Temu Bual B.A.P untuk KpopStarz Bahasa Jepun Bahagian 2

Hai, saya Kiyori Matsumoto, berperanan dalam "Arah penggambaran dan temu bual," dalam artikel yang lepas dengan B.A.P. Lihat gambar ahli-ahli yang hebat yang kami telah muat naik di laman sesawang kami. Di belakang gambar yang kami ambil untuk individu, awak boleh lihat 5 ahli yang lain. Belakang tangan kiri Daehyun, terdapat seseorang melakukan aksi petinju Sumo... Apabila Yongguk dan Youngjae sedang melakukan penggambaran, kelihatan ahli lain perlahan-lahan menuju ke arah mereka... Saya pasti kamu semua tertanya-tanya apa yang ahli lain di belakang sedang buat.

Gambar yang kami akan perkenalkan hari ini adalah potongan lain daripada potongan OK di mana kami tidak dapat menunjuknya dulu. Jika kami kata dulu B.A.P yang hebat, kali ini ianya B.A.P yang kebudak-budakkan dan penuh dengan tenaga. Seperti muzik mereka, di mana ada pelbagai ekspresi daripada comel, tegar dan matang, mereka telah menunjukkan pelbagai imej mereka ketika penggambaran. Daripada semua gambar, kami telah memilih beberapa gambar bukan dengan ahli utama dalam potongan individu, tetapi dengan memfokuskan "ahli-ahli di belakang." Di belakang ahli yang serius berusaha untuk mereka punya potongan individu, mereka telah menunjukkan imej yang nakal dan kebudak-budakkan, dan tanpa pengetahuan kami, kami boleh mengambil beberapa keajaiban. Terdapat kolaborasi yang melucukan antara ahli utama dengan ahli lain di belakang. Semasa kami sedang mengambil gambar, studio dipenuhi dengan gelak ketawa daripada ahli-ahli dan juga staf.





Sebelum kami mengambil potongan individu, Himchan bertanya kepada kami "Aapa yang kami patut buat di belakang?" jadi kami menjawab, "Buatlah sesuka hati awak! Ahli-ahli di belakang akan muncul di gambar secara samar-samar, jadi awak boleh buat apa yang awak nak." Kemudian mereka berpandangan sesama sendiri seperti "Betulkah? Apa-apa pun OK?" dengan mata mereka bersinar dengan keterujaan. Kami cuma beritahu mereka "Bergerak dengan bebas. Awak tidak perlu risau tentang tidak masuk di dalam gambar." dan penggambaran bermula dengan Zelo.
Di pertengahan November, ianya sejuk dan hujan di luar, kami mengadakan sesi penggambaran dengan B.A.P di sebuah studio di Tokyo. Selepas jadual dan tempat telah ditetapkan, kami berbincang bersama tentang bagaimana hendak mengambil gambar tersebut. Kami mahu mengambil kedua-dua imej B.A.P iaitu imej yang hebat/kacak dan imej yang kebudak-budakkan/mesra, dalam masa yang terhad penggambaran tersebut. Sementara saya menyediakan penggambaran dengan jurukamera, kami tampil dengan menggunakan 3 komposisi yang berlainan.

Mula-mula adalah gambar bergrup. Ahli-ahli kelihatan bersahaja dengan bersandar ke dinding dan duduk di atas kerusi. Seterusnya ialah gambar secara individu, dengan setiap ahli menuju ke depan ke arah kamera. Ianya seronok melakukan penggambaran ini, dengan melihat ahli yang lain bergerak dengan bebas di belakang ahli utama yang bergambar secara serius. Akhirnya kami mengambil gambar bergrup yang bergaya dengan mengurangkan sedikit keamatan lampu untuk membuatkan studio gelap.
Penggambaran bermula apabila semua ahli yang sudah habis membuat persediaan berkumpul di dalam studio. Apabila saya merehatkan diri di tempat duduk belakang, Himchan menuju ke arah saya dan bertanya "Ada apa-apa yang awak mahu kami lakukan?" jadi saya meminta "Cuma relaks dan tunjukkan kepada kami awak punya ekspresi yang hebat." Sesi penggambaran itu habis dengan cepat.


Seterusnya ialah penggambaran secara individu. Kami meminta semua ahli untuk berdiri dekat dengan dinding, dan beritahu setiap ahli untuk pergi ke hadapan dalam satu masa. Kami mahu mengambil gambar ini dengan sedikit kelainan. Sesi bermula dengan Zelo, dan apabila dia melangkah ke hadapan, ahli lain berdiri dengan diam di belakang. Tapi apabila jurukamera menunjukkan mereka bagaimana gambar itu keluar, ahli-ahli serta-merta faham akan konsep sesi ini dan mula untuk bermain-main sesama sendiri. Ahli utama yang kedua ialah Daehyun. Di belakang senyuman manis Daehyun, Zelo dan Jongup mula meniru aksi petinju sumo! Himchan cuma berdiri di sebelah mereka memerhati mereka dengan diam. Ini masih lagi dalam jangkaan kami. Walau bagaimanapun, apabila ahli utama yang ketiga, iaitu Jongup bermula... Entah bagaimana ianya menukar ahli-ahli menjadi nakal, dan mereka mula bergerak di sekeliling seperti gila!! (ketawa) Dan inilah waktunya keajaiban berlaku!!
Di dalam gambar yang paling atas, awak boleh lihat Daehyun melakukan lompatan yang cantik di atas tangan Jongup! Itulah saat yang menakjubkan! Apabila saya melihat gambar ini, saya berfikir "Saya perlu menulis laporan belakang pentas untuk penggambaran ini." Selepas ini, Zelo mula untuk berdiri di atas tangan tetapi gagal, dan Youngjae juga menyertai dia! Ahli utama yang keempat untuk bergambar secara individu ialah Himchan. Semasa dia di belakang, dia memerhati ahli lain bermain-main seperti seorang ibu, tetapi sebaik sahaja penggambarannya bermula, dia mendekatkan diri dengan rapat dengan kamera untuk menyembunyikan ahli lain di belakang. Melihat ini berlaku, Daehyun dan Youngjae muncul betul-betul di belakang Himchan. Dan ini ialah gambar yang telah diambil apabila ia berlaku! Saya pasti awak boleh lihat bagaimana mereka seronok bermain-main. Senyuman Daehyun mempunyai kuasa yang lain yang membuatkan semua orang gembira di saat kita memandangnya.

Ahli kelima ialah Youngjae. Apabila Youngjae melangkah ke hadapan ke arah jurukamera, Himchan senyap-senyap mengikut di belakangnya, diikuti dengan Daehyun dan Zelo. Youngjae merasakan bahawa sesuatu sedang berlaku di belakangnya, dan apabila dia melihat di belakang... terdapat barisan yang lurus di belakangnya! Gambar ini diambil ketika Youngjae sedang gelak terbahak-bahak apabila dia menyedari barisan yang kelakar di belakangnya. Kelihatan seperti dia berseronok di situ! Ketua juga ketawa. Tetapi, mereka telah mengagumkan kami! Disebabkan oleh saat seterusnya, mereka semua membuat aksi yang sama tanpa tanda apa-apa. Youngjae telah memberikan kami aksi yang sempurna ke arah kamera. Oh, dan juga ketua! (ketawa)
Akhirnya ianya ahli yang terakhir, ketua: Bang Yongguk, dan mereka mula membuat bentuk piramid yang mereka telah buat dalam kelas P.E. mereka sebelum ini, Seperti yang anda boleh lihat, kami boleh mengambil beberapa gambar yang lucu dalam penggambaran secara individu, menunjukkan sisi mereka yang kebudak-budakkan. Walaupun ini ialah penggambaran secara individu, gambar muncul dengan atmosfera yang baik melihat hubungan mereka yang rapat sebagai sebuah grup. Dan juga, ianya kelakar untuk mengambil saat keajaiban juga.



Selepas ini, kami akan menukar suasana, dan mengadakan penggambaran secara bergrup. Kali ini, mereka menunjukkan kamu sisi mereka yang hebat dan kacak. Saya mahu mengakhiri laporan belakang pentas ini dengan memperkenalkan gambar yang terakhir di mana kami minta mereka untuk melakukan aksi yang mereka mahu. Terima kasih kepada B.A.P, yang telah menunjukkan berbagai-bagai imej mereka! Saya pasti peminat semua gembira melihat senyuman mereka!



©KpopStarz | bapyessir.com #Zulaikha (Malay)

No comments:

Post a Comment