cepat menunjukkan persembahan dan lagu kami kepada semua orang di jepun dan kami sangat menantikannya.”

Anda debut dengan “Warrior” versi bahasa Jepun.

Daehyun: “Untuk menyanyi lagu ini dalam Bahasa jepun, kami sangat berhati-hati dengan sebutan kami oleh itu kami tidak kekok. Walaupun bahasa korea dan nuansa adalah berbeza, kerana kami masih kekalkan makna dalam lagu itu jadi kami masih mampu meluahkan keperibadian kami.”

Apakah pandangan anda dengan para peminat Jepun?

Himchan: “Sejak  sebelum ini saya ada sedikit imej orang Jepun. Sekarang kami aktif di jepun, saya jadi lebih tergerak oleh  para peminat yang bersemangatnya menyokong lebih dari yang saya sangkakan. Tambahan lagi, saya fikir perempuan jepun juga sangat comel dan cantik.”
Sudah dua tahun sejak B.A.P mula-mula ditubuhkan, kumpulan ini sudah berkembang maju, kan?

Himchan: “Kerana kami tinggal di asrama sejak sebelum kami debut, komunikasi kami dengan yang lain sudah menjadi semakin dalam. Kerana kami membuat keputusan dan membawa pelbagai perkara pada Jelajah Pasifik tahun yang lalu, hubungan kami yang penuh dengan kepercayaan juga dianggap semakin kuat.”

Bang Yong Guk: “Saya fikir jika kami dapat masa yang lebih lagi untuk meluangkan masa bersama, dengan perlahan-lahan kesatuan dalam kumpulan menjadi lebih kuat. Oleh itu, mulai dari sekarang, hubungan kami akan kekal menjadi kuat, boleh kah?”

Mulai dari sekarang, apakah jenis manusia yang mahu kamu jadi untuk menjadi seorang artis?

Bang Yong Guk: “Kami mahu menjadi terkenal, bukan mempengaruhi dengan muzik yang biasa. Dan kami juga mahu menjadi pemuzik yang ada pengaruh yang baik kepada semua orang untuk mendengarkan kepada muzik kami.”

Apakah gaya hidup seharian yang kamu rasa menawan dalam seorang wanita pada generasi yang sama?

Himchan: “Seorang wanita yang menikmati dengan kerja mereka, bukankah ianya indah, kan?”

Daehyun: “ Seorang wanita yang sopan tidak kira dimana dan dia bertimbang rasa dengan persekitarannya, saya rasa ianya yang terbaik.”

Cara semua orang mendengar kepada setiap soalan dengan seriusnya dan menjawab dengan rendah dirinya sangatlah menarik.. “Best Absolute Perfect” dapat membawa rasa kelembutan dan semangat dari korea kepada seluruh dunia.

 
©Bex
© bapyessir.com #Luna (English) | bapyessir.com #Mariana (Malay)

No comments:

Post a Comment