B.A.P dalam zip-FM "DIG IT! DIG IT!" bahagian yang tidak disiarkan (131214)

Translator: Mariana
Original post: http://www.bapyessirfansite.com/2013/12/bap-on-zip-fm-dig-it-dig-it-131214.html

 
©kimxiah2

**Nota: MC-MC banyak bercakap dan ada bahagian mereka yang telah dipotong, dan saya tidak asingkan apa yang setiap MC cakap tetapi menggabungkannya untuk membuatkannya sedikit manjalur , maaf  ^^


MC: Ada apa-apa perbezaan bagi perasaan anda terhadap “Warrior” dari debut Korea dengan debut Jepun?
Himchan: Ianya lagu debut, jadi rasanya sama.
Youngjae: Perasaanya sama, jadi …
MC: Ianya tanda permulaan bagi sesuatu.
Youngjae: Oleh kerana ianya lagu yang lebih kepada “seperti-B.A.P”, kami mahu orang ramai mendengarkannya dengan banyak kali.
MC: Untuk debut Korea anda, kalian semua warna rambut perang muda kan?!
B.A.P: Ketawa
MC: Bila mereka debut,kebanyakan artis Kpop cuba melakukan sesuatu untuk setiap ahli kumpulan kelihatan menonjol, tetapi kelihatannya kalian mahu semua orang ingat anda adalah sebagai satu kumpulan, adakah betul?
Himchan: Masa itu, kami betul-betul tidak tahu tetapi..saya tidak mahu lakukannya lagi!
Youngjae: Masa itu adalah untuk semua orang melihat B.A.P sebagai sebuah kumpulan , bukan sebagai individu.
MC: Dalam kumpulan-kumpulaan Kpop, ianya seperti setiap ahli telah diatur betul-betul, kan? Setiap ahli ada peranan mereka sendiri. Ada sesiapa dalam B.A.P yang berperanan sebagai tukang marah (dalam B.A.P?
Youngjae: Zelo mahu bercakap tentang ini.
Zelo: (melalui penterjemah) Saya fikir ada masa kami melakukan kesilapan dan ianya secara aslinya “dimarahi” kerana itu. Ahli-ahli yang lebih tua bertanggungjawab untuk itu, Yongguk bertanggujawab bagi kamu.
MC: Oooh, jadi, ahli-ahli yang lebih tua yang bertanggungjawab. Jadi, ada banyak kali dimana (kumpulan) dibandingkan sebagai sebuah keluarga, dengan mak dan ayah. Jadi, siapakah ayah (dalam B.A.P?)
Daehyun: Yongguk
MC: Dan ibu?
Dae/ahli lain: Himchan
MC: Abang sulung?
Youngjae: Abang sulung…
Himchan: Abang sulung?!
Daehyun: (Saya) agak keanak-anakan jadi ianya saya. (ketawa)
MC: Jadi andalah abang sulung?
Daehyun: Saya lah abang sulung
MC: Ok, jadi yang adik… yang kedua terakhir?
Youngjae: Ahli-ali termuda kami (Jongup dan Zelo)
MC: Abang sulung, abang sulung. Jadi Youngjae apa?
Himchan: Anak perempuan
Everyone: Ketawa
Youngjae: Anak perempuan (dia asyik ulangnya ^^).
MC: Oh kerana anda disukai oleh semua orang!
Youngjae: Anak perempuan… baiklah kalau begitu
Himchan: Gurau! Gurau!
Youngjae: Anak perempuan. Saya tidak akan melupakan ini.
MC: Kita boleh lihat semua ini, ianya seperti sesuai dengan kalian.
Youngjae: Kenapa?!
MC: Kalian semua sangatlah comel!
Himchan: Toshio! Awak macam Toshio!
Daehyun: Toshio?!
Youngjae: Toshio.
Seseorang(saya fikir Youngjae dan Daehyun): Bahasa Inggeris? (dalam bunyi bahasa Jepun yang maksudnya sama dengan flem) Filem? (Mereka perbetulkan masing-masing)
Himchan: Watak utama dalam filem! *buat bunyi tekak yang menakutkan dari Ju-on*
Daehyun: AH! Ju-on! Cerita Jepun!
MC: Ju-on? Ju-on? Ah JU-ON!
Himchan: Toshio
MC: Muka dia macam watak Toshio dalam filem Ju-On?!
Daehyun: "Obeke." …Obake (dia cakap “hantu” dengan tidak betul pada mulanya tetapi sebut dengan betul selepas itu ^^)  
MC: Obake! Obake!
Youngjae: Adakah itu menakutkan?
MC: Tidak menakutkan! Ianya hantu comel saya rasa
Daehyun: Ketawa
Youngjae: Ianya tidak menakutkan.
Hicmhan: Anak perempuan
Daehyun: Tidak mengapa, tidak mengapa
MC: Saya lihat, jadi mari panggil anda Toshio ya? Dia akan marah! Baiklah, terima kasih untuk bercakap tentang banyak perkara bersama kami. Terima kasih
Daehyun & Youngjae: terima kasih


[Selepas bahagian temubual yang tidak disiarkan] Pengumum amat kagum dengan B.A.P kerana tahu tentang Toshio dan Ju-on, mereka juga berkata rambut Youngjae hitam dan mewakili Toshio tetapi dia sangatlah comel. Mereka juga bercakap dalam bahasa jepun dengan baik sekali dan ketawa dengan fakta-fakta B.A.P tidak mahu berambut perang muda lagi.



© bapyessir.com #Nicole (English) | bapyessir.com #Mariana (Malay)

No comments:

Post a Comment